Wednesday, September 5, 2012

I NeeD a MoTiVaTiOn!!!!!


Assalamualaikum w.b.t

Banyaknya benda yang kena buat! Banyaknya perkara yang berlaku! Masyaallah, aku amat memerlukan motivasi yang tinggi sekarang ni untuk jadikan perkara yang aku inginkan terjadi... But how to make things happen???? 
Nak mulakan sesuatu perkara tu memang susah, tapi bila da bermula akan jadi mudah dan senang. Azam dan keyakinan yang akan buat perkara tu mudah! Really need a motivation! Motivate myself to be strong and always to believe that I can do it!
Impian aku, cita-cita aku dan harapan aku harus aku penuhi tanpa melalaikan tanggungjawab pada sesuatu yang berharga dalam hidup. Dia paling utama dan takkan ada pengganti sampai bila-bila. Dia adalah mak....Mak aku bukan macam mak orang lain yang bertuah dapat melihat anak-anak dia dan alam sekeliling, mak aku istimewa dan dia adalah keutamaan aku. Sebab tu aku tak keluar cari kerja walaupun kat luar sana beribu-ribu pekerjaan bagus sesuai dengan kelayakan aku. Lagi pula aku tak nak merisaukan dia kalau aku berjauhan dan kalau sesuatu berlaku sempat ke aku nanti? 
Sebab tu aku decide pilih Herbalife sebagai kerjaya aku. Pergi jumpa coachee aku bawak mak, pergi hantar barang aku bawak mak, pergi jumpa customer baru aku bawak mak. Biarlah orang cakap aku anak mak atau anak manja sekalipun, aku tak kisah. Biarlah ada orang mengata aku pengganggur pun aku tak kisah. Sebab aku percaya, sokongan dan restu mak akan buat aku berjaya! Insyaallah.....
Semoga 6 bulan akan datang ni aku akan capai status Active World Team! Amin......


Kerja keras dan jangan putus asa, hari bertuah pasti akan muncul bila-bila masa selagi kita yakin apa yang kita buat.

Maafkan semua orang yang secara langsung atau tak langsung yang membuat kita terluka tapi sebelum tu kita kena maafkan diri kita sebab kita dah membenarkan mereka melukai kita dulu...

Kita perlu jadi bertindak dan berlagak seperti pemenang dalam kehidupan yang penuh pancaroba. Hanya pemenang yang layak untuk disanjung dan dibanggakan. 

Jadi diri sendiri dan jangan tiru orang lain sebab kita adalah kita!Kita tahu kemampuan dan kelemahan diri sendiri dengan sentiasa belajar mengenali diri.

Hidup perlu ada perancangan. Bila da ada perancangan, terus bertindak jangan berlengah sebab sikap bertangguh tu sangat-sangat merugikan

Bila kita rasa down, kita kena motivasikan semula diri kita sendiri sebab kita perlu atasi untuk dapat apa yang kita inginkan....

Active World Team! Here I come! 
Nutri Cube on my way!
My Dreamlist, Wait for me!

I can do it! My team also can do it! 

Wallahualam, 

Linlone:)

Monday, August 27, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFiTri

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini, hari ke 9 kita menyambut Syawal. rasanya belum terlambat mengucapkan Salam Mubarak Aidilfitri yang mulia untuk semua. Semoga hari kemenangan kita menahan segala dugaan di bulan Ramadhan mendapat barakah yang tak terhingga daripada Allah di bulan Syawal ini.
Alhamdulillah Syawal tahun ni walaupun sederhana tapi aku cukup bersyukur sebab masih lagi menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Semoga akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal akan datang, Amin....


Juadah yang disediakan seperti biasa, cuma tahun ni berbeza sedikit sebab kami sekeluarga dah beraya dengan Herbalife. Sedikit berbeza sebab kami menjamu makanan dan kuih muih sekadar-sekadar je. Takde lagi istilah "melantak" macam dulu. Selagi tak kenyang, selagi tu sumbat apa yang ada ke dalam mulut. Semuanya nak makan macam tak pernah makan setahun, betul tak? Siapa setuju senyum ye:)
Ye la, dulu tak tahu apa-apa pasal penjagaan makanan ni, main hentam je makan apa yang suka, sekarang ni kena fikir dulu apa yang nak makan sebab badan kita adalah apa yang kita makan! Renung-renungkan ye:)

Teringat masa hari raya zaman kanak-kanak dulu, mesti kena ada baju raya, kasut raya, dan tudung raya. Kalau takde benda tu semua rasa macam tak seronok. Kemeriahan masa kanak-kanak sangat berbeza."Excited" nak sambut raya tu sampai tak boleh tidur malam. Asyik ingat esok Hari Raya! Sebelum tu mesti curi-curi pakai kasut raya sebab kasut setahun sekali mak belikan yang cantik. Main bunga api dan rumah mesti pasang pelita. Pastu mesti dapat duit raya banyak. Masyallah, perasaan tu tak boleh nak digambarkan sebab kenangan tu takkan terulang lagi tambah-tambah bila dah jadi seorang yang dewasa sekarang ni. Pengertian kemenangan di bulan Syawal 100% berubah. Rupa-rupanya Syawal adalah bulan di mana kita raikan kemenangan setelah sebulan kita berperang dengan hawa nafsu, lapar dan dahaga dan dugaan sama macam mereka yang kurang bernasib baik.Berusaha mengejar redha Allah dan memohon kebaikan di dunia dan akhirat sebab pintu-pintu kebaikan terbuka luas. Dan bila kita berjaya, itulah kemenangan sebenar dalam mengejar erti Syawal.

Aku adalah orang yang tak punya apa-apa, tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan apa saja yang aku inginkan. I'm nothing but I've everything, Insyaallah.....Semoga Allah akan perkenankan segala-galanya untukku. Dan aku kena selalu ingat bahawa tak semua orang yang gembira akan terus gembira sebab akan ada hari dia berduka dan tak semua yang berduka akan terus berduka sebab akan ada hari dia bergembira. 
Allah itu Maha Adil dan seadil-adilnya adalah Dia!

Minnalaidilwalfaizin,
Walllahualam,

Linlone:)

Wednesday, July 18, 2012

a GiVeAwAy

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni takdela bebel jela-jela, cuma nak join GA daripada blog saudari farah ni. Syarat penyertaan pun sangat mudah dan hadiah pun nampak macam "gorgeous" sangat la. Apa lagi jom ramai-ramai join GA ni ye......


Tengok doodle kat atas ni pun da comel kan, apa lagi klik sini cepat...

Selamat join banyak-banyak giveaway ye. mana tau ada rezeki kan

Wallahualam

linlone :)

Tuesday, July 17, 2012

BiRtHdAy NaWaR


Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera semua pembaca blog linlone ni, Amin...Diam tak diam minggu ni minggu last bulan Syaaban dan Insyaallah 3 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yg kita tunggu-tunggu kerana bulan ni adalah bulan rahmat dan bulan yang perlu kita lumba-lumba untuk kumpul amalan. Mana la tau ini adalah bulan terakhir kita berjumpa dengan Ramadhan kan. Semoga kita akan sentiasa diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk kita lebih beramal, Insyaallah....Dan syukur Alhamdulillah, Rumah Nutrishake akan dibuka nanti. Sedang sibuk untuk urusan kedai dan Herbalife. Syukur dengan rezeki dari Allah sekarang ni, semoga aku akan sentiasa menjadi orang yang tahu bersyukur. Insyaallah.....

Entri kali ni cuma nak bagi korang tengok gambar-gambar masa celebrate birthday Nawar 26 Mei hari tu. Acid yang jadi photographer jadi kena tunggu dia upload kat fb dulu baru la aku leh upload kat blog ni. Nawar ni sepupu yang aku jaga masa aku penganggur dulu tu, da besar dan da 3 tahun pun umur dia. Hadiahkan dia Secret Recipe Chocolate Indulgance. Nyum-nyum....jom layan gambar-gambar ye.....

"Hot from the box" 

Ada rekahan sikit la kat permukaan kek tu...:( walaupun merekah tapi rasa tetap mengancam

Letak 3 batang lilin cukuplah kan....

Yang ni kek yang ibu Nawar sponsor pulak

 
Kek yang Siwo Yul sponsor. 3 tingkat lagi. kek yang ada ganache coklat tu, memang meletup rasanya tau. Yang tapak tu kek oren. 2 jenis kek dalam 1 masa. Hebat tak?

Lauk utama yg dimasak oleh Linda dan Mimi khas untuk kenduri kali ni. Acar lada, kentang goreng bercili, kuah pati santan, serunding tenggek burung, telur asin dan tempeh goreng berempah.

Inilah birthday boy tu... Geram kat pipi dia yang sangat chubby tu.

Budak nakal yang sangat nakal.....

Sangat bijak orangnya dan suka buat orang geram dengan kerenah dia.

Korang ada? 3 biji kek sekaligus.Haha....

Dah praktis awal-awal cara nak tiup kek tu...:)

Tahun ni umur 3 tahun ada 3 biji kek, tahun depan agak-agak dapat tak 4 biji kek?

Selesai 2 biji kek yang sempat snap.... Yang lain selamat masuk perut.

Lepas ni kalau ada kesempatan umur yang Allah bagi akan ada lagi 1 birthday celebration tapi kenduri cuma khas untuk Ismail's Family je. Nak sambut birthday mak abah dan nak masakkan dorang masakan special. Insyaallah.....

Linlone:)




Thursday, July 5, 2012

WiN KoReAn MaDe 3-WaY FoLdAbLe BaG


Assalamualaikum w.b.t

kawan-kawan sekalian, jom ramai-ramai join Give Away Contest Saudari Adieha. Blog Saudari Adieha ni memang "awesome" sebab sebagai orang yg da lama  dengan  Herbalife, dia sgt berpengalaman dan aku sendiri pun dapat info Herbalife dari blog dia ni. Syarat-syaratnya sangat senang dan mudah je. Pastu kalau terpilih jadi pemenang, habuannya beg comel ni la...Jom klik kat banner bawah ni ye....



Aku tag kat 3 orang follower aku ni dan semua kawan-kawan yang memang baca blog ni. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa korang ek...

1. Shila

Join GA ni dengan klik sini tau...

Wallahualam

Linlone:)

Tuesday, July 3, 2012

iRmA hAsMiE KaHwiN


Assalamualaikum w.b.t

Ahlan wasahlan. Welcome to my blog :) Nak feel happy sbb actress yg sangat cantik Irma Hasmie dah pun melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan. She's one of my favorite actress. Really admire her. Perkahwinannya juga satu rentetan perjalanan hidupnya yg sgt indah selepas penghijrahannya dulu. Subhanallah tengok gambar pernikahan dan persandingannya je da buat aku rasa yg dorang memang meant to each other and she's really beautiful princess. Dikhabarkan yg majlis persandingannya juga dengan tema islamik dan semoga perkahwinan Irma dan pasangannya akan kekal hingga ke syurga.  Jom layan beberapa keping gambar ye. Kredit utk http://beautifulnara.com/. 















Dalam Surah An-Nur: ayat 26 sesungguhnya Allah berfirman  bahawa :
" Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Maksud perkataan baik dan jahat yang terdapat dalam ayat di atas merujuk kepada keseluruhan sifat dan ciri-ciri yang paling menonjol pada diri seseorang. Contoh sifat yang baik adalah jujur, rajin, amanah, setia, soleh dan solehah dan sebagainya selagi termasuk dalam sifat-sifat positif manusia manakala contoh sifat yang jahat adalah marah, dengki, iri hati, dendam dan segala sifat negatif manusia. Namun sebagai manusia, disebalik sifat kebaikan yang paling menonjol pasti akan ada kekurangan. Kekurangan dan kelemahan ini tidak akan menutup segala sifat yang ada bahkan akan menjadi cabaran untuk memperbaiki diri. Dalam makna lain, disebalik setiap sifat positif tentulah wujud satu dua sifat yang negatif. Dan itulah yang menjadi cabaran kepada kita semua untuk mengawal sifat negatif tersebut dengan sentiasa memohon maaf, muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik pada masa depan dengan tidak mengulanginya lagi. Itulah cabaran terbesar kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ni.

Untuk dapat yang terbaik, perlulah memperbaiki diri dulu dan sentiasa bermuhasabah diri dan bersedia memaafkan orang lain.

Wallahualam.

Linlone:)








Monday, June 18, 2012

TiPs TuRuN BeRaT!


Assalamualaikum w.b.t
Bergebang dan berceloteh lagi dalam blog hari ni. Ada tak sesiapa yang nak turun berat badan? Macam mana? Susah tak berdiet? Atau diet sekadar angan-angan? 
Sebenarnya nak berdiet dan turunkan berkilo-kilo lemak dalam badan kita ni amat mudah. Anda mahukan tips tak? Insyaallah kalau anda serius nak turun berat, pasti tiada masalah untuk ikut tips Linlone ni :) 
Check it out!

Ok jap...jap....korang tau tak apa-apa pasal metabolisme?Hah! tak tau????
Nak turunkan berat kenala tau dulu pasal metabolisme badan sebab kalau kita faham pasal metabolisme ni lagi mudah untuk kita jadi kurus slim tau.

Meh sini aku explain apa yg aku tau ye...

Metabolisme adalah jumlah kalori yg dibakar oleh badan untuk kekalkan fungsi dan nyawa sebab segala aktiviti badan termasuklah pernafasan memerlukan tenaga atau sumber kalori ini. Atau lebih tepat kita panggil dia BMR (Basal Metabolic Rate).BMR ni akan tunjukkan umur dalaman badan kita yg bergantung kepada metabolisme badan kita. 
Dalam makna yg paling mudah utk kita faham ialah metabolisme ni adalah cara tubuh kita menggunakan lemak, karbohidrat dan protein (drpd makanan yg kita ambil) untuk membentuk tenaga yg dpt digunakan oleh tubuh badan kita. Masih susah nak faham?
Kita andaikan macam ni la ek...

Tubuh badan = kereta
Makanan = bahan bakar (minyak petrol/diesel)
Otot, organ dan segala sistem dalam badan = enjin kereta yg bantu kereta tu jalan

Kereta boleh bergerak sebab ada bahan bakar (minyak petrol). Kereta boleh gerak tak kalau takde minyak petrol?
Sama macam badan kita.Badan boleh bergerak sebab ada makanan.Kita ada tenaga untuk gerakkan tubuh kita. Cuba kalau kita tak makan 3 hari? Agak-agak, badan ada tenaga tak utk bergerak?

Bila kita isi minyak petrol berlebihan, minyak tu pasti akan tumpah. Yg lebih tu akan disimpan dalam tangki dan boleh digunakan bila kereta tu bergerak. Betul tak? 
Jika kita bagi makanan (bahan bakar) berlebihan kepada tubuh, makanan tu takkan tumpah dan sekaligus makanan tu akan jadi kalori dan akan simpan sebagai lemak dan akan tetap ada kat perut, peha dan sebagainya kalau tak digunakan. 
Setiap kali kita bergerak kita akan bakar kalori (guna tenaga daripada makanan) tu. Semakin banyak kita bergerak, semakin banyak kalori yg akan kita bakar.Semakin banyak kalori yg dibakar, semakin besar kemungkinan untuk kita turunkan berat, turunkan kolesterol, buang lemak dan sebagainya. Automatik, badan akan diservis utk menjadi lebih sihat. Metabolisme yg tinggi akan bantu kita slim lagi cepat. 

Kadar metabolisme perempuan adalah 1200 ke atas
Kadar metabolisme lelaki adalah 1400 ke atas

Macam mana nak tingkatkan kadar metabolisme badan sekaligus boleh turunkan berat?
Ooops lupa nak bagitau, kadar metabolisme badan seseorang akan menurun mengikut umur ye. Tapi apa-apa pun yg paling penting kita jaga pemakanan kita sebaiknya.

Nak tau? Jom sambung balik tips tadi...kalau masih tak faham pasal metabolisme tu korang tanya Mr Google ye....:)

Tips turun berat badan :)

1. Jangan skip meals. 
Ada orang skip breakfast sebab alasan tak sempat, malas dan sebagainya. Macam tu jugak bg mereka yg nk turun berat. Sanggup berlapar sampai tengahari. Mana boleh macam tu sebab kita hanya akan berjaya menurunkan kadar metabolisme badan. Jadi macam mana anda nak turun berat cepat. Bila metabolisme badan kita rendah, proses penurunan akan jadi lambat. Bila badan tak turun mula lah upset, give up padahal  cara kita tu yg salah. Tengah hari bila tiba waktu lunch, badan mengelupur lapar. Sebab tu jangan skip meals breakfast, lunch dan dinner. Masa waktu makan kita makan lah ikut kuantiti yg sepatutnya. Jadi badan kita pun taklah terbeban sangat kan. 

2. Kurangkan makanan berlemak, bersantan, bergula, fastfood
Bukan tak boleh makan langsung, cuma kurangkan kuantitinya saja. Siapa cakap orang yg nak turun berat badan tak boleh makan nasi, kari ayam, nasi beriani, nasi ayam KFC, Pizza dan semua makanan yg lazat-lazat tu? Boleh je, cuma kena pandai jaga kuantiti dan caranya. Kalau dulu anda makan 1 pinggan nasi, sekarang makanlah 1/4 pinggan je. Dulu makan kari ayam sampai banjir sekarang ambil ayamnya saja la, kat ayam tu pun ada gak kuah-kuah yg akan melekat kat nasi kan... Dalam seminggu kita ada 7 hari kan, so korang pilihlah 1 hari utk korang menikmati makanan dan minuman feveret korang tu sebab 6 hari tu kan korang dah berdiet. Tapi janganlah sampai korang mencekik gila-gila pulak ye sebab kalau tak sia-sia 6 hari korang diet tu....


Masa transformasi ni korang akan rasa sgt excited tau. Lagi-lagi masa during tu korang konsisten turun sekilo setiap minggu dan bila dah after tu, yeay! Target berat dah tercapai Mission accomplished!
WOW, you're slim now!

3. Jangan makan lewat malam
Adalah amat-amat dilarang sebab pasti lepas makan korang akan masuk tidur.Bila dan macam mana makanan anda tu dapat dihadam! Terus simpan jadi lemak kat perut, peha, betis. At least, kosongkan perut anda 3jam sebelum tidur. Barulah anda akan lebih sihat menawan. Dan jika anda terbangun lewat malam dan perut terasa lapar, anda minum air kosong sebab air kosong takde kalori. Masyallah hebat kan penangan air kosong yg Allah bagi kat kita ni, dah la takde kalori boleh bagi kenyang pulak tu..
Mana 1 pilihan anda?

4. Banyak minum air kosong
Air kosong takde kalori. Malah kita akan rasa kenyang. Setiap 25kg berat anda, anda perlu minum 1 liter air. Maknanya jika anda mempunyai berat 55kg, anda perlu minum air sebanyak 2 liter setengah air kosong setiap hari. Air penting sebab air ni sebagai minyak pelincir badan kita, lemak-lemak yg degil tu dapat keluar dari badan kita dgn bantuan penolakan daripada air ni. 
Aku dah tak tahan lagi! Nafsu makan aku di tahap maksima!!!

5. Kawal nafsu makan 
Memang susah dan sangat susah nak kawal nafsu makan. Lagi-lagi apabila makanan tu semua ada depan mata kita, yg tu sedap, yg ni sedap. Meleleh air liur ni....Aduhai dugaan.... Apa yg boleh anda buat ialah, anda mengawal pemikiran dan rasional anda utk memilih makanan yg terbaik dan sihat utk badan anda.Pemikiran yg positif boleh eliminate nafsu makan yg jahat tu. Sedarkan diri anda yg anda nak cantik menawan dan masa ni lah tips no 2 boleh diaplikasikan lagi. Bukan tak boleh makan tapi kurangkan kuantiti!
Lagi best, bila anda ada Herbalife ( promote sikit) yg bantu akan mengawal nafsu makan anda!



Apa kata anda buat 1 button ni dan pakai kat baju anda utk mengingatkan anda yg anda sedang berdiet! Sekurang-kurangnya bila anda pandang button ni anda akan sekat terus nafsu makan anda tu!

6. Banyakkan berpuasa sunat
Poin ni sgt best sebab selain dapat jaga perut kita jugak dapat pahala berpuasa sunat. Seminggu cuma 2x je, Isnin dan Khamis. tapi perlu diingatkan yg masa berbuka nnti janganlah melantak tak hingat sampai sempit perut tu ye.....


Like the statement! Lets workout!

7. Tingkatkan aktiviti fizikal
Mengemas rumah, membasuh baju tu pun da dikira aktiviti fizikal tau. Mesti yakin punya la yg korang pasti akan berpeluh-peluh lepas buat kerja rumah tu semua. At least kalau hari minggu korang pergi shopping, piknik atau sebagainya parking la kereta jauh sikit, berjalan tu jugak kan senaman...Secara tak langsung anda  membakar kalori tu dlm anda tak sedar. Gunakan setiap peluang yg ada utk tingkatkan metabolisme anda ye....


Nak kurus adalah 1 cabaran yg palin besar. Anda perlu berhadapan dgn cabaran nafsu dan fizikal terhadap makanan dan pemikiran. 

Tetapkan iman dan niat anda utk kurus dan gunakan tips yg saya bagi tu ye. Insyaallah jika anda serius tu semua bukan penghalang malah akan jadi sebagai cabaran utk anda. Gunakan pilihan yg ada dengan sebaiknya. Gemuk atau kurus, sihat atau sakit, ceria atau masam. Jika anda benar-benar ingin berubah dan mengalami transformasi terhadap badan anda mulakan daripada sekarang! jangan bertangguh kerana makin anda bertangguh makin berat kilo anda nanti. 

Utk hasil yg lebih bagus, cubalah Herbalife....Saya da alaminya. Anda bila lagi?
Tanya saya bagaimana ye.....0194512658

daaaaaaa..............

Linlone:)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...