Friday, January 27, 2012

akU dAh KeJe...


Salam blog linlone....


Cuma nk "hapdet" pasal diri sendiri nih...:)

Dah 3 hari aku keje kat Muar, mcm tak percaya lak... walaupun gaji ciput jer tp kira cukuplah dan yg paling penting pengalaman dan keberkatan keje tu, betul tak? keje pun takde la teruk mana pun dan dpt boss yg mmg sgt ok dan byk bagi tunjuk ajar pd aku yg mmg zero psl keje nih. Nak tau keje ape, nantla aku post len kali ek. :)

Buat masa ni, abah la yg susah payah dok menghantar dan menjemput aku. Nak bwk motor alamak, kes merempit takde lesen. Bahaya woh! Nak beli kete plak, ada ke kete baru yg murah! Kalaula ada org yg sponsor downpayment dan byr bulan2 tu alangkah bertuahnya aku ni! (Dlm mimpi pun tak dpt den nk tolong) :)

Felt aku pun da ada tempahan dan kena siapkan minggu ni gak. Harap2 Kak Ita dan Kak Maz dpt bersabar tunggu yerk! Nanti siap jer aku post kt sini tempahan dorang ni. Aku pun buat JV dgn adik gak, dan nampak cam lumayan jer projek sugar glider pouch dia tu. Dgr2 da ada tempahan dan mestila charge gila gempak. Hehehe....

Friday, January 20, 2012

My NeW HoBbY

Car deco utk kereta abah...
Ni keychain yg Kak Ita tempah...
Yg ni pulak benget senget luv dia, pastu jahitan tak seberapa kemas sbb aku junior crafter la...:)


Dah lama tak mengapdet blog aku yg tak seberapa ni. Bukan ape, sibuk main dgn Nawar, cari keje, teman mak dialisis, dn cari duit poket sikit2 dgn buat felt craft mcm gambar kat atas tu. Kebetulan, mmg dok pikir macam mana nk dpt hobby baru utk isi masa lapang aku yg terlalu lapang ni, yela drpd melangut dok pikir bukan-bukan. Lg pulak aku harus melupakan sesuatu!
Cari punya cari, tadaaaaa..... felt craft... aku pun adalah sikit2 bakat menjahit walaupun tak berapa pandai sgt kan...jumpa contoh kat blog2 rayauan then paper felt dan cotton wool yg ditinggalkan adik ada, so apalagi mula la projek... Inilah hasilnya....

ReSePi NaSi tOmAtO

Nasi tomato favorite ku...

Nak rasa kena cuba resepi ni!

, Whoops, gambar takde lauk ar :)

My first time ...
Alhamdulillah, menepati ciri-ciri secukup rasa dan selepas tu byk kali da buat...bukan ape, family suka. Mak kata tak perlu lauk pun dah sedap...:)

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
3 cawan air
2 cawan susu cair
4 sudu besar gheeblend (minyak sapi)
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
2 biji bawang besar mayang halus
1 ulas bawang putih hiris halus
Sehiris halia
Rempah 4 sekawan
2 biji tomato biji potong dadu
4 sudu besar kismis goreng
5 sudu besar gajus goreng
Secukup bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang-bawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah 4 sekawan dan goreng bawang garing lagi.
3. Masukkan tomato puri, sos tomato dan jugak tomato biji dan goreng sebentar.
4. Masukkan pula air dan susu tadi sekaligus dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan beras dan daun pandan dan garam. Perasakan ikut selera. Kacau hingga hampir kering supaya bahan-bahan benar-benar sebati dan tutup biar hampir kering
6. Bila nasi hampir kering, kacau nasi supaya bahan sebati.
7. Nasi dah kering, taburkan kismis dan gajus serta bawang goreng ke dalam nasi tadi.

Tadaaaaa... dah siap!

P/s : Tumis kat atas api pastu bila air campur susu tadi dah didih, barulah masukkan dalam rice cooker dan selalu tengok dan kacau. Biarkan dan masak macam nasi biasa, tp perlu dikacau bila hampir nk kering sebab takut bahagian bawah je yg rasa nasi tomato...maknanya, nasi tak masak serata la tu. Dah kering tabur je kismis, gajus dan bawang goreng.
Sedap makan dgn ayam masak sambal tomato, acar nenas atau kari ayam...:) memang marvelous!!!

Wednesday, January 4, 2012

2012...TaHuN BaRu

Salam...
Rindu tak terhingga kt blog linlone ni sbb aku da lama tak menjengah. Naik bersarang kot...:)
Dan belum terlambat utk Selamat Tahun Baru 2012...
Setahun lagi yg perlu aku tempuh dan tahun 2011 benar-benar bg aku kenangan yg byk membuatkan aku mengalir airmata. Adakah tahun ni benar-benar akan membuatkan takdir hidupku berubah? Wallahualam....
Walau apa pun yg perlu aku lalui aku pasti akan laluinya dgn pasrah dan redha. Senyuman tetap milikku...
Pasal azam plak, adalah...Mana boleh share dgn korang...hehehe...
Happy New Year for myself and also to my blog.Wish you all in a bright pleasant day for everyday...:)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...