Wednesday, November 16, 2011

gLoRy JaNe @ Man Of HoNoR


Tajuk : Glory Jane a.k.a Man Of Honor
Genre : Romance
Episode : 24

Jangan tak tau, aku adalah peminat drama Korea. Byk jgkla series yg aku dok ngadap. Tp layan K-pop memang tak layan langsung la kecuali kalau terdengar2 kt Hot FM tu terlayan la jgk. hehehe.....

Sinopsis Glory Jane yg memang best sgt2 ni kena baca sini....

Episod 1 tu adalah kisah pasal macam mana Gim Yeong Gwang ni mula2 terjebak dgn dunia besbol dan kisah sedih keluarga Yun Jae In. Yeong Gwang seorang lelaki yg bercita2 tinggi tapi berpaksi pd nasib semata2 dlm dunia besbolnya. Hinggalah dia tercedera dan bertemu semula dgn Jae In peminatnya. Sementara tu plak ada lg seorang lelaki ni nama dia Seo In U yg jadi musuh tradisi Yeong Gwang.
Macam ni, ayah Yeong Gwang ni adalah pemandu kepada ayah Jae In dan atas satu kejadian yg menimpa yg melibatkan jgk ayah In U, ayah Yeong Gwang jadi mangsa keadaan dan krn kasihan pd Jae In, dia terpaksa hantar Jae In ke rumah anak yatim dan bila besar ikut pd surat yg dikirimkan ke rumah anak yatim tersebut, Jae In menyangka yg ayah Yeong Gwang adalah ayahnya hasil hubungan haram.
Cerita makin mendebarkan bila Yeong Gwang terpaksa bersara drpd dunia besbol bila kecederaan tulang rusuknya tak memungkinkannya utk terus beraksi sementara si In U jgk terpaksa bersara sbb tiada pilihan antara arahan diktator ayahnya. Sementara tu plak, Jae In menjadi jururawat peribadi In U dan pertarungan mereka bermula apabila ketiga2nya memasuki sebuah syarikat...

Ni pulak, sinopsis yg aku copy....

Synopsis

Kim Young Kwang (Chun Jung Myung) is a baseball player on a minor league team, former 4th hitter of the major league team, is an innocently confident man who never stops trying his best to re-live past glories. Yoon Jae In (Park Min Young) works as a nurse’s aide is a struggling young, cheery, bright girl who always maintains a positive attitude despite her poor background and dreams of becoming a nurse. She meets Kim Young Kwang at the hospital when he sustains injures, as they struggling to overcome their fates, they find love. Seo In Woo (Lee Jang Woo) is the future heir of a sports clothing company and also the clean-up hitter for the a professional baseball team that his father owns. A love triangle ensues between these three characters.

Main Cast

Chun Jung Myung as Kim Young Kwang

Park Min Young as Yoon Jae In

Lee Jang Woo as Seo In Woo


Nak joint aku addict dgn cerita ni layan kat maaduu.com tau. korang klik je kat sini ek. Kat situ byk lagi drama series korea yg lain

Tuesday, November 15, 2011

AkHiRnYa AkU kAhWiN! - HeRnA DiAnA

Tajuk : Akhirnya Aku Kahwin!
Novelis : Herna Diana
Terbitan : Alaf 21/2011
Bil. m/s : 481
Tagline : Ingat senang ke mencari cinta sejati?

Novel ini adalah novel kedua yg aku baca hasil karya novelis Herna Diana selepas Cinta 3 Suku. Apalagi macam biasa buat masa ni kredit dan terima kasih kpd sepupuku yg comel, Atie sbb bg akak linlone pinjam buat peneman tido dlm beberapa hari ni :)
Herna Diana ni da mula memikat hati aku dgn gaya bahasa penulisannya yg bersahaja, komedi romantik, humuristik ala-ala comel gitu yg buat otak aku ni rileks je baca dr mula sampailah habis. Genre komedi romantik, jadi banyakla babak-babak yg menggelikan hati. Thumbs up la!:)

Pengajaran yg aku dpt dpd novel ni byk antaranya adalah:-

1. Setiap makhluk kat bumi ni Allah ciptakan punya kekurangan dan kelebihan masing2, ala maksudnya bukan manusia tu sempurna. Jadi terpulanglah pd manusia tu sama ada nk jadikan kekurangan tu sebagai kelebihan atau gunakan kelebihan yg ada sebagai kekurangan. Korang fikirla sendiri maksudnya ek, ngee ngeeeeeee....
2. Apa jua kejadian yg berlaku pasti ada hikmah tersembunyi yg sebelum tu adalah rahsia Allah. Bila kita rasakan hikmahnya barulah kita sedar Allah memang sayang kat kita...
3. Jangan sesekali kita menilai seseorang tu berdasarkan rupa fizikal je tau sebelum kita kenal dia sebab tak kenal maka tak cinta, da kenal ambik ko, terus melekat....hehehehe....

Macam biasa aku cerita kat korang ek sinopsis novel ni ikut pembacaan aku..jooooom baca....

Watak utama ialah Nurdiana Ismail a.k.a Didi, seorang yg tersangatlah comel fizikalnya tp hati baik punye. Oleh sebab fizikalnya yg ala2 Adibah Noor tu atau cikitnye lebih kurang macam aku la kan, DD a.k.a Diana Debab..Janji hati mau senang....hehehe....
Kisah ni start bila Didi ni terlanggar seorang mamat sengal yg dok melintas jln tanpa pandang kiri, kanan dan kiri sbb nk kejar awek yg merajuk. Pas Didi langgar dia dok antar hospital pastu bwk balik rumah dan terus jd anak angkat umi dan abah Didi. Amacam? ni baru intro....Nama mamat tadi ialah Syafiq. Didi pun jadi anak angkat mama dan papa Syafiq ni jugak tau.
Didi ni mcm gadis2 yg lain jugak, ingin disayangi dan menyayangi insan bernama lelaki tp nasib selalu tak menyebelahinya krn fizikalnya dia sering dipersenda. Begitu jgk dgn Azlan, yg dia sangka menyayanginya setulus hati tapi rupanya sama mcm yg lain. Kehilangan insan tersayang iaitu kedua ibu bapanya sgt2 menyentuh hati masa baca dan aku jadikan sebagai klimaks utk novel ni. Namun kelukaan hati diceriakan dgn kehadiran Syafiq dan rakan Facebook dia Terhangat^Di^Pasaran...
Kehadiran dirinya di tengah2 keluarga angkatnya sendiri tidak disenangi oleh Syafiqah, adik bongsu Syafiq dan kehadiran Syafizi jgk membuatkannya bertambah buntu sbb Syafizi ni suka mengacau ketenteraman hidupnya. Nak tau kesudahannya,kenalah dptkan novel ni di pasaran sbb mesti korang tertanya2 adakah Didi akan menemui cinta sejatinya? Apa jadi pd hubungannya dgn si Syafiqah tu dan apa kaitan pulak Syafizi dgn mamat Terhangat^Di^Pasaran?

Pssssstttttt kpd novelis Cik Herna Diana<<<<<<
Part yg nk last2 tu macam tak puas la. Penceritaannya sikit sgt kalaulah dikembangkan mesti best sbb alih2 baca aku sebut aik?????? Tp dr sudut lain, macam gempaq suspen la plak.....hehehe jgn mrh ye novelis Herna Diana....;)


Tuesday, November 8, 2011

SeLaMaT TiNgGaL...

Assalamualaikum w.b.t
Saat aku menulis entri ni, keluarga kami baru saja kehilangan seorang anggota yg pergi selama-lamanya menghadap Yang Maha Esa. Buat Allahyarham pakcikku Hj. Kamaruddin b. Mamat, sekalung kenangan yg tidak mungkin akan kami lupakan dan semoga dikau ditempatkan dlm golongan hamba-hamba yg soleh, Amin...
Pakcik pergi tatkala Aidiladha melabuhkan tirainya. Hujan rintik-rintik mengiringi jenazahnya sama seperti airmata yg mengalir memutuskan kasih jiwa antara kami. Perginya pakcik ditangisi isteri, saudara mara dan anak-anak murid kesayangannya. Tautan kenangan dan titipan doa kami takkan putus buatnya. Ya Allah, redhailah perjalanan pakcikku dlm menemuiMu Ya Rabb... Al-Fatihah...

Sekadar renungan dan buat peringatan utk kita semua yg pasti satu hari nanti akan menemui al-Maut kerana MATI ITU PASTI bg setiap makhluk Allah yg bernyawa aku linkkan kat sini satu artikel drpd ohislam.com yg mudah-mudahan akan membuatkan aku dan sekalian saudaraku menginsafi diri tentang satu hakikat dan janji Allah yg PASTI!

Semoga kita akan sama-sama mendapat rahmat drpd Allah, Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Terima kasih ohislam.com

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...