Tuesday, November 19, 2013

MaK PeRgi SeLaMa-LaMaNya

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 4 November 2013, sekali lagi aku kehilangan satu-satunya permata paling berharga dalam hidup aku. Mak Almarhumah Saiyah Binti Semadi pergi selama-lamanya. Cuma selang 247 hari selepas Arwah Abah. Ditakdirkan mereka berdua sehidup semati bersama dan takdir Allah juga, Mak bersemadi di sebelah Abah. Allahu Akhbar!

Hari ini genap 16 hari Mak meninggalkan aku dan adik-adik. Aku bangga dengan Mak sebab begitu kuat dan tabah selama 8 bulan setelah pemergian Arwah Abah. Mak tanpa penat mendoakan kesejahteraan Arwah Abah. Tanpa henti membasahkan lidah dengan Zikrullah. Semangat Mak begitu kuat walaupun Mak tak seperti kita yang sihat. Mak memang dah lama tak nampak disebabkan katarak mata, tapi satu anugerah Allah buat Mak selepas Mak dikafankan, muka Mak sangat berseri, dan mata mak terpejam seolah-olah seperti mata Mak kembali normal dan Mak seperti sedang tersenyum, Masyaallah.... Rata-rata orang yang melihat jenazah Mak cakap benda yang sama, Allahu Akhbar!

Aku adik beradik redha pemergian Mak dan Abah. Aku berdoa semoga penderitaan yang Mak tanggung di dunia akan dibalas Allah dengan kenikmatan dan kebahagiaan di alam sana. Aku selalu cakap kat Mak yang Mak beruntung sebab segala sakit yang Mak tanggung adalah kafarah setiap dosa setiap kali Mak mengadu nasib diri dia.Itu saja yang aku boleh cakap untuk pujuk dia setiap kali dia rasa putus asa. 

2 tahun aku jaga Mak aku rasa cukup puas sebab aku tahu Mak sangat hargai pengorbanan aku selama 2 tahun ni. Setiap pagi dan petang kami akan berzikir bersama, makan bersama dan paling aku puas dapat suapkan dia makan. Kami berulit dan bercerita malah kadang kala bergaduh berdua. Itu yang mebuatkan aku terlalu rindu dan ingat dengan Mak, tapi aku tahu Allah lagi menyayangi dia.


 Bertahun-tahun Allah menguji Mak dan Abah dengan pelbagai dugaan. Ada kalanya terlalu berat rasanya untuk Mak tanggung.Tapi aku tahu, semangat Mak cukup kuat hanya untuk kami adik beradik. Mak dan Abah tempuh dugaan mereka dengan penuh sabar. Aku adik beradik sangat bangga kerana memiliki kedua ibu bapa yang sangat hebat.

 7 tahun Mak berulang alik ke pusat dialisis, dan selama itulah kami menempuh pelbagai dugaan. Dugaan dari segi kesihatan Mak dan kewangan. Kalaulah kami tak kuat dari segi mental dan fizikal, rebah benteng keimanan kami sekeluarga, tapi Allah Maha Besar, kami sekeluarga masih dalam lindunganNya. Allah memberi dan mengambil sesuatu mengikut apa yang mampu kita tanggung. Walaupun Mak tinggalkan kami secara tiba-tiba tapi kami bersyukur sebab Mak adalah Mak kami 3 beradik. Kerana Maklah kami berjaya!

 Seminggu selepas pemergian Mak, adik bergraduasi tanpa keduanya. Alhamdulillah kami 3 beradik cukup kuat untuk menempuh kehidupan selepas ini. Kami akan sentiasa menyokong antara satu sama lain, pesan Mak supaya kami 3 beradik jangan bergaduh dan kena saling muafakat. Mak Abah tak sempat tengok Adik bergelar graduan Master tapi aku tahu mereka amat berbangga dengan Adik. Saat paling menghibakan bila Adik ambil scrol dia dengan YDP Agong. Masa tu, aku bayangkan betapa bangganya Mak Abah kalau mereka ada dalam dewan tu. 

 Kini aku 3 beradik menumpang kasih dengan mak-mak saudara dan bapa-bapa saudara, Alhamdulillah mereka sentiasa ada untuk kami 3 beradik. Adik dan Mimi adalah kekuatan aku sekarang.

In Shaa Allah, aku akan mulakan kehidupan aku selepas ini, aku akan terus berusaha untuk membina kehidupan aku demi Mimi dan Adik. Semoga kebahagiaan akan Allah limpahkan buat kami adik beradik. 




Wallahualam, 

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...