Thursday, June 30, 2011

SuGaR gLiDeR a.k.a AwAn n SuRiA


Comel kan Tupai Terbang ni. Haiwan cute lg cinonet yg aku dan my sis, Mimi kena bela semasa ketiadaan master dorang my bro, Acid 3 hari ni.
Cerewet dan banyak kerenah jugak la nk jaga, lebih-lebih lagi bagi org yg mcm aku ni sbb dorang ni berjaga malam dan kalau tak cukup mkn memang dorang ni bising. First night aritu terlupa nak letak air apple Twister dia (haa...high class tak?) bising sampai mak dok kejut suruh tengok apa hal kat dorang ni, bagi air ni terus senyap. Haaa... nakal dorang ni, lagipun maybe dorang rindu kot kat master dorang.
At first aku tak tau langsung kewujudan haiwan comel ni. Yela, aku bukan penggemar haiwan selain kucing la kan. Bila Acid ckp dia ada bela sugar glider, aku dok bayangkan macam tupai besa tu la yg macam selalu aku tengok kat pokok kelapa tu. Rupa-rupanya lain cikit. Plg aku suke mata dia hitam dan ekor dia mcm kartun marsupilami, panjang...dan bunyi dia time aku kacau. Sama bunyi macam aku cuci muka tiap hari,hahaha....
Nama dorang ni Acid letak Awan dan Suria. Tak tau la kat mana yg ade awan dan suria tu!
Pasal dorang dan dr mana asal dorang bace sini ek... Menambah ilmu pengetahuan tuntutan agama... =)


KiSaH HaTi - aLyAh

oooh.... lagu yg mengusik jiwaku. Menyedarkan aku tentang sesuatu iaitu cinta tak seharusnya memiliki dan semua perlu berakhir. Kerana tak mungkin cinta itu akan bersatu di dunia ni tp mungkin di sana nanti. Walaupun tak saling memiliki namun tetap setia menjaga anugerah cinta ni selamanya selagi diizinkan.

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini… di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Monday, June 13, 2011

MaSiH SeTiA - AiSyA SoFeA

Tajuk : Masih Setia
Nukilan : Aisya Sofea
Terbitan: Alaf 21 (grup buku karangkraf)
Bil m/s : 535 m/s
Tagline : Kau bilang sayang
Aku kata benci

My favorite novelist in da house....:)
Suke sangat cerita ni. Anyway, thumbs up!
Semua karakter yg dalam bayangan aku semestinya cantik menawan, kacak tertawan...

Apa yg aku suka pasal novel ni adalah penambahan pengetahuan aku yg sememangnya sgt cetek pasal budaya minang. Dgn membaca novel ni sedikit sebanyak membantu aku memahami suku dan budaya minang yg memang termasuk dlm galuran cabang Melayu. Yg aku tahu adat yg masih diamalkan di Negeri Sembilan selain adat Perpatih. Adat yg melebihkan kaum wanita utk menerima harta turun temurun dlm keluarga. Aku juga membayangkan seolah2 menghadapi sendiri gempa bumi di Padang dan merasai keindahan seperti yg digambarkan di Bukit Tinggi, Indonesia. Mungkin satu hari nanti aku dpt rezeki pergi melancong kat sana kan? :)
Novel percintaan dan sangkutan hati antara Amiera Nur Aisya@Miera dan Dr. Malik Zikri@Dr. Malik.....

Sinopsis mengikut pembacaanku:

Unyang, waris suku Piliang paling tua mahukan waris Piliang kembali ke kampung halaman. Amiera Nur Aisha@ Miera adalah warisnya yg sahih dan layak yg akan mewarisi harta turun temurun yg ditunggu2 olenh unyang dan demi merapatkan hubungan tersebut, Miera bakal dijodohkan dgn saudara di kalangan sukunya juga. Rudi, anak kacukan Belanda-Indonesia bakal menjadi pilihan unyang utk Miera....
Miera, permulaan cerita didapati seorang yg memberontak akibat perasaan salah faham dalam dirinya terhadap bapanya yg dilihat bersama seorang wanita. Dia gadis manja dan mula berubah apabila mengetahui kisah sebenar bapanya. Seorang yg kurang berkeyakinan terhadap perasaan wanita terhadap lelaki kerana apa yg dicari adalah seorang lelaki yg mampu mengugah hati wanitanya.
Mengenali Rudi apabila bersama seluruh keluarganya merayakan Aidilfitri di kampung halaman ibunya di Bukit Tinggi. Tetapi apakan daya, Miera tidak dapat memberikan sekeping hatinya utk Rudi kerana perasaan itu tidak hadir seperti mana perasaan halus yg menabiri seluruh jiwanya buat Dr. Malik iaitu rakan sukarelawannya bersama Yayasan Nur, Karangkraf yg turut serta membantu mangsa gempa bumi di Padang.
Rupa-rupanya perasaan ni hanyalah sementara, dia sekadar penghibur dikala hati semakin suka. Dia juga harus menjauhkan diri kerana Dr. Malik sudah bertunang! Dia harus berpijak di bumi yg nyata!
Perasaan ni harus pergi dan disaat2 dia ingin melupakan semua, Miasarah. tunangan lelaki pujaannya bersama seorang lelaki lain menjadi persoalan..Dikala diri memberitahu perihal sebenar, Malik Zikri tidak menerima. Hancur luluh hati Miera.. "Dalam kesedihan itu, aku tidak putus-putus berdoa pada ALLAH, agar lenyapkan segala ingatanku terhadap dirinya, supaya segala kenanganku dengan dia padam terus. Aku tidak perlukan lelaki itu lagi dalam mimpiku."

Sunday, June 12, 2011

MuRtaBak mAgGi SiMpLe

Entri arini satu resepi mee maggi yg aku jadikan murtabak. Paling mudah disediakan dan rasanya nyum nyummmmm hingga menjilat jari. hehehe, koya la tu....

Bahan-bahan:

1 peket maggi 2 minit (ape2 perasa pn blh sbb nk kan mee nyer jer)
2 biji telur
Segenggam daging hancur *(guna Ramly brand)
4 ulas bawang putih * (tumbuk)
Sedikit halia * (tumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar rempah kari
Setangkai daun kari
Garam dan gula
Sedikit air
Minyak utk menumis

Bahan bertanda * perap bersama 1/2 jam

Cara-cara:

1. Masukkan minyak masak dlm kuali dan tumis bawang besar hingga naik harum
2. Masukkan daun kari dan rempah kari. Kacau rata hingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit air dulu dan gaul rata lagi hingga pecah rempah masak
4. Masukkan daging yg diperap tadi dan gaul rata
5. Masukkan sedikit air dlm setengah cawan dan masak hingga daging empuk
6. Sementara itu, celur mee maggi tadi sekejap dan tapis
7. Kocok telur dan asingkan
8. Apabila daging telah empuk perasakan dgn garam dan gula dan biarkan kering dgn api sederhana
9. Masukkan mee maggi yg dicelur dan daging td ke dlm mangkuk telur dan gaul rata
10. Panaskan kuali non-stick dan masukkan bahan murtabak td dn goreng garing
11. Sedap dihidang bersama sos kegemaran

Friday, June 10, 2011

WaRnA HaTi By MeEn ZuLaiKhA

Tajuk :Warna Hati
Nukilan : Meen Zulaikha
Terbitan : Alaf 21
Bil m/s : 494 m/s

Love it!
Love the story so much!
Love all the characters, Zara, Harith, Rita, Nazri and Tim...

Aku suka la novel ni. Terkesan dan berbekas dlm ati. Sejak aku start baca novel ni, abes semua novel lama yg tersusun rapi kt rak tu aku balun baca balik. Ni semua gara-gara penangan demam Drama Nora Elena kt TV3 yg tgh meletup-letup skrg. Aku tgh pulun mencari novel Kasih Yang Suci tu kat kedai buku. Abes da kedai buku kat Muar dan Melaka yg aku tau aku da explore tapi hampa belaka...Tapi xpe, Insyaallah kalau ada rezeki aku nanti, dpt jugak aku beli novel tu kan...
Berbalik pd novel Warna Hati tu, novelis yg sama bg Kasih Yang Suci a.k.a Nora Elena.
Jalan cerita yg sgt berkesan bg wanita yg masih belum mendirikan rumah tangga dan mempunyai calon pilihan. Ditambah dgn pandangan skeptikal masyarakat terhadap golongan wanita yg lambat kahwin ini. Novelis ini juga menarik perhatian kita terhadap kisah rumah tangga yg hampir berantakan krn penyakit andropause ( same like monopouse). Penilaian novelis bahawa cinta yg dicari tidak semestinya milik kita tp cinta yg tak dicari dn berada mungkin di depan mata tanpa disedari itulah cinta yg diberi Allah buat kita...Warna hati setiap insan tidakkan sama. Pilihan utk mewarnakannya di tgn kita....

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan tentang Zara Lisa seorang wanita berusia 33 tahun mencari sebuah kehidupan utk berpasangan seperti wanita seusianya. Bertemankan seorang rakan karib, Rita yg berkongsi suka dan duka meniti sebuah perjalanan biasa. Atas desakan ibunya, Zara terpaksa menerima Jefri, sepupunya sendiri sbg tunang dan dlm masa yg sama Zara baru shaja dikecewakan dgn janji manis seorang lelaki yg menjadi idaman wanita. Harith, lelaki yg sentiasa ingin berdampingan dgn Zara walaupun pertemuan sering sekadar kebetulan.Lelaki yg membawa persoalan misteri dn tanpa sedar telah mengetuk pintu hati Zara.Sesuatu rahsia diketahui Zara lalu membuat keputusan melupakan lelaki yg membawa impian Zara bersama ungkapan cinta yg tak terucap melalui kata-kata.... Apakah rahsia itu dan dptkah Zara Lisa mencari erti kebahagiaan bersama kekasih yg mencintainya?

AsAm PeDaS iKaN pArI


Alamak, picture asam pedas aku dlm kegelapan la. Malas nk edit ataupun ambik gambar lg jd, inilah seadanya. Ni asam pedas buat julung2 kalinya aku masak sebab ketiadaan mimi adikku yg pg BTN. haha...actually bukan aku xnak masak tp malas nk tunjukkan skil pro aku ni, buat jeles mimi je kan..ahaks.... anyway masakan aku yg menepati piawaian kesihatan krn menggunakan kaedah tapisan minyak tumisan....

Bahan-bahan:

8 keping ikan pari sederhana besar
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
sedikit kunyit hidup *
(bahan bertanda * dimesin hingga lumat)
1/2 sudu camca halba
7 sudu besar lada mesin
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Tomato biji

Cara-cara:

1. Tumis bahan yng telah dimesin bersama biji halba hingga naik bau dan pecah minyak
2. Masukkan lada mesin dan goreng hingga pecah minyak sekali lagi
4. Tapis bahan yang ditumis tadi dalam bekas penapis
5. Sementara itu, masukkan ikan pari ke dalam periuk dan perahkan air asam jawa
6. Didihkan dan kemudian masukkan bahan tumisan yang telah ditapis tadi
7. Biarkan hingga mendidih dan perasakan dgn garam
8. Biarkan hingga pekat sedikit kemudian baru masukkan tomato biji yg dibelah 4
9. Sedia dihidang

(jika mahu sedap boleh masukkan daun kesum/ daun limau purut/ bunga kantan mengikut pilihan masing)

Tuesday, June 7, 2011

AkU kEmBaLi

Lama sgt tak berblog ni. Serasanya hampir setengah thn. Mana taknye, aku bru nk belajar2 berblog dn adikku yg lambat dpd aku dlm dunia blog ni dah melebihi aku kepandaiannye berblog dlm Sayang Melaka tu....Macam mana nak aktif ek. Maybe. I need some references to make my blog more interestig than before. Insyaallah akan digiatkan....

Byk benda dah berlaku dlm setengah tahun ni. Kehidupan, ade suka dan ade duka... dan paling melarakan dan membuat hatiku sentiasa dirundung tangis dan sepi....semuanya dah ditakdirkan berlaku dan aku kena pasrah dan redha dgn segala ketentuanNya Yang Maha Esa...

Nothing to say, just wait for me yeah...

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...