Hari ni bagi 1 resepi kek coklat moist yang sedap dimakan. Bukan apa, selain simpan dalam buku resepi perlu juga disimpan dalam blog ni. Yela, manalah tau ada sesiapa yang berkenan nak mencuba resepi ni dapatlah juga aku pahalanya kan. Bahan-bahannya pun sangat mudah didapati di kedai dan paling best sangat cepat disediakan.
Bahan-bahan:
Bahan A:
4 biji telur
Bahan B:
100g serbuk koko
250g gula castor
1 tin susu cair
200g minyak masak/minyak jagung
250g susu pekat manis
Bahan C:
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
Cara-caranya:
1. Bahan A iaitu telur diputar dengan mixer. Cukup sekadar berbuih dan diketepikan.
2. Bahan C diayak bersama dan ketepikan dahulu.
3. Bahan B dicampurkan bersama dan masak di atas api perlahan sampai licin berkilat.
4. Sementara itu, loyang perlu digris dengan marjerin/planta.
5. Masukkan Bahan B ke dalam bancuhan telur dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan pula Bahan C ke dalam adunan coklat tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau sebati.
7. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris.
8. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu, penutup kukus perlulah diikat dengan kain bagi mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek. Alternatif lain, loyang yang berisi adunan tadi ditutup dengan alumunium foil barulah dikukus.
9. Kukus kek selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Bahan-bahan topping kek:
1/2 cawan serbuk koko
1 sb minyak masak/minyak jagung/planta
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga berkilat.
Setelah sejuk, tuang atas kek tadi dan bolehlah dihias ikut kreativiti anda.
Kek baru keluar dari pengukus.
Kegebuan yang menggebu.
Yang ni ditabur dengan coklat rice coklat.
Yang ni pula ditabur dengan coklat rice warna-warni.
Bagi jelas sikit gambarnya :)
Sebenarnya, yang warna-warni ni aku buat untuk majlis kahwin Nadia.
Pagi-pagi lagi dah pergi hantar rumah dia lepas lawat kubur arwah Abah.
Wallahualam,