Sunday, July 24, 2011

IqA MeNtOr - Di PeNgHuJuNgNyA

Lagu dan lirik ciptaan Edry Abd Halim.


Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya


Muat turun lagu di sini


Whoops : Susah nak terima bila org yg kita da sgt2 syg akhirnya pergi tinggalkan kita. Macam mana pun, kena redha sbb Allah dah tulis takdir jodoh kita. Macam mana usaha sekalipun kalau dia mmg bukan jodoh Allah utk kita, tetap bukan utk kita sampai bila2 pun.Doa dan teruskan pencarian....



AcEr Ao HaPpY N550


Rasa2nya da tiba masa beli laptop yg baru. Acer travelmate aku ni pn da uzur sgt2. Keypad byk der yg tercabut...aku kn "super duper" ganas....
Lihat gambar kt atas ni....Menarik tertarik mmg dabooommmm....:) Dlm proses mencukupkan bajet dan agak2 akhir tahun ni mesti dpt la.Tak hairan dah yg latest ke apa, nak yg ni jugak. hopefully hajat nk miliki yg pink atau biru tu dpt la nanti, Insyaallah.... Kena berjimat cermat, almaklumlah aku bukannya keje lg kan...

Review yg aku dpt: Check it out!

Colorful netbooks are becoming quite a norm with manufacturers releasing attractive looking netbooks one after another. The latest release from Acer is not an exception. Behold the new Acer Aspire One Happy 2 netbook from Acer. One of the attractive Acer Aspire One Happy 2 features are the colors it came with. You can choose from 4 “bling-bling” colors, which are Blueberry Shake, Papaya Milk, Strawberry Yogurt and Banana Cream. Sounds yummy?

And below are the Acer Apire One Happy 2 specification:

  • Intel Atom N570 Processor – 1.66Ghz, Cache
  • 10.1″ SD 1024×600 (WSVGA) LED
  • Intel GMA 3150 Integrated Graphic
  • 2GB
  • 500 GB 5400RPM SATA Hard Disk Drive
  • High Definition Audio with Microphone
  • Bluetooth 3.0
  • IEEE 802.11b/g/n Wireless Adapter
  • 1280×1024 Crystal Eye Webcam
  • 6 Cell 4400 mAh Li-ion Battery
  • 256.5 (W) x 184 (D) x 24 (H) mm
  • 1.3 kg (with battery)
  • Windows 7 Starter

Acer Aspire One Happy 2 Price at the time of writing: RM1149.00

Acer has released the Acer Aspire One Happy first generation before, and the changes made to the aspire one happy 2 are the processor choice and the lid design. The new acer happy 2 feature the water drop lid design that have been use in some of the new laptops from Acer stable.

The Aspire Happy 2 is equipped with the dual core Intel Atom Processor, the Intel Atom N570 with 1MB L2 Cache. This processor is not a workhorse, but will prove more than sufficient for netbooks such as the aspire one happy 2. The main advantage of low voltage processor such as the Intel Atom is the power usage that prolonged battery life.

Intel Aspire One Happy 2 claimed a battery life of 8 hours of usage (if equipped with 6 cell battery) charged with the MiniGo AC Adapter.

The Happy 2 also feature 2GB of DDR3 RAM and 500GB SATA Hard Disk Drive which is a great upgrade from the previous first generation aspire one happy which are equipped with only 1GB of RAM and 250GB of Hard Disk. Other specifications are what you can expect from the latest generation of netbook available on market today.

As usual, the Acer Aspire One Happy 2 keyboard and touch pad are ergonomic in design and comfortable to use, as with other Acer Notebooks.

The Aspire One Happy 2 will be a hit for those who are looking to upgrade their netbooks, or those looking for an entry level netbook that have little more juice than other netbooks on the market today.

Kaulah idaman hatiku... Strawberry Yogurt!

Monday, July 18, 2011

BiLa Ni?


Bila la agaknya temuduga Peg. Penerangan ni?
Sejak result kuar aritu sampailah ke hari ini aku belum buat apa2 persediaan pun. Sepatutnya aku gunakan peluang yg ada dan masa yg sgt panjang ni dgn buat persediaan dan cari info2 penting tentang kerja ni kan? Aku harus bangkit dan siap2 belajar tentang semuanya yg berkaitan peg penerangan di KPKK ni. Nanti bila dorang panggil interview dah mudah la kan? Hrmmmm..... Aku tak boleh leka dan lalai lg sebab aku kena bersaing dgn mereka yg memang berkelayakan dan lebih pandai drpd aku. Aku tak boleh mengalah. Paling utama mesti selalu berdoa semoga ini adalah rezeki aku. Insyaallah, aku akan berusaha!
Bukan aku taknak cari keje lain, tp memandangkan kesihatan mak yg tak memungkinkan aku keje buat masa ni. Kadang2 aku tertekan jugak, ye la, org lain rezeki kerja dorang laluan dia mudah sgt, tapi aku... betul jugak ckp kawan baik aku yg ada hikmah kenapa aku tak keje skrg ni. Aku ada peluang teman dan jaga mak dan mungkin rezeki aku lebih besar dpd apa yg aku inginkan. Dan aku kena tahan dgn semua dugaan ni.... Lg2 nk raya ni kan, dugaan malu bila sedara2 dtg dan soalan yg mmg akan buat aku sgt tension nk jawab, "Bila nak keje? Bila nak kawin?" Aku taulah umur mcm aku ni dah patut ada keje, tapi aku nak buat mcm mana? Bab kawin pulak, bukan aku yg tentukan jodoh. Allah yg belum nak bagi jodoh, aku nak buat mcm mana?
Biala org nak ckp ape pun, aku tak kisah. Pekak kan telinga dan aku tau, mak abah yg akan tlg jawab utk aku.
Aku akan tunggu dgn sabar dan aku akan buktikan pd semua org aku jugak blh berjaya....

Monday, July 4, 2011

BaYaNgAn RiNdU - AiSyA SoFeA

Tajuk : Bayangan Rindu
Novelis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21 tahun 2007
Bil. m/s : 576
Tagline :Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini?

Novelis kegemaran aku, Anis Ayuni berjaya membuatkan aku sekali lagi terawang2 dlm kisah yg diciptanya. Kisah percintaan anak2 sekolah menjadi rencah dalam penceritaannya kali ini.
Adakala cinta yg disulam dari remaja ini akan berakhir dgn kebahagiaan dan adakalanya berakhir dgn kekecewaan. Kesetiaan dan kesanggupan diri utk terus bersama menjadi tunjang dlm menjalinkan sesuatu hubungan yg sgt panjang. Begitulah yg terjadi kepada watak dalam novel ini. Iddya dan Baein menjalinkan hubungan anak sekolah tanpa pengetahuan yg lain. Begitu juga yg terjadi kepada Umar Aisy cuma bezanya, cinta tanpa salam bersambut tapi tetap setia menanti sehingga dia pasti si dia bukan jodoh Allah utknya....

Sinopsis mengikut pembacaan aku:
Cerita bermula apabila Iddya dan Baein yg merupakan teman sekelas yg sering berbalah dan akhirnya menimbulkan rasa halus di hati masing2. Tapi percintaan bahagia antara mereka perlu dirahsiakan memandangkan mereka adalah anak2 sekolah yg mempunyai tanggungjawab yg lebih utama iaitu pelajaran dan peperiksaan.
Pohon jacaranda sering menjadi tempat pertemuan antara Iddya dan Kiew. Persahabatan yg sgt murni terjalin di situ!
Hubungan antara Iddya dan Baein berjalan seperti biasa walaupun mereka dipisahkan beribu2 batu jauhnya. Tetapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi Iddya. Perasaan sayang dan setianya kepada Baein harus dibuang jauh2. Kebahagiaan cinta remajanya hanya sementara.....
Lutfi, lelaki yg hadir merawat kelukaan dan kekecewaan dan Iddya menganyam impian utk hidup hanya disamping lelaki itu. Pertemuan yg tidak disangka menjalinkan hubungan persahabatan yg dah lama terpisah dgn Kiew, Kiew kini bernama Umar Aisy...
Kasih yg disulam bersama Lutfi tak berpanjangan. Lutfi adalah abang sesusuannya yg sememangnya haram utk dikahwini. kenyataan sukar diterima lebih2 lagi bila Iddya merasakan Hilda, teman sepejabatnya menikam dia dari belakang dgn menerima lamaran Lutfi. Umar Aisy la tempat Iddya mencurahkan segala kedukaan dan kekecewaan. Kerap kali bertemu menghadirkan perasaan halus buat Umar Aisy, tapi dia sedar bahawa Umar Aisy sudah berpunya...
Baein menagih janji, kasih terhadap Umar Aisy semakin menuntun jiwa...Akhirnya bahagia miliknya jua....

Part yg aku suka>>>>> jom share

Umar Aisy : " Iddya... kita jangan menyukai dan puja seseorang lebih dari rasa cinta kita pada ALLAH yang satu. Kena redha agar kita tak terlalu rasa kecewa. Insya-ALLAH suatu hari nanti ada orang lain yang menanti... orang yang ALLAH janjikan untuk you cintai. Melimpah kasih ALLAH kalau kita letak kasih pada Dia dulu sebelum cinta pada kekasih. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Hal ni dah ditakdirkan. Ingat... tak semua yang kita sayang dan suka tu terbaik untuk kita. Redhalah dengan ketentuan ini. ALLAH tak pernah zalim pada makhluk ciptaan-NYA."

Saturday, July 2, 2011

C.E.M.B.U.R.U

Cemburu...
Masalah yg akan dihadapi oleh semua orang. Virus cemburu merebak dan menyerang adrenalin hingga kita berasa sangat sedih, resah, berkecamuk dan gelisah. Perasaan menghimpit dan mengongsi seluruh sistem badan hingga berasa seperti mahu menangis semahu-mahunya. Perasaan cemburu yg hadir membuatkan kita seperti berada di tengah2 lautan luas sbb kita tak nampak apa2 selain laut yg luas di sekeliling kita. Kita jadi hilang punca arah dan tak tahu mana nak tuju. Ke kanan, ke kiri, ke depan atau ke belakang.
Pada aku cemburu bukan hanya untuk pasangan yg bercinta atau berkahwin sahaja tetapi untuk semua. Cemburu pada sahabat, adik beradik, jiran dan sesiapa sahaja. Sifat cemburu akan dirasai sama ada cemburu utk perkara yg positif atau pun cemburu kepada perkara yg negatif.

Perkara positif bila kita cemburu kpd kejayaan seseorang dan kita akan jadikan rasa cemburu kita tu sbg inspirasi utk sama2 berjaya. Tp dalam hidup aku sekarang, memang aku sgt2 cemburu dgn kawan2 yg dah berjawatan tinggi dan mempunyai kehidupan yg bahagia, semestinya amat berbeza dgn kehidupan aku sekarang. Kesan dpd rasa cemburu yg berlebihan ni aku jadi malu utk berhadapan dan bergaul dgn mereka. Aku hindarkan rasa ni dgn kembali jadi positif dgn memberitahu diriku bahawa rezeki aku belum sampai lg utk semua tu dan aku tahu percaturan Allah adalah yg terbaik utkku.

Perkara negatif bila kita cemburu yg berlebihan dan mengakibatkan kesengsaraan terhadap apa yg kita cemburukan dan membawa kemudaratan yg berpanjangan dalam hidup kita. Contoh, kita cemburu dgn kelebihan seseorang tu, dan akibat drpd cemburu tu kita pulaukan orang tu, kita cerita perkara2 yg kurang baik dgn orang lain pasal dia iaitu kita memfitnah dia dan kita lakukan macam2 perkara lagi yg kesannya hanya akan membawa diri kita dalam menambah dosa. Bagi aku, kenapa kita nk cemburu kalau dah orang tu cantik ke, kacak ke, pndai melukis ke, atau apa2 kelebihan lain lah kan, sbb kita pun ada kelebihan jugakwalaupun kita tak nampak sekarang. Percayalah bahawa Allah menjdikan kita masing2 hidup di dunia ni dgn kelebihan masing2..

***kenapa aku bangkitkan tajuk ni? Sbb aku nak motivasikan diri aku yg akhir2 ni aku mmg rasa cemburu. Apa yg aku buat utk hilangkan cemburu ni?

1. Aku hentamlah tulis ape je yg aku marah dan geramkan tu. Lepas tu aku akan rasa lega. Dgn cara tu aku akn cepat lupakan apa yg aku rasa tu...
2. Aku akan menangis sbb aku memang akan terus menangis bila ada sesuatu yg mengusik hatiku. Semulajadi aku akan rasa sendu dan sgt sedih...
3. Aku berusaha berdoa agar aku cepat lupakan perkara tu dan aku letakkan keyakinan yg Allah akan bantu aku, cuma lambat dan cepat je masanya...

Tak semua benda yg kita harapkan akan kita dapatkan? Dan tak semua benda yg kita da dapat tu kita akan puas kan? Aku sentiasa berdoa semoga aku akan menjadi hambaNya yg bersyukur dan bersabar.

Friday, July 1, 2011

YaNg SeBeNaRnYa - AiSyA SoFeA

Tajuk : Yang Sebenarnya
Novelis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Bil m/s : 500 m/s
Tagline : Aku seperti ombak yang berlari mengejar ilusimu...

Seperti novel Aisya Sofea yg lain, aku semakin MEMINATINYA! Gaya penulisan yg bersahaja dan benar2 sempoi bagiku. Mudah menghayati setiap bait2 kata puitis yg terdapat dalam novel ni. Benar-benar mengujakan apabila mencapai klimaks utk mengetahui apa kesudahan yg berlaku terhadap hubungan Dhiya@Adik dan Abang Eddie. Bagaimana nasib Nuryn yg terlalu obses dgn panahan cintanya terhadap Eddie.
Watak Dhiya@Adik yg mempunyai pandangan sendiri dalam kehidupan. Watak yg agak gila2 dan kdg2 terlebih gila daripada biasa! Bertanggungjawab dgn diri sendiri dan memandang kehidupan dgn sentiasa positif. Abang sepupunyalah tempat dia mencurahkan segala masalah dan mendapatkan pandangan. Menjadi pemujuk Eddie dikala lelaki itu dlm kekecewaan.
Watak Eddie digambarkan sbg seorang yg dalam kekecewaan dan meninggalkan segala kenangan yg terjadi apabila perasaannya cintanya tidak dibalas oleh Kak Chik dgn membawa diri ke Kota London. Berhubungan dgn sepupunya sendiri melalui Yahoo Messenger (YM). Apabila berhadapan dgn situasi yg melibatkan Dhiya dia menjadi pemarah namun sebenarnya menjadi pemarah kerana ingin menyembunyikan rahsia hati yg dipendam
Watak Kak Chik yg mempertaruhkan kebahagiaannya utk hidup bersama dgn Encik Ghous seorang duda kaya. Namun kebhgiaan yg dicari tidak dpt digapai. Menumpahkan kasih terhadap seorang anak kecil yg baru kematian ibu dan kebahagiaan terpancar jua.
Watak Babah digambarkan novelis sbg seorang yg berdiplomasi dan menjadi watak timbal kepada watak Emak yg memang kena dgn peranannya sbg seorang mak yg akan membebel setiap kali kpd anak-anaknya.

Pssttttt<<<< aku suka part ni<<<<<

" Orang kata cinta itu indah. Tapi kenapa aku tidak dapat merasakan sedikitpun keindahan cinta itu? Malah cinta membuatkan aku hiba, sebak dan tidak keruan. Sedangkan cinta memberi seribu kegembiraan, keindahan dan ketenangan. Aneh jika ini cinta yang aku miliki. Cinta yang menyakitkan. Cinta yang membuatkan aku cuba menyakitkan hatinya kembali."
(m/s : 398)

Eddie: Abang takkan tinggalkan Dhiya.

Dhiya: Dhiya tahu.

Eddie: Abang akan pegang tangan Dhiya sampai bila-bila. Selagi Dhiya pegang tangan abang, selagi tu abang takkan lepaskan tangan Dhiya.

Dhiya: Kalau abang lepaskan akhir nanti?

Eddie: Tangan abang tempat Dhiya berpaut. Takkan patah, takkan goyah sampai bila-bila. Selagi tangan Dhiya teguh erat pegang tangan abang, selagi itu abang takkan lepaskan tangan Dhiya. Itu janji abang pada Dhiya.
(m/s: 492)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...