Tuesday, November 27, 2012

BeRsYuKuR


Assalamualaikum w.b.t

Berkesempatan lagi menaip blog yang semakin suram sejak akhir-akhir ni. Maafkan aku ye Cik Blog sebab buat awak semakin sepi dengan entri-entri terkini. Alhamdulillah, kehidupan aku berjalan seperti biasa dengan pelbagai kenikmatan yang masih diberi oleh Allah. Memetik kata-kata seorang Ustaz di radio hari ini "Tanpa kekayaan hati, kekayaan dunia takkan dapat dinikmati apalagi untuk disyukuri". Masyallah, kata-kata ni benar-benar meresap dalam hati dan terkesima pada kata-kata Ustaz tersebut. Hati yang ikhlas, hati yang bersih dan hati yang baik akan menemukan kita pada seribu satu kebaikan malah dapat merasai kenikmatan hidup di dunia dan Insyaallah akhirat kelak dan sentiasa rasa kecukupan kerana akan selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki walaupun sedikit. Tapi jika hati penuh hasad, kebencian, iri hati dan segala sifat yang membuatkan hati kita kotor, kenikmatan dan kemanisan kehidupan di dunia akan sentiasa menjauh sebab hati akan sentiasa rasa amarah dan dengki berpanjangan dan sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang dimiliki apatah lagi ingin mensyukuri pemberian Allah. Betul tak?

Baru-baru ni ada berjumpa dengan anak buah mak, sebaya dengan aku dan dia mengutarakan persoalan tentang jodoh. Dia mengeluh sebab dia masih belum mempunyai teman istimewa atau seseorang yang boleh dijadikan suami. Keluhan tu, aku rasa amat berat dan dia seolah-olah sudah berputus asa dengan jodoh. Selalu berjumpa dengan jodoh yang salah dan perkara tu amat membimbangkan apabila dia fikir tentang umur yang kian meningkat. Apa yang boleh aku katakan padanya? Kerana aku sendiri dalam masalah yang sama. Tiada punya teman istimewa, tiada punya calon yang selayaknya untuk menjadi imamku. Aku juga takut dan serik dengan kejujuran seorang lelaki. Namun aku bersyukur sebab aku berpisah dan tidak meneruskan hubungan tersebut malah hari ini aku ingin sekali mengucapkan terima kasih padanya kerana dia, inilah aku sekarang! Aku menjadi semakin kuat, semakin bersemangat untuk bina kejaya, semakin berdikari dan semakin menyayangi diri aku sendiri. Semakin kita berani hadapi kenyataan, semakin kita akan berjumpa dengan hikmahnya. Namun jika kita semakin takut dengan kenyataan, kita akan selalu persoalkan hikmah tersebut. Bersyukur kerana kita dipilih untuk menghadapi ujian, bersyukur kerana kita adalah orang yang teruji jadi jangan mengeluh jika tiada sesiapa yang istimewa untuk kita kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk kita. Jodoh dan maut adalah rahsia Allah dan amat misteri untuk kita rungkaikan namun apa yang boleh dilakukan adalah terus berdoa dan bertawakal moga-moga akan ada kehidupan yang lebih baik dan bahagia untuk kita di dunia dan akhirat kelak, Insyaallah.....


Perasaan kasih dan sayang harus sentiasa dipupuk agar hubungan tersebut berkekalan, namun jika ketidakjujuran berlaku, pincanglah kasih sayang tersebut sehingga menghancurkan hubungan. Perbaiki diri sendiri, jaga hubungan dengan Allah dulu dan sepastinya Insyaallah Allah akan memberi sesuatu yang selayaknya untuk kita kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang....

Bukan susah untuk senang dan bukan senang untuk susah. Pokok pangkalnya adalah hati dan usaha berdoa sungguh-sungguh moga Allah perkenankan segala doa. Tapi perlu ingat, berdoa tanpa usaha tiada gunanya juga. Kena usaha betulkan diri agar jadi lebih baik untuk dapatkan yang terbaik dan perlu sentiasa positif dengan diri sendiri dan katakan pada diri sendiri setiap hari - "Aku sayang diri aku". Jadi bila kita sayang diri kita, kita takkan lakukan kerosakan untuk diri kita bahkan kita akan sentiasa cuba dapatkan dan lakukan yang terbaik untuk diri kita. 


Tiada siapa yang dapat ramalkan apa akan terjadi pada hari esok apatah lagi pada masa depan kan? Mungkin hari ini kita susah, siapa tahu esok kita akan senang dan mungkin hari ini kita senang, tak mustahil kita akan jadi susah esok. Segala-galanya boleh terjadi! Tapi jangan sesekali kita putus harap dengan tuhan sebab Allah tu kan Maha Tahu, tahu apa yang ada di langit dan di bumi. Yakin bahawa Allah adalah pengatur yang Maha Hebat. Itulah namanya Misteri kehidupan!


Namun bila kita ada rasa bersyukur, kita akan sentiasa rasa kecukupan walaupun hal atau barang tu sedikit. Sifat-sifat mazmumah ni lah yang sering mengkaburkan dan menyusahkan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Dan ingatlah, segala sifat mazmumah ini akhirnya akan memakan diri sendiri dan menghancurkan orang lain.



Insyallah, sentiasa muhasabah dan penuhkan hati dengan sifat-sifat mahmudah Allah akan buka pintu kenikmatan yang begitu banyak untuk kita. Kita boleh memilih jalan sendiri tanpa paksaan sesiapa sama ada nak jalan yang senang atau susah berliku untuk diri sendiri. 


Wallahualam,

Linlone 


Sunday, November 11, 2012

PeRiNgKaT SeTeRuSnYa

Assalamualaikum w.b.t
Lama tak kemaskini blog. Hari ni nak habiskan cerita yg dah lama tersimpan dalam draft. Sibuk sikit dgn game, hehehehe.....Nak menulis tapi terganggu dek game.....teruk aku ni kan....Sebenarnya byk jgk hal yg perlu dibuat selain game tu. Nutri Cube Club da dibuka secara rasminya. Nanti aku kemaskini gambar-gambar terbaru Nutri Cube Club.Alhamdulillah, bila kita ikhlas dgn kerja kita, Allah sentiasa akan permudahkan. Herbalifers / Coachee aku pun semakin ramai, Alhamdulillah....Semakin ramai orang dah celik mata dan minda tentang peri penting penjagaan kesihatan. Kesihatan adalah asas kekayaan....:)
Syukur sebab dah capai status Supervisor. Sekarang sedang cuba untuk jadi Active Supervisor dan peringkat-peringkat seterusnya,Insyaallah. Semoga Allah memudahkan cara....Aamiin....

Jom tgk gambar. Tak cantik jgn marah ye....Snap guna HP je.

HERBALIFE - Nutrisi untuk kehidupan yang lebih baik.

 Pengiktirafan pertama daripada Herbalife sebagai Penyelia/Supervisor....

 Pin Supervisor. Berkobar-kobar semangat nak kerja supaya dapat pin lagi.

 Yang ni paling comel. Herbalife buat promosi. "Grab the chance" dan cuba sungguh-sungguh kerja, akhirnya, si beruang ni berjaya dimiliki....

Have You Had Your Shake Today?

 Belum mampu lagi nak punya kereta sendiri, jadi kereta abah jadi mangsa utk strategi pengiklanan :)

 Sesiapa yang nak sihat, langsing dan bergaya bolehlah hubungi nombor tu. Cepat-cepat sebab Herbalife sekarang sedang meletup-letup....

Sampai sini dulu, Insyaallah nanti aku akan cerita tentang Nutri Cube pulak ye. TUNGGU DENGAN SABAR!

Wallahualam,

Linlone:)

Tuesday, October 2, 2012

TeRsAnGkUT


Assalamualaikum w.b.t
Bulan Oktober dah kita hampiri dan tinggal lagi 2 bulan sebelum 2013. Masyaallah, apa nak jadi dengan aku ni? Orang lain da berlumba-lumba ke depan aku masih kat takuk ni lagi. Apa nak jadi ni?????
Banyak perkara tersangkut dan nak gerak pun ada saja halangan. Macam yang aku pernah cakap, aku banyak halangan dan kerana 1 tanggungjawab aku perlu lepaskan dulu. Bukan taknak cepat tapi ada perkara dan orang penting yang perlu aku dahulukan. Apa perkara-perkara penting yang tersangkut ni? Pertama : Nutri Cube terpaksa tunda lagi pembukaan sebab kad kupon belum settle lagi. Minggu ni Insyaallah print out dan jual kat orang ramai. So weekend ni kena kerja. Minggu depan dah kena bawak mak hospital lagi, so nanti memang takde masa langsung. Insyaallah aku target 28 Oktober, opening Nutri Cube.
Kedua : Tersangkut kat pembelian product... Sebab utama adalah CAPITAL a.k.a MODAL. Sebab apa? sebab modal masih belum cukup lagi. 2 bulan lepas, usaha sungguh-sungguh buat runcit sebab nak retain modal yang ada dan segala untung jualan digunakan hanya untuk bayar sewa tunggakan utiliti seorang Hamba Allah yang lepaskan kedai macam tu je tanpa tanggungjawab. Semoga aku akan menjadi seorang hamba yang redha atas perbuatannya.  
Ketiga : Rekrut dan pemasaran pun tersangkut jugak. Bulan lepas takde rekrut langsung dan jualan pun setakat dapat 800++ pv je. Tak dapat langsung capai target 2500pv. Macam mana nak capai Active Supervisor ni kalau kerja macam ni?????? Sangkut sebab mak baru lepas operate, jadi kena la teman dia kat hospital seminggu. Prospek kat hospital pun ramai, sempat edar flyers tapi sampai sekarang takde pun yang contact. Kalau ada pun, dengar je harga terus senyap. Tapi beli makanan yang lain tu boleh pulak.HAIRAN BIN AJAIB dengan semua orang! Untuk kesihatan sendiri pun nak berkira. 


Segala-galanya yang menyebabkan masalah aku sekarang ni adalah DUIT!!!!!


Semoga masalah sangkut-sangkut ni akan berakhir dengan cepat! Semoga lepas ni akan tercapai target Active Supervisor dalam tahun ni jugak. Taknak tangguh-tangguh lagi dan semoga AVF mak akan boleh pakai dan takde masalah lagi. Semoga 2013 akan buat hidup aku dan keluarga bersinar-sinar selepas apa yang kami hadapi sepanjang tahun ni. Tahun 2012 adalah tahun penuh cabaran dan tragis yang takkan kami lupakan.

Wallahualam

Linlone:)

Wednesday, September 5, 2012

I NeeD a MoTiVaTiOn!!!!!


Assalamualaikum w.b.t

Banyaknya benda yang kena buat! Banyaknya perkara yang berlaku! Masyaallah, aku amat memerlukan motivasi yang tinggi sekarang ni untuk jadikan perkara yang aku inginkan terjadi... But how to make things happen???? 
Nak mulakan sesuatu perkara tu memang susah, tapi bila da bermula akan jadi mudah dan senang. Azam dan keyakinan yang akan buat perkara tu mudah! Really need a motivation! Motivate myself to be strong and always to believe that I can do it!
Impian aku, cita-cita aku dan harapan aku harus aku penuhi tanpa melalaikan tanggungjawab pada sesuatu yang berharga dalam hidup. Dia paling utama dan takkan ada pengganti sampai bila-bila. Dia adalah mak....Mak aku bukan macam mak orang lain yang bertuah dapat melihat anak-anak dia dan alam sekeliling, mak aku istimewa dan dia adalah keutamaan aku. Sebab tu aku tak keluar cari kerja walaupun kat luar sana beribu-ribu pekerjaan bagus sesuai dengan kelayakan aku. Lagi pula aku tak nak merisaukan dia kalau aku berjauhan dan kalau sesuatu berlaku sempat ke aku nanti? 
Sebab tu aku decide pilih Herbalife sebagai kerjaya aku. Pergi jumpa coachee aku bawak mak, pergi hantar barang aku bawak mak, pergi jumpa customer baru aku bawak mak. Biarlah orang cakap aku anak mak atau anak manja sekalipun, aku tak kisah. Biarlah ada orang mengata aku pengganggur pun aku tak kisah. Sebab aku percaya, sokongan dan restu mak akan buat aku berjaya! Insyaallah.....
Semoga 6 bulan akan datang ni aku akan capai status Active World Team! Amin......


Kerja keras dan jangan putus asa, hari bertuah pasti akan muncul bila-bila masa selagi kita yakin apa yang kita buat.

Maafkan semua orang yang secara langsung atau tak langsung yang membuat kita terluka tapi sebelum tu kita kena maafkan diri kita sebab kita dah membenarkan mereka melukai kita dulu...

Kita perlu jadi bertindak dan berlagak seperti pemenang dalam kehidupan yang penuh pancaroba. Hanya pemenang yang layak untuk disanjung dan dibanggakan. 

Jadi diri sendiri dan jangan tiru orang lain sebab kita adalah kita!Kita tahu kemampuan dan kelemahan diri sendiri dengan sentiasa belajar mengenali diri.

Hidup perlu ada perancangan. Bila da ada perancangan, terus bertindak jangan berlengah sebab sikap bertangguh tu sangat-sangat merugikan

Bila kita rasa down, kita kena motivasikan semula diri kita sendiri sebab kita perlu atasi untuk dapat apa yang kita inginkan....

Active World Team! Here I come! 
Nutri Cube on my way!
My Dreamlist, Wait for me!

I can do it! My team also can do it! 

Wallahualam, 

Linlone:)

Monday, August 27, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFiTri

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini, hari ke 9 kita menyambut Syawal. rasanya belum terlambat mengucapkan Salam Mubarak Aidilfitri yang mulia untuk semua. Semoga hari kemenangan kita menahan segala dugaan di bulan Ramadhan mendapat barakah yang tak terhingga daripada Allah di bulan Syawal ini.
Alhamdulillah Syawal tahun ni walaupun sederhana tapi aku cukup bersyukur sebab masih lagi menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Semoga akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal akan datang, Amin....


Juadah yang disediakan seperti biasa, cuma tahun ni berbeza sedikit sebab kami sekeluarga dah beraya dengan Herbalife. Sedikit berbeza sebab kami menjamu makanan dan kuih muih sekadar-sekadar je. Takde lagi istilah "melantak" macam dulu. Selagi tak kenyang, selagi tu sumbat apa yang ada ke dalam mulut. Semuanya nak makan macam tak pernah makan setahun, betul tak? Siapa setuju senyum ye:)
Ye la, dulu tak tahu apa-apa pasal penjagaan makanan ni, main hentam je makan apa yang suka, sekarang ni kena fikir dulu apa yang nak makan sebab badan kita adalah apa yang kita makan! Renung-renungkan ye:)

Teringat masa hari raya zaman kanak-kanak dulu, mesti kena ada baju raya, kasut raya, dan tudung raya. Kalau takde benda tu semua rasa macam tak seronok. Kemeriahan masa kanak-kanak sangat berbeza."Excited" nak sambut raya tu sampai tak boleh tidur malam. Asyik ingat esok Hari Raya! Sebelum tu mesti curi-curi pakai kasut raya sebab kasut setahun sekali mak belikan yang cantik. Main bunga api dan rumah mesti pasang pelita. Pastu mesti dapat duit raya banyak. Masyallah, perasaan tu tak boleh nak digambarkan sebab kenangan tu takkan terulang lagi tambah-tambah bila dah jadi seorang yang dewasa sekarang ni. Pengertian kemenangan di bulan Syawal 100% berubah. Rupa-rupanya Syawal adalah bulan di mana kita raikan kemenangan setelah sebulan kita berperang dengan hawa nafsu, lapar dan dahaga dan dugaan sama macam mereka yang kurang bernasib baik.Berusaha mengejar redha Allah dan memohon kebaikan di dunia dan akhirat sebab pintu-pintu kebaikan terbuka luas. Dan bila kita berjaya, itulah kemenangan sebenar dalam mengejar erti Syawal.

Aku adalah orang yang tak punya apa-apa, tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan apa saja yang aku inginkan. I'm nothing but I've everything, Insyaallah.....Semoga Allah akan perkenankan segala-galanya untukku. Dan aku kena selalu ingat bahawa tak semua orang yang gembira akan terus gembira sebab akan ada hari dia berduka dan tak semua yang berduka akan terus berduka sebab akan ada hari dia bergembira. 
Allah itu Maha Adil dan seadil-adilnya adalah Dia!

Minnalaidilwalfaizin,
Walllahualam,

Linlone:)

Wednesday, July 18, 2012

a GiVeAwAy

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni takdela bebel jela-jela, cuma nak join GA daripada blog saudari farah ni. Syarat penyertaan pun sangat mudah dan hadiah pun nampak macam "gorgeous" sangat la. Apa lagi jom ramai-ramai join GA ni ye......


Tengok doodle kat atas ni pun da comel kan, apa lagi klik sini cepat...

Selamat join banyak-banyak giveaway ye. mana tau ada rezeki kan

Wallahualam

linlone :)

Tuesday, July 17, 2012

BiRtHdAy NaWaR


Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera semua pembaca blog linlone ni, Amin...Diam tak diam minggu ni minggu last bulan Syaaban dan Insyaallah 3 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yg kita tunggu-tunggu kerana bulan ni adalah bulan rahmat dan bulan yang perlu kita lumba-lumba untuk kumpul amalan. Mana la tau ini adalah bulan terakhir kita berjumpa dengan Ramadhan kan. Semoga kita akan sentiasa diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk kita lebih beramal, Insyaallah....Dan syukur Alhamdulillah, Rumah Nutrishake akan dibuka nanti. Sedang sibuk untuk urusan kedai dan Herbalife. Syukur dengan rezeki dari Allah sekarang ni, semoga aku akan sentiasa menjadi orang yang tahu bersyukur. Insyaallah.....

Entri kali ni cuma nak bagi korang tengok gambar-gambar masa celebrate birthday Nawar 26 Mei hari tu. Acid yang jadi photographer jadi kena tunggu dia upload kat fb dulu baru la aku leh upload kat blog ni. Nawar ni sepupu yang aku jaga masa aku penganggur dulu tu, da besar dan da 3 tahun pun umur dia. Hadiahkan dia Secret Recipe Chocolate Indulgance. Nyum-nyum....jom layan gambar-gambar ye.....

"Hot from the box" 

Ada rekahan sikit la kat permukaan kek tu...:( walaupun merekah tapi rasa tetap mengancam

Letak 3 batang lilin cukuplah kan....

Yang ni kek yang ibu Nawar sponsor pulak

 
Kek yang Siwo Yul sponsor. 3 tingkat lagi. kek yang ada ganache coklat tu, memang meletup rasanya tau. Yang tapak tu kek oren. 2 jenis kek dalam 1 masa. Hebat tak?

Lauk utama yg dimasak oleh Linda dan Mimi khas untuk kenduri kali ni. Acar lada, kentang goreng bercili, kuah pati santan, serunding tenggek burung, telur asin dan tempeh goreng berempah.

Inilah birthday boy tu... Geram kat pipi dia yang sangat chubby tu.

Budak nakal yang sangat nakal.....

Sangat bijak orangnya dan suka buat orang geram dengan kerenah dia.

Korang ada? 3 biji kek sekaligus.Haha....

Dah praktis awal-awal cara nak tiup kek tu...:)

Tahun ni umur 3 tahun ada 3 biji kek, tahun depan agak-agak dapat tak 4 biji kek?

Selesai 2 biji kek yang sempat snap.... Yang lain selamat masuk perut.

Lepas ni kalau ada kesempatan umur yang Allah bagi akan ada lagi 1 birthday celebration tapi kenduri cuma khas untuk Ismail's Family je. Nak sambut birthday mak abah dan nak masakkan dorang masakan special. Insyaallah.....

Linlone:)




Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...