Monday, March 2, 2020

Aku apa Adanya Aku....❤


Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak punya apa-apa. Tujuannya supaya aku dapat memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Sebagaimana aku terima manfaat daripada penulis blog yang lain.

Hampir sahaja begitu banyak cerita untuk aku nukilkan. Untuk aku ceritakan. Untuk aku luahkan. Untuk aku katakan. Untuk aku sampaikan. 

Tapi ada apa dengan aku.....

Dunia aku tak seindah dunia sang puteri. Bahagia disinggahsana. Semua tersedia di depan mata. Dihormati disanjungi setiap masa. Dijunjung kasih setiap jelata.

Duniaku seindah biasa. Penuh suka. Penuh duka. Rintangan halangan permainan  jiwa. Airmata jadi pengiring dikala duka. Senyuman manis jadi penemuan dikala gembira.

Tapi syukur, aku bahagia. Bahagia dengan diriku. Apa adanya aku. Bahagia dengan kasih sayang belaian seorang lelaki bergelar suami. Bahagia dengan hilai manja penghibur duka seorang bidadari syurga. Semakin membesar di depan mata. Semakin petah menyusun kata. Semakin membesar bagai sang juara.

Syukur, syukur dan syukur aku dengan segala kurniaan nikmatNya. Pemberian rezekiNya. Cukup untuk aku tersenyum bahagia.

Namun, aku masih merangkak dalam memburu pengalaman hidup. Satu persatu ujian, bagaikan guru mengajar subjek kehidupan. Kuatkan semangat ku untuk terus belajar dan berjuang. Perjuangan untuk hidup dalam baki umur yang diberi pinjaman.

Semakin meningkat usia, semakin dekat ke akhir penamat yang bila masa sahaja akan menjelma. Rambut hitam menjadi semakin putih. Kulit anjal semakin berkedut. Gigi semakin luruh.

Semoga aku terus kuat untuk terus berjuang.
Aku adalah aku. Aku adalah apa yang aku fikirkan. Aku adalah apa yang aku mahukan. Aku adalah apa yang aku inginkan. Tiada sesiapa yang boleh mengubah diriku melainkan aku❗






  







Thursday, November 28, 2019

MY LITTLE LALA BY NAURAH

Terjebak dalam dunia brownies menjadikan ini adalah duniaku.
Menjadi pendapatan buat aku yang hanya seorang suri di hati suami.

Yay! Ramai yang suka.

Alhamdulillah, percaturan kali ini menjadi.

Mana taknya, sebelum ni memacam aku jual.
Baju ke laut.
Kosmetik pun ke laut dalam.
Perabih modal jugak la.
Lastly, lelong masuk tong.
Hahaha.

Yela, bukan orang nak beli gincu hari-hari.
Betul tak?

Takkan nak dok sesaja dendiam tanpa dapat hasil!

Aku start joint PJJ Cik Dayang.

Bermodalkan RM50 dok belajar buat kek dengan Cik Dayang.
Alhamdulillah menjadi semua.

Memula nak jual tu, susah jugak la.
Carik lubang mana yang boleh selit, aku selit.
Market luas, tapi nak dapat PERCAYA atas kesedapan brownies aku tu payah.

Finally, tersebar dari mulut ke mulut.
Dan sekarang alhamdulillah.
Every week akan ada brownies yang masuk order.

Daripada untuk makan-makan, sampailah untuk hantaran.
Syukur sesangat.

Dan sekarang adalah produk lain selain brownies.
Ada indulgence, Nutella choc bar, Cheese tart, Cheese cake, Marble cake dan lain-lain.

Brownies memang topseller.

Ada ke sesiapa berminat nak joint agent?

Aku harap dengan bukak agent ni, aku dapat tolong orang lain pulak.
Yela, mana tahu ada yang macam aku dedulu.
Dalam beg takdo duit!
Payoooohhh weyhhhhh!

Harapkan duit suami.
Segan weyhhhh nak mintak walaupun laki sendiri.

Usaha selagi terdaya!

Jom joint agent bagi korang yang area Melaka ni.



RESEPI OVERNIGHT OAT




Bahan-bahan:

Rolled oat
Susu low fat
Chia seed
Anggur
Mangga madu

Cara-cara:

Basuh rolled oat.
Masukkan dalam bekas pilihan.
Campurkan dengan susu low fat dan chia seed.
Simpan peti sejuk semalaman.
Nak makan, baru masukkan buah.

Shedappppp!
Nyummy!

Selamat mencuba!





Saturday, August 17, 2019

IZINKAN AKU KEMBALI

Terasa nak kembali ke dunia blogging.

Hampir kesekian kali hilang dari radar.
Tak tahu apa yang buat aku asyik menghilang.
Kerana kemalasan tahap dewa dewi agaknya.
Haha.....

Aku kini dalam dunia yang baru.
Membina nama sebuah perniagaan kecil.
My Little Lala by Naurah.

Aspirasi dan inspirasi buat anak dara aku yang semakin membesar kini.
Semoga aku dapat dan mampu mengembangkan My Little Lala hingga ke tahap yang tertinggi dan memberi kemewahan buat keluarga aku seluruhnya.
Aaamiin Ya Mujib

Aku ingin memberi bekalan buat arwah ibu bapa ku dan adikku di Sana, kerana itu sahajalah bekalan yang mampu aku berikan selain doa.
Doakan aku mampu menjadi penyumbang sebanyaknya kepada mereka yang memerlukan satu hari nanti ya.

Hakikat hidup perlu tetap ditempuh meskipun payah untuk dilupa.






Wednesday, November 15, 2017

HIDUP TAKDIR SEORANG MANUSIA BERGELAR HAMBA

Siapa kita melawan takdir?
Siapa kita menahan mati?
Siapa kita?
Siapa kau?
Dan siapa aku?

Hanya hamba.
Hamba yang tak punya apa.
Hamba yang lemah, hina dan dina.
Hamba yang miskin.
Hamba yang hidup dan matinya ditangan tuhan.
Kerana sesungguhnya kita hanyalah seorang hamba.

Semoga tegar dan istiqamah menjadi hamba yang bertuhan.
Menjadi hamba yang taat perintah.
Menjadi hamba yang layak mendapat syafaat.
Menjadi hamba yang layak menghuni dan menikmati taman syurga.
Menjadi hamba yang layak menikmati bahagia hakiki selamanya.

Takdir telah tercoret dalam kalendar hidup seorang hamba.
Bahagia. Manis. Gembira. Suka
Derita. Pahit. Sedih. Duka

Semua hamba melaluinya walau dengan cara berbeza.

Dugaan ujian takkan sama. Pena lakaran dalam kanvas kehidupan dipegang hamba atas ketentuan Yang Esa.
Hamba yang mencoraknya.
Tuhan yang mengizinkannya.

Pilih dan pilih corak yang menjadi keinginanmu.
Tanya dengan hati bukan dengan nafsu.

Pena dan berus lukisan ditanganmu.
Lakarlah. Tulislah. Warnalah.
Mengikut rentak hidupmu.
Tapi jangan sesekali melupakan asalmu.

Kerana di situ jualah tempat terakhir yang bakal menjadi takdir seorang hamba.

LindaLinlone
15/11/2017

#GengGetsheraKakMoon
#MotivasiPagiGetshera



Thursday, October 12, 2017

Hati kena Kuat

Semua orang pasti akan merasai kehilangan.
Semua orang pasti akan merasai kesedihan.
Semua orang pasti akan pergi selamanya.

Yang tinggal,
Hati kena kental.
Hati kena kuat.
Hati kena keras.
Tak salah menangis.
Tak salah mengenang.
Tak salah merindu.

Tapi......
Penanggungan yang sangat berat terpikul.
Bila terkenang pasti rasa terpukul.
Sakit memang sakit.
Tapi apakan daya sebagai manusia.
Akur kepada sebuah janji.

Jangan nanti,
Bila ada buat tak endah.
Bila dah tak de baru rasa gundah.

Alhamdulilah aku puas.
Puas bersama dan menjaga mereka yang aku sayang.

Ingatlah kawan-kawan,
Sayangilah orang disekelilingmu.
Lebih lagi kedua orang tuamu.
Keluargamu.
Beri kasih sayang.
Semoga Allah merahmatimu.

Kehendak takdir itu pasti.
Kerana mati itu pasti.
Giliran siapa selepas ini.
Tak siapa tahu rahsia illahi.

Selagi nyawa lekat di jasad.
Usahakan diri beribadat.
Semoga kita dapat syafaat.
Dengan pertolongan si Pemberi Rahmat.

Sesungguhnya hati ni amat rapuh....

Tuesday, October 10, 2017

Rindu dalam Tangisan

Seminggu tanpa kau.
Seminggu tanpa menjaga kau.
Seminggu tanpa melihat kau.
Seminggu tanpa bayang kau.

Namun, aku rindu.....
Rindu gelak ketawa kau.
Rindu kemarahan kau.
Rindu gurauan kasar kau.

Semua hanyalah kenangan.
Bersemadi dalam lipatan sejarah kehidupan kak long dan kak ngah.

Meratap tanpa bicara melihat baju kau.
Masih lagi berbau kau dik.

Terpandang sayu dan sepi bunga-bunga kau.
Kemboja yang selalu berbunga seakan merajuk.
Rumput menghijau kering seakan menangis.
Taburan daun kering umpama titisan airmata mengiringi perjalanan akhir pemiliknya.
Tiada lagi siraman kasih sayang daripada kau dik.
Tiada lagi taburan baja menghidupkan  mereka daripada jemari kau dik.

Insyaallah rumah dan taman milik kau ni akan kak long dan kak ngah jaga sebaiknya secantikknya. Tinggalan keramat untuk kami semua.

Impian kau terpaksa kak long dan kak ngah kuburkan bersama segala mimpi-mimpi ngeri ni dik. Maafkan kami....

Kami tak mampu untuk meneruskan impian rumah muzium yang kau impikan ni.
Kami tak kuat dik.
Batin kami rapuh.
Lunyai berkeping-keping saat kau terlantar tanpa bicara.

Insyaallah impian ni akan terlaksana di tempat yang sepatutnya.
Di mana, beratus manusia akan melihat setiap satu koleksi kesayangan kau sebagai satu ilmu yang paling bermanfaat.
Ganjaran daripada ilmu yang takkan pernah putus sebagai bekalan untuk kau di sana.

Doa  kak long dan kak ngah takkan pernah putus untuk kau, mak dan abah.
Dua hari lagi hari jadi hari lahir mak.
Sampaikan peluk cium kami ye dik....

😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Ya Allah. Jagalah mereka untuk kami. Muliakanlah mereka.
Lapangkanlah kubur mereka.
Jadikanlah kubur mereka tempat bersemayam yang indah umpama taman syurgaMu.
Jauhkanlah mereka daripada azab seksa kubur.
Berilah mereka kerehatan hingga waktu sangkakalaMu kedengaran.
Tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang soleh.

Allah yang Maha Mengetahui.

Nota tangisan tanpa suara,
Kak long kak ngah

Kau tetap dalam doa.
10/10/2017

 

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...