Sunday, February 16, 2014

LaUGhT AnD LaUgHtEr

Assalamualaikum w.b.t

Allahu Akhbar! Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan dan umur yang panjang lagi hari ini... Syukran Ya Allah!

Hai guys...Hai pembaca blog linlone...uweks macam perasan je ramai pembaca blog aku ni. Takpe la kan, kepada sesiapa yang dah pernah baca dan nak baca blog aku ni sila-silakanlah dan syukran jazilan sebab sudi nak baca...

Diam tak diam da 2 bulan kita masuk tahun 2014 dan tinggal 10 bulan je nk masuk 2015 kan...bermakna aku dah masuk umur 3 series. Alhamdulillah, diberi umur yang panjang, sihat sejahtera dan boleh meneruskan kerja seharian, Amiiin amiiin Ya Rabbal 'alamin.... So, I wish Happy Bithday to myself! (",)



Syukur, happy dengan anak-anak Little Caliphs, happy dengan kerja dan jadi semakin sayang, kalau tengok muka anak-anak tu pastu dapat pelukan lagi rasa sangat touching. Happy sangat-sangat. Kenakalan dorang memang buat hati geram tapi bila dah marah tu rasa menyesal sangat, lagipun teacher Linda memang failed bab marah, kalau marah tu tak sampai 5 minit dah gelak-gelak balik dengan dorang. Ish...ish.... Jom tengok gambar-gambar dorang jap ek...

 Founder, Pn Hjh Sabariah Faridah, Principal, Pn. Razkiah and us, all the teachers.
 Subhanallah comel sangat tulisan ni kan?

Hasil seni lukisan tangan anak murid saya...well done dear.
 
 Tak sabar nak main kat playground dorang ni...excited semacam je.
 Peace....
 Pencil holder untuk projek art n craft mereka last week.
 First time pegang gunting, beria-ia sangat...
 Kalau pasal posing, memang hebat...

Alhamdulillah, selamat bergelar tunang kepada Mr. A dan In Shaa Allah akan bergelar makmum kepada seorang imam. Terima  kasih yang tak terhingga kepada Allah sebab menemukan hati-hati kami untuk bersatu dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendokan kami. Kalau Mak Abah masih ada mesti merekalah yang paling gembira. 

 Antara hantaran untuk Mr. Tunang
 Ada telur merah lagi dan angsa comel.
 Coklat teddy untuk Mr. Tunang.
 Sejadah dan kain pelikat.
 Jam tangan khusus buat dia.
 Buah-buahan, sireh junjung dan tepak sireh.
Cupcakes, pink and purple theme
Si bunga rampai
Agar-agar gula merah

Inilah mini pelamin hasil kreativiti adik
Hantaran daripada dia
Candy buffet yang serba pink
Goodies bag untuk para tetamu
Kuatkanlah ikatan kami adik beradik Ya Allah supaya kami sentiasa menyokong antara satu sama lain, dan kukuhkanlah hati-hati kami dengan silaturrahim yang mawaddah.




Terima kasih Ya Rabb kerana menghadirkan aku dengan insan-insan yang sentiasa menyokong dan berada di belakangku. Terima kasih Ya Khaliq kerana memberi aku kekuatan dalam kehidupan yang mencabar nafsu amarahku. Tetapkanlah iman dan ketakwaanku dan jadikanlah hubungan kami halal dan sah keranaMu dan permudahkanlah segala urusan perkahwinan kami nanti. Panjangkanlah jodoh kami hingga ke JannahMu dan jadikan kami untuk saling mencintai hanya keranaMu Ya Allah....

Doakanlah yang terbaik untuk kami dan semoga Allah sentiasa membuka pintu-pintu mawaddah,kasih sayang dan cinta sejati untuk kita semua dan hanya keranaNya...

Wallahualam,

Wednesday, December 25, 2013

AkU iNGiN BeRuBaH

Assalamualaikum w.b.t

Masya-Allah rindunya nak menulis blog. Hari cuti ni dapatlah curi sikit masa berblog. Entri hari ini aku cuma nak kongsi cerita bagaimana aku terdetik untuk berubah. Berubah yang In Shaa Allah selama-lamanya selagi aku bernafas di muka bumi Allah ni. Wahai Allah jauhkanlah aku daripada hasutan dan godaan syaitan yang bisa menggoyahkan keimanan aku yang nipis ini Ya Allah....

Sebelum ini aku memang sudah bertudung tapi tudung yang aku pakai macam tak cukup syarat yang ditetapkan syariat malah kadang kala tak menutupi dada. Begitu juga dengan pakaian, walaupun dah berlengan panjang tapi tetap ketat. Astaghfirullah... Begitulah jahilnya aku dahulu. Sesuka hati berpakaian tanpa memikirkan natijahnya di Sana nanti.

Tidak aku nafikan bahawa aku mengaku sebagai Islam seorang Muslimah tapi hakikatnya aku sangat jauh daripada Islam. Aku bersolat tapi perkara lain aku pandang enteng, semuanya ambil mudah. Jadi bagaimana dengan solat aku? Apakah solatku Allah terima? Segala dosa-dosaku akan Allah ampunkan? Aku bersolat tapi kemudian aku berpakaian ketat dan bertudung pendek. Seolah-olah solat yang aku lakukan tadi adalah sia-sia. Kemudian, mak abah yang di sana terus menerima azab kerana aku. Aku menyeksa kedua ibu bapaku bukan menyenangkan ibu bapaku. Ya Allah zalimnya aku sebab aku mak abah merana kat sana. Itulah perkara yang buatkan aku kembali kepada fitrah Islam yang mengaku kalimah "Laa illaahaa illah". 

Kemudian dijadikan cerita, Allah benar-benar membantu perubahan dan penghijrahan aku, Allah membuka ruang rezeki apabila aku diterima bekerja di Little Caliphs, Islamic Pre-School di mana budayanya adalah Islam. Subhanallah, begitu sekali kasih sayang Allah kepada aku. Aku belajar erti sabar, ikhlas dan menyayangi sepenuh hati. Walau siapa pun kita, bila hidayah Allah menyapa, nikmat itulah yang terasa sangat indah. Setiap hari aku dikelilingi khalifah kecil Allah yang mana doa mereka sangat mustajab, kata-kata mereka ikhlas, ketawa mereka menyenangkan. 

Terus terang aku katakan yang aku punya banyak dosa. Dosa-dosa silam yang aku rasa mampu mencampakkan aku ke Jahannam. Dosa yang aku kesalkan setiap masa. Jika aku boleh kembali ke masa tu, aku takkan sesekali melakukannya tapi aku kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan yang selalu mengelilingi aku. Namun aku yakin, Allah Maha Pengampun, dosa silam bukan penghalang untuk aku berubah. Aku taknak terus menjadi hambaNya yang sentiasa dihimpit rasa berdosa.Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa silamku. Kau ampunkanlah diriku Ya Allah...

Alhamdulillah, aku masih sempat disapa Allah sebelum ajal menjemput aku. Aku dipilih Allah. Biarlah aku mengalami perubahan sedikit demi sedikit tapi istiqamah melakukannya. Aku adalah aku yang baru untuk masa depan. Aku hargai diriku di masa lepas kerana tanpa segalanya aku pasti takkan berubah. Namun penyesalan tetap berbekas di dalam hati selamanya.

 Aku berdoa agar setiap daripada kita adalah insan terpilih untuk berubah. Berubah walaupun perubahan itu amat payah untuk kita. Semoga kita terus berdoa agar hidayah Allah itu adalah untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Semoga nikmat iman akan terus kita peroleh. 

 Allah, nak jadi solehah bukan mudah. UjianMu terlalu banyak untuk aku lalui kerana dengan ujianMu itulah penentu arah kehidupanku. Namun Allah, tiada yang aku pinta selain ketekunan dan kesabaran agar aku terus istiqamah dalam menempuh ujianMu yang berat. Izinkan aku berjuang untuk merebut JannahMu. Allah, pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangMu dan izinkanlah aku mencintaiMu dan RasulMu melebihi cintaku kepada makhlukMu. Bahagiakanlah aku dengan kasih sayangMu.
Apabila kita ingin membawa diri kita kepada perubahan, bayangkan seperti kita berada di 2 persimpangan berbeza. Satu jalan lurus menuju kebahagiaan dunia semata-mata kerana biasanya jalan nikmat dunia adalah mudah dicari dan satu jalan lagi jalan penuh liku kerana jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat biasanya penuh dengan cabaran dan ujian. Pilihan itu ditangan kita. Ingin jalan yang lurus atau jalan yang berliku. Tepuk dada tanya selera....

Doakan diriku agar terus memilih jalan yang berliku sebab aku ingin berubah. Aku juga akan mendoakan kalian agar bersama-sama memilih jalan tu. Tanamkan dan niatkan perkara yang baik dan positif setiap hari sebab bila kita sentiasa postif In Shaa Allah kita akan berusaha jadi seorang yang positif. 70% badan kita adalah air, dan sifat air adalah merakam, jadi bila kita berniat yang baik, badan kita akan merakam perkara yang baik dan akal dan hati kita akan berusaha dapatkan perkara yang baik tu.

Wallahualam,

Sunday, December 1, 2013

360 DaRjAh

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi Allah bernafas lagi di atas muka bumi Allah yang amat luas hari ini.  Banyak perkara yang aku rasakan terlalu pantas berlaku yang mengubah kehidupan aku 360 darjah.Segalanya berubah.

Perkara pertama, Mak pergi selama-lamanya. Kehilangan Mak secara tiba-tiba buat aku rasa amat tak bersedia kerana selama ni aku berulit dengan Mak 24 jam 7 hari seminggu. Tapi aku harus redha sebab Allah sangat menyayangi Mak. Aku cuba memahami erti kehilangan tanpa kepulangan.

Perkara kedua, Alhamdulillah aku sekarang sudah bekerja. Cikgu di Tadika Little Caliphs Merlimau. Dulu beria-ia taknak jadi cikgu tapi akhirnya....Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah bagi rezeki sangat cepat. Semoga rezeki ini akan mendapat barkah Allah dan seikhlasnya aku akan menyayangi khalifah kecil yang diamanahkan kepada aku dengan sepenuh ikhlas, In Shaa Allah. Aku akan kutip seberapa banyak pengalaman dan semoga akan berguna kepada aku suatu hari nanti.
Perkara ketiga, aku akan berubah status daripada bujang ke tunangan orang dan seterusnya isteri seseorang. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati aku sekali lagi untuk menerima seseorang dalam kehidupan aku. Tapi kali ni, hubungan yang lebih serius dan matang. Hubungan yang lebih suci dan halal ke arah membina sebuah keluarga yang mawaddah, In Shaa Allah. Allah telah membuka pintu hati kami untuk saling menerima. Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kami ini dengan roh kasih sayang dan cinta sejati dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah....

Aku percaya, setiap ujian yang Allah berikan untuk kita ada hikmahnya. Setiap kesakitan yang Allah beri ada ubatnya. Setiap kedukaan yang Allah beri ada kebahagiaannya. Sabar dengan segala ujian. 

Wallahualam,

Tuesday, November 19, 2013

MaK PeRgi SeLaMa-LaMaNya

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 4 November 2013, sekali lagi aku kehilangan satu-satunya permata paling berharga dalam hidup aku. Mak Almarhumah Saiyah Binti Semadi pergi selama-lamanya. Cuma selang 247 hari selepas Arwah Abah. Ditakdirkan mereka berdua sehidup semati bersama dan takdir Allah juga, Mak bersemadi di sebelah Abah. Allahu Akhbar!

Hari ini genap 16 hari Mak meninggalkan aku dan adik-adik. Aku bangga dengan Mak sebab begitu kuat dan tabah selama 8 bulan setelah pemergian Arwah Abah. Mak tanpa penat mendoakan kesejahteraan Arwah Abah. Tanpa henti membasahkan lidah dengan Zikrullah. Semangat Mak begitu kuat walaupun Mak tak seperti kita yang sihat. Mak memang dah lama tak nampak disebabkan katarak mata, tapi satu anugerah Allah buat Mak selepas Mak dikafankan, muka Mak sangat berseri, dan mata mak terpejam seolah-olah seperti mata Mak kembali normal dan Mak seperti sedang tersenyum, Masyaallah.... Rata-rata orang yang melihat jenazah Mak cakap benda yang sama, Allahu Akhbar!

Aku adik beradik redha pemergian Mak dan Abah. Aku berdoa semoga penderitaan yang Mak tanggung di dunia akan dibalas Allah dengan kenikmatan dan kebahagiaan di alam sana. Aku selalu cakap kat Mak yang Mak beruntung sebab segala sakit yang Mak tanggung adalah kafarah setiap dosa setiap kali Mak mengadu nasib diri dia.Itu saja yang aku boleh cakap untuk pujuk dia setiap kali dia rasa putus asa. 

2 tahun aku jaga Mak aku rasa cukup puas sebab aku tahu Mak sangat hargai pengorbanan aku selama 2 tahun ni. Setiap pagi dan petang kami akan berzikir bersama, makan bersama dan paling aku puas dapat suapkan dia makan. Kami berulit dan bercerita malah kadang kala bergaduh berdua. Itu yang mebuatkan aku terlalu rindu dan ingat dengan Mak, tapi aku tahu Allah lagi menyayangi dia.


 Bertahun-tahun Allah menguji Mak dan Abah dengan pelbagai dugaan. Ada kalanya terlalu berat rasanya untuk Mak tanggung.Tapi aku tahu, semangat Mak cukup kuat hanya untuk kami adik beradik. Mak dan Abah tempuh dugaan mereka dengan penuh sabar. Aku adik beradik sangat bangga kerana memiliki kedua ibu bapa yang sangat hebat.

 7 tahun Mak berulang alik ke pusat dialisis, dan selama itulah kami menempuh pelbagai dugaan. Dugaan dari segi kesihatan Mak dan kewangan. Kalaulah kami tak kuat dari segi mental dan fizikal, rebah benteng keimanan kami sekeluarga, tapi Allah Maha Besar, kami sekeluarga masih dalam lindunganNya. Allah memberi dan mengambil sesuatu mengikut apa yang mampu kita tanggung. Walaupun Mak tinggalkan kami secara tiba-tiba tapi kami bersyukur sebab Mak adalah Mak kami 3 beradik. Kerana Maklah kami berjaya!

 Seminggu selepas pemergian Mak, adik bergraduasi tanpa keduanya. Alhamdulillah kami 3 beradik cukup kuat untuk menempuh kehidupan selepas ini. Kami akan sentiasa menyokong antara satu sama lain, pesan Mak supaya kami 3 beradik jangan bergaduh dan kena saling muafakat. Mak Abah tak sempat tengok Adik bergelar graduan Master tapi aku tahu mereka amat berbangga dengan Adik. Saat paling menghibakan bila Adik ambil scrol dia dengan YDP Agong. Masa tu, aku bayangkan betapa bangganya Mak Abah kalau mereka ada dalam dewan tu. 

 Kini aku 3 beradik menumpang kasih dengan mak-mak saudara dan bapa-bapa saudara, Alhamdulillah mereka sentiasa ada untuk kami 3 beradik. Adik dan Mimi adalah kekuatan aku sekarang.

In Shaa Allah, aku akan mulakan kehidupan aku selepas ini, aku akan terus berusaha untuk membina kehidupan aku demi Mimi dan Adik. Semoga kebahagiaan akan Allah limpahkan buat kami adik beradik. 




Wallahualam, 

Saturday, October 26, 2013

ReSePi KeK CoKLaT MoiSt

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni bagi 1 resepi kek coklat moist yang sedap dimakan. Bukan apa, selain simpan dalam buku resepi perlu juga disimpan dalam blog ni. Yela, manalah tau ada sesiapa yang berkenan nak mencuba resepi ni dapatlah juga aku pahalanya kan. Bahan-bahannya pun sangat mudah didapati di kedai dan paling best sangat cepat disediakan. 
 
Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan:

Bahan A:
4 biji telur

Bahan B:
100g serbuk koko
250g gula castor
1 tin susu cair
200g minyak masak/minyak jagung
250g susu pekat manis

Bahan C:
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara-caranya:

1. Bahan A iaitu telur diputar dengan mixer. Cukup sekadar berbuih dan diketepikan.
2. Bahan C diayak bersama dan ketepikan dahulu.
3. Bahan B dicampurkan bersama dan masak di atas api perlahan sampai licin berkilat.
4. Sementara itu, loyang perlu digris dengan marjerin/planta.
5. Masukkan Bahan B ke dalam bancuhan telur dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan pula Bahan C ke dalam adunan coklat tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau sebati.
7. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris.
8. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu, penutup kukus perlulah diikat dengan kain bagi mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek. Alternatif lain, loyang yang berisi adunan tadi ditutup dengan alumunium foil barulah dikukus.
9. Kukus kek selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Bahan-bahan topping kek:

1/2 cawan serbuk koko
1 sb minyak masak/minyak jagung/planta
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga berkilat.
Setelah sejuk, tuang atas kek tadi dan bolehlah dihias ikut kreativiti anda.


Kek baru keluar dari pengukus.

Kegebuan yang menggebu.

Yang ni ditabur dengan coklat rice coklat.
Yang ni pula ditabur dengan coklat rice warna-warni.

Bagi jelas sikit gambarnya :)

Sebenarnya, yang warna-warni ni aku buat untuk majlis kahwin Nadia.

Pagi-pagi lagi dah pergi hantar rumah dia lepas lawat kubur arwah Abah.


Silalah cuba resepi ini. Rugi kalau tak cuba. sedap tak terkata (wah! angkat bakul sendiri nampaknya kan). Oklah sampai sini dulu, nanti aku kongsi lagi resepi lain yang aku dah cuba.

Wallahualam,

Thursday, October 10, 2013

AdA AkU KiSaH

Assalamualaikum w.b.t

Rindunya nak menulis, tapi entah kenapa kemalasan selalu melanda diri sejak akhir-akhir ini. Mungkin sebab malas nak berfikir, jadi diri dihantui dengan "game" sepanjang masa. 

Gila jadinya dengan Candy Crush.

Teruk tabiat aku akhir-akhir ni.  Hidup harus ditempuh. Apa sahaja yang berlaku kena selalu positif, sebab tak semua benda yang kita tak suka tu membebankan, dan tak semua benda yang kita suka tu tak membebankan. Semuanya dah tertulis buat kita sebab setiap yang berlaku tu ada ceritanya. Be strong and always positive. Macam Arwah Abah selalu cakap, hidup kena tempuh dengan redha dan sabar, In Shaa Allah ada bahagian untuk kita nanti. 

Segala hal yang berkaitan masa depan aku, simpan dulu ceritanya. Let it be dan tunggu je apa yang akan terjadi nanti. Life is suprise, Hidup adalah kejutan. Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya itu yang akan terjadi, pasti ada kejutan dalam setiap perancangan tu.

Selain Ochee dan Oneng, aku ada kucing lain dalam rumah. Meatball @ Ebol, Vanilla dan Milkshake @ Michake. Makin meriah rumah. 

 Ebol yang manja dan nakal.

 Michake yang suka berangan dan termenung.

Vanilla yang suka tidur dan malas.

Ada lagi binatang lain yang semuanya Adik punya. In Shaa Allah kalau ada rezeki dia dapat pensyarah kat UiTM tu Adik akan duduk kat rumah...

 Kehijauan rumah aku dengan dilatari 4 ekor angsa.

 Angsa yang sangat degil time nak masuk dalam barn.

Makan je kerja dorang ni.

Ok lah, itu sahaja buat hari ni, akan aku update lagi kemudian. Nak main Candy Crush lagi. Dah jadi penagih Candy Crush aku ni....

Esok Super Spontan jangan lupa. Semut Sentap akan terus menggigit Ketam Konfius.
Download setiap episod supaya dapat tengok berkali-kali.... hahahahhaha

 Keputusan undian episod 6.

Hahaha, tengok dan sokong Semut Sentap sebab ada Johan dan Tauke...Lawak dorang memang kelakar.

Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...