Tuesday, March 6, 2012

AiRmAtA SeOrAnG PeReMpUaN

Salam blog...





kenapa perempuan sng2 je nak menangis?Mudah sgt la. Asal tgk org sedih, menangis... tgk cite sedih menangis...tgk bola masuk gol pun menangis... tgk adik dah kurus pun menangis..kalau sakit hati lagilah menangis....kdg2 time sebak tu bergenanglah airmata...Ya Allah aku lah tu :)

Aku dah janji dgn diri sendiri yg aku nak kuat walau apa pun cubaan yg hadir dlm hidup aku tanpa perlu menangis. TP TAK BOLEH! bila stress dan tak tau nak buat apa2 dgn masalah tu aku lepaskan dgn menangis. Rupa2 nya Allah nk bg hikmah yg ckup besar bila menangis...percaya tak? dan tau tak apa hikmah tu? Subhanallah....

http://www.edinburgh-eyetests.co.uk/dry_eyes.htm

Tak percaya korang klik je link kat atas tu dan aku bersyukur sbb aku pilihan Allah sebagai manusia yg mudah mengalirkan airmata...

pernah dengar tak ttg airmata tiruan?org yg mengalami penyakit dry eyes ni kena jalani rawatan dan tgk je la treatment mcm kt website tu. Masyaallah sgt mengerikan, sbb tu la, kita kena selalu bersyukur dgn apa yg ada. betul tak?

Sebenarnya, masalah memang tak boleh selesai pun dgn menangis. Yela, masa menangis tu ada tak korang fikir macam mana nk selesaikan? otak korang tak bekerja pun dgn masalah tu kan, korang hnya menangis dan menangis...sian kat bantal sbb selalu jd tempat air mata jatuh mengalir..selimut lak jadi tempat kesat...x senonoh betul aku ni ek...hehe...

korang rasa apa bila da nangis tu? mestila rasa tenang dan rasa macam separuh beban da kurang kan? walhal masalah blum ada penyelesaian pun..kenapa korang rasa macam tu?korang pernah fikir tak? aku pernah fikir gak tp aku ignore dan xnak cari pun jawapannya, cuma baru arini aku sungguh2 nak tau, Masyaallah Allah bukakan pintu hatiku utk cari jawapan kan... ni aku amik dpd blog http://littlegurlpunyeblog.blogspot.com/2011/10/jangan-persoalkan-kenapa-perempuan-suka.html

Dgn menangis, perempuan meluahkan rasa hati, meluahkan rasa marah, meluahkan rasa kecewa dan dgn menangis perempuan merawat segala duka, gembira yg ditanggung...kerana emosi tangisan tu, perempuan jadi rasional. Perempuan lebih emosional dpd rasional. Tp selepas emosional la perempuan jadi lebih rasional dpd lelaki.Betul tak?..Subhanallah...















ape-ape pun yg berlaku... ada hikmah disebaliknya. Itu yg aku rasa dan alami. tp kadang kala aku tak sedar2 jugak...:) kata org terbabas mengingatkan diri sendiri...Anyway, aku harap agar aku tak terburu-buru mengejar apa yg aku inginkan, perlahan-lahan kayuh .... :)
Wassalam.... c u in the next entry....

Tuesday, February 28, 2012

ReSePi MaYoRiTaS PoTaTo

Salam blog...
Ni aku update pasal 1 resepi yg memang lazat dan rugi kalau tak cuba...Aku cedok dpd resepi dari internet gak. Aku da start berdiet dan aku buat resepi ni pun sebelum aku strictly berdiet. Yela, resepi ni kan banyak kalori. Pasni aku post pulak resepi menu utk berdiet ek...Ni lah resepinya, tp sebelum tu meh layan gambar mayoritas potato ni dulu ek....:)







yg ni dipenuhi dgn limpahan mayonis yg berkrim




yg ni kosong tanpa mayonis, masih rasa sedap






Bahan-bahan:




6 biji kentang sederhana besar (sagat kulit dan belah 6 pastu rebus jap dlm 10 min, dan toskan)


3 sudu besar tepung gandum


2 sudu besar tepung beras


1/2 sudu kecil garam


1/2 sudu kecil garam


Air secukupnya




Cara-cara:




Campurkan semua bahan-bahan dan air secukupnya dan jgn terlalu cair.


Celupkan kentang yg dah direbus tadi.


Goreng hingga kentang kekuningan dan masak


Sedia dihidang macam tu je atau tambah mayonis ikut sedap la....






Thursday, February 16, 2012

SyUrGa AkU aDaLaH MaK DaN aBaH....

Salam....
Baru pas terkejut sbb "misi" kat pusat dialisis mak call n tak sempat nk angkat. While call dia semula tak jwb pulak. Atoyai!!! Bikin suspen tahap gaban! Terus aku call abah...Alhamdulillah mak selamat dan sihat2 je. Aku sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan usia mak abah sampai aku betul2 dapat bagi apa yg aku nak bg pada mereka dulu. Aku nk berbakti pada mereka walaupun aku terpaksa bersusah payah sbb mak abah dah byk susah payah utk aku dan adik2 aku...Ya Allah, perkenankan doa hamba ini Ya Allah, tiada lain yang aku pinta selain ini. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Mendengar...

Aku dapat 1 link ni. Blog yg sgt bagus utk kita semua... Klik sini ek!

Harap kita semua akan berada dalam keredhaan ibu bapa kita semua sekaligus dapat keredhaan Allah...Insyaallah....

Nak tgk pic my parents kena la tungggguuuuuu........:)

Friday, February 10, 2012

FeLt LaGi

close up Pak Yur n Mak Yur


Pouch sugar glider utk dijual


Pandangan dpd belakang


Pandangan depan

Salam blog aku...

Aku dtg utk update lg pasal felting hobby aku la...(",) Alhamdulillah dpt tempahan lg dpd Kak Maz my regular customer utk keychain love kt atas tu...Dia mintak buat yg besar, tu lah hasilnya. Kwn dia pun ada tempah keychain angrybird n nnti boleh la bg sekali...after this project plak, Atie order external casing color black n dia serah pada kreativiti aku nk decor macam mana pun...hehehe....Kiranya adalah keje aku masa cuti weekend ni...

Lgpun masa felting ni leh lupa segala benda yg berlaku yg menyedihkan aku sepanjang minggu lepas...:( Nak menangis pun dah tak boleh. Bukan boleh ulang dan betulkan balik pn apa yg dah jadi tu kan... So kena redha sbb mungkin ini adalah ketentuan dan takdir Allah buat aku....Allah dah aturkan yg terbaik utk aku... HIDUP KENA TERUS SELAGI ADA HAYAT!

Tahun ni birthday yg paling teruk buat aku...ada cerita disebaliknya dan BIARLAH RAHSIA!Semoga tahun depan aku masih diberi umur oleh Allah, Insyaallah.....

Takdir Allah jugak, sejak aku keje ni ada 2 keje masuk line la... Dulu masa menganggur takde pulak kan. Tu la namanya rezeki kan...Tapi ape2 hal pun aku stick dgn keje skrg kot walaupun 2 keje tu gaji masyuk gila sbb aku tak boleh tinggalkan family aku lebih2 lagi mak...

Laptop aku pulak da beberapa ari masuk ward, tenat katanya. Hai... time duit semput mcm ni la dia buat hal. nasib baik la kt opis ni keje tak byk, (mmg tak byk pun, hehehe) dpt gak aku layan blog ni. Kena kumpul duit utk buy A O Happy cepat ni!

K la, nnt jumpa lg yer blog....nnt siap felt yg lain, aku post lg...daaa.....






Friday, January 27, 2012

akU dAh KeJe...


Salam blog linlone....


Cuma nk "hapdet" pasal diri sendiri nih...:)

Dah 3 hari aku keje kat Muar, mcm tak percaya lak... walaupun gaji ciput jer tp kira cukuplah dan yg paling penting pengalaman dan keberkatan keje tu, betul tak? keje pun takde la teruk mana pun dan dpt boss yg mmg sgt ok dan byk bagi tunjuk ajar pd aku yg mmg zero psl keje nih. Nak tau keje ape, nantla aku post len kali ek. :)

Buat masa ni, abah la yg susah payah dok menghantar dan menjemput aku. Nak bwk motor alamak, kes merempit takde lesen. Bahaya woh! Nak beli kete plak, ada ke kete baru yg murah! Kalaula ada org yg sponsor downpayment dan byr bulan2 tu alangkah bertuahnya aku ni! (Dlm mimpi pun tak dpt den nk tolong) :)

Felt aku pun da ada tempahan dan kena siapkan minggu ni gak. Harap2 Kak Ita dan Kak Maz dpt bersabar tunggu yerk! Nanti siap jer aku post kt sini tempahan dorang ni. Aku pun buat JV dgn adik gak, dan nampak cam lumayan jer projek sugar glider pouch dia tu. Dgr2 da ada tempahan dan mestila charge gila gempak. Hehehe....

Friday, January 20, 2012

My NeW HoBbY

Car deco utk kereta abah...
Ni keychain yg Kak Ita tempah...
Yg ni pulak benget senget luv dia, pastu jahitan tak seberapa kemas sbb aku junior crafter la...:)


Dah lama tak mengapdet blog aku yg tak seberapa ni. Bukan ape, sibuk main dgn Nawar, cari keje, teman mak dialisis, dn cari duit poket sikit2 dgn buat felt craft mcm gambar kat atas tu. Kebetulan, mmg dok pikir macam mana nk dpt hobby baru utk isi masa lapang aku yg terlalu lapang ni, yela drpd melangut dok pikir bukan-bukan. Lg pulak aku harus melupakan sesuatu!
Cari punya cari, tadaaaaa..... felt craft... aku pun adalah sikit2 bakat menjahit walaupun tak berapa pandai sgt kan...jumpa contoh kat blog2 rayauan then paper felt dan cotton wool yg ditinggalkan adik ada, so apalagi mula la projek... Inilah hasilnya....

ReSePi NaSi tOmAtO

Nasi tomato favorite ku...

Nak rasa kena cuba resepi ni!

, Whoops, gambar takde lauk ar :)

My first time ...
Alhamdulillah, menepati ciri-ciri secukup rasa dan selepas tu byk kali da buat...bukan ape, family suka. Mak kata tak perlu lauk pun dah sedap...:)

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
3 cawan air
2 cawan susu cair
4 sudu besar gheeblend (minyak sapi)
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
2 biji bawang besar mayang halus
1 ulas bawang putih hiris halus
Sehiris halia
Rempah 4 sekawan
2 biji tomato biji potong dadu
4 sudu besar kismis goreng
5 sudu besar gajus goreng
Secukup bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang-bawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah 4 sekawan dan goreng bawang garing lagi.
3. Masukkan tomato puri, sos tomato dan jugak tomato biji dan goreng sebentar.
4. Masukkan pula air dan susu tadi sekaligus dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan beras dan daun pandan dan garam. Perasakan ikut selera. Kacau hingga hampir kering supaya bahan-bahan benar-benar sebati dan tutup biar hampir kering
6. Bila nasi hampir kering, kacau nasi supaya bahan sebati.
7. Nasi dah kering, taburkan kismis dan gajus serta bawang goreng ke dalam nasi tadi.

Tadaaaaa... dah siap!

P/s : Tumis kat atas api pastu bila air campur susu tadi dah didih, barulah masukkan dalam rice cooker dan selalu tengok dan kacau. Biarkan dan masak macam nasi biasa, tp perlu dikacau bila hampir nk kering sebab takut bahagian bawah je yg rasa nasi tomato...maknanya, nasi tak masak serata la tu. Dah kering tabur je kismis, gajus dan bawang goreng.
Sedap makan dgn ayam masak sambal tomato, acar nenas atau kari ayam...:) memang marvelous!!!

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...