Wednesday, December 25, 2013

AkU iNGiN BeRuBaH

Assalamualaikum w.b.t

Masya-Allah rindunya nak menulis blog. Hari cuti ni dapatlah curi sikit masa berblog. Entri hari ini aku cuma nak kongsi cerita bagaimana aku terdetik untuk berubah. Berubah yang In Shaa Allah selama-lamanya selagi aku bernafas di muka bumi Allah ni. Wahai Allah jauhkanlah aku daripada hasutan dan godaan syaitan yang bisa menggoyahkan keimanan aku yang nipis ini Ya Allah....

Sebelum ini aku memang sudah bertudung tapi tudung yang aku pakai macam tak cukup syarat yang ditetapkan syariat malah kadang kala tak menutupi dada. Begitu juga dengan pakaian, walaupun dah berlengan panjang tapi tetap ketat. Astaghfirullah... Begitulah jahilnya aku dahulu. Sesuka hati berpakaian tanpa memikirkan natijahnya di Sana nanti.

Tidak aku nafikan bahawa aku mengaku sebagai Islam seorang Muslimah tapi hakikatnya aku sangat jauh daripada Islam. Aku bersolat tapi perkara lain aku pandang enteng, semuanya ambil mudah. Jadi bagaimana dengan solat aku? Apakah solatku Allah terima? Segala dosa-dosaku akan Allah ampunkan? Aku bersolat tapi kemudian aku berpakaian ketat dan bertudung pendek. Seolah-olah solat yang aku lakukan tadi adalah sia-sia. Kemudian, mak abah yang di sana terus menerima azab kerana aku. Aku menyeksa kedua ibu bapaku bukan menyenangkan ibu bapaku. Ya Allah zalimnya aku sebab aku mak abah merana kat sana. Itulah perkara yang buatkan aku kembali kepada fitrah Islam yang mengaku kalimah "Laa illaahaa illah". 

Kemudian dijadikan cerita, Allah benar-benar membantu perubahan dan penghijrahan aku, Allah membuka ruang rezeki apabila aku diterima bekerja di Little Caliphs, Islamic Pre-School di mana budayanya adalah Islam. Subhanallah, begitu sekali kasih sayang Allah kepada aku. Aku belajar erti sabar, ikhlas dan menyayangi sepenuh hati. Walau siapa pun kita, bila hidayah Allah menyapa, nikmat itulah yang terasa sangat indah. Setiap hari aku dikelilingi khalifah kecil Allah yang mana doa mereka sangat mustajab, kata-kata mereka ikhlas, ketawa mereka menyenangkan. 

Terus terang aku katakan yang aku punya banyak dosa. Dosa-dosa silam yang aku rasa mampu mencampakkan aku ke Jahannam. Dosa yang aku kesalkan setiap masa. Jika aku boleh kembali ke masa tu, aku takkan sesekali melakukannya tapi aku kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan yang selalu mengelilingi aku. Namun aku yakin, Allah Maha Pengampun, dosa silam bukan penghalang untuk aku berubah. Aku taknak terus menjadi hambaNya yang sentiasa dihimpit rasa berdosa.Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa silamku. Kau ampunkanlah diriku Ya Allah...

Alhamdulillah, aku masih sempat disapa Allah sebelum ajal menjemput aku. Aku dipilih Allah. Biarlah aku mengalami perubahan sedikit demi sedikit tapi istiqamah melakukannya. Aku adalah aku yang baru untuk masa depan. Aku hargai diriku di masa lepas kerana tanpa segalanya aku pasti takkan berubah. Namun penyesalan tetap berbekas di dalam hati selamanya.

 Aku berdoa agar setiap daripada kita adalah insan terpilih untuk berubah. Berubah walaupun perubahan itu amat payah untuk kita. Semoga kita terus berdoa agar hidayah Allah itu adalah untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Semoga nikmat iman akan terus kita peroleh. 

 Allah, nak jadi solehah bukan mudah. UjianMu terlalu banyak untuk aku lalui kerana dengan ujianMu itulah penentu arah kehidupanku. Namun Allah, tiada yang aku pinta selain ketekunan dan kesabaran agar aku terus istiqamah dalam menempuh ujianMu yang berat. Izinkan aku berjuang untuk merebut JannahMu. Allah, pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangMu dan izinkanlah aku mencintaiMu dan RasulMu melebihi cintaku kepada makhlukMu. Bahagiakanlah aku dengan kasih sayangMu.
Apabila kita ingin membawa diri kita kepada perubahan, bayangkan seperti kita berada di 2 persimpangan berbeza. Satu jalan lurus menuju kebahagiaan dunia semata-mata kerana biasanya jalan nikmat dunia adalah mudah dicari dan satu jalan lagi jalan penuh liku kerana jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat biasanya penuh dengan cabaran dan ujian. Pilihan itu ditangan kita. Ingin jalan yang lurus atau jalan yang berliku. Tepuk dada tanya selera....

Doakan diriku agar terus memilih jalan yang berliku sebab aku ingin berubah. Aku juga akan mendoakan kalian agar bersama-sama memilih jalan tu. Tanamkan dan niatkan perkara yang baik dan positif setiap hari sebab bila kita sentiasa postif In Shaa Allah kita akan berusaha jadi seorang yang positif. 70% badan kita adalah air, dan sifat air adalah merakam, jadi bila kita berniat yang baik, badan kita akan merakam perkara yang baik dan akal dan hati kita akan berusaha dapatkan perkara yang baik tu.

Wallahualam,

Sunday, December 1, 2013

360 DaRjAh

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi Allah bernafas lagi di atas muka bumi Allah yang amat luas hari ini.  Banyak perkara yang aku rasakan terlalu pantas berlaku yang mengubah kehidupan aku 360 darjah.Segalanya berubah.

Perkara pertama, Mak pergi selama-lamanya. Kehilangan Mak secara tiba-tiba buat aku rasa amat tak bersedia kerana selama ni aku berulit dengan Mak 24 jam 7 hari seminggu. Tapi aku harus redha sebab Allah sangat menyayangi Mak. Aku cuba memahami erti kehilangan tanpa kepulangan.

Perkara kedua, Alhamdulillah aku sekarang sudah bekerja. Cikgu di Tadika Little Caliphs Merlimau. Dulu beria-ia taknak jadi cikgu tapi akhirnya....Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah bagi rezeki sangat cepat. Semoga rezeki ini akan mendapat barkah Allah dan seikhlasnya aku akan menyayangi khalifah kecil yang diamanahkan kepada aku dengan sepenuh ikhlas, In Shaa Allah. Aku akan kutip seberapa banyak pengalaman dan semoga akan berguna kepada aku suatu hari nanti.
Perkara ketiga, aku akan berubah status daripada bujang ke tunangan orang dan seterusnya isteri seseorang. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati aku sekali lagi untuk menerima seseorang dalam kehidupan aku. Tapi kali ni, hubungan yang lebih serius dan matang. Hubungan yang lebih suci dan halal ke arah membina sebuah keluarga yang mawaddah, In Shaa Allah. Allah telah membuka pintu hati kami untuk saling menerima. Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kami ini dengan roh kasih sayang dan cinta sejati dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah....

Aku percaya, setiap ujian yang Allah berikan untuk kita ada hikmahnya. Setiap kesakitan yang Allah beri ada ubatnya. Setiap kedukaan yang Allah beri ada kebahagiaannya. Sabar dengan segala ujian. 

Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...