Thursday, July 5, 2012

WiN KoReAn MaDe 3-WaY FoLdAbLe BaG


Assalamualaikum w.b.t

kawan-kawan sekalian, jom ramai-ramai join Give Away Contest Saudari Adieha. Blog Saudari Adieha ni memang "awesome" sebab sebagai orang yg da lama  dengan  Herbalife, dia sgt berpengalaman dan aku sendiri pun dapat info Herbalife dari blog dia ni. Syarat-syaratnya sangat senang dan mudah je. Pastu kalau terpilih jadi pemenang, habuannya beg comel ni la...Jom klik kat banner bawah ni ye....



Aku tag kat 3 orang follower aku ni dan semua kawan-kawan yang memang baca blog ni. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa korang ek...

1. Shila

Join GA ni dengan klik sini tau...

Wallahualam

Linlone:)

Tuesday, July 3, 2012

iRmA hAsMiE KaHwiN


Assalamualaikum w.b.t

Ahlan wasahlan. Welcome to my blog :) Nak feel happy sbb actress yg sangat cantik Irma Hasmie dah pun melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan. She's one of my favorite actress. Really admire her. Perkahwinannya juga satu rentetan perjalanan hidupnya yg sgt indah selepas penghijrahannya dulu. Subhanallah tengok gambar pernikahan dan persandingannya je da buat aku rasa yg dorang memang meant to each other and she's really beautiful princess. Dikhabarkan yg majlis persandingannya juga dengan tema islamik dan semoga perkahwinan Irma dan pasangannya akan kekal hingga ke syurga.  Jom layan beberapa keping gambar ye. Kredit utk http://beautifulnara.com/















Dalam Surah An-Nur: ayat 26 sesungguhnya Allah berfirman  bahawa :
" Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Maksud perkataan baik dan jahat yang terdapat dalam ayat di atas merujuk kepada keseluruhan sifat dan ciri-ciri yang paling menonjol pada diri seseorang. Contoh sifat yang baik adalah jujur, rajin, amanah, setia, soleh dan solehah dan sebagainya selagi termasuk dalam sifat-sifat positif manusia manakala contoh sifat yang jahat adalah marah, dengki, iri hati, dendam dan segala sifat negatif manusia. Namun sebagai manusia, disebalik sifat kebaikan yang paling menonjol pasti akan ada kekurangan. Kekurangan dan kelemahan ini tidak akan menutup segala sifat yang ada bahkan akan menjadi cabaran untuk memperbaiki diri. Dalam makna lain, disebalik setiap sifat positif tentulah wujud satu dua sifat yang negatif. Dan itulah yang menjadi cabaran kepada kita semua untuk mengawal sifat negatif tersebut dengan sentiasa memohon maaf, muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik pada masa depan dengan tidak mengulanginya lagi. Itulah cabaran terbesar kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ni.

Untuk dapat yang terbaik, perlulah memperbaiki diri dulu dan sentiasa bermuhasabah diri dan bersedia memaafkan orang lain.

Wallahualam.

Linlone:)








Monday, June 18, 2012

TiPs TuRuN BeRaT!


Assalamualaikum w.b.t
Bergebang dan berceloteh lagi dalam blog hari ni. Ada tak sesiapa yang nak turun berat badan? Macam mana? Susah tak berdiet? Atau diet sekadar angan-angan? 
Sebenarnya nak berdiet dan turunkan berkilo-kilo lemak dalam badan kita ni amat mudah. Anda mahukan tips tak? Insyaallah kalau anda serius nak turun berat, pasti tiada masalah untuk ikut tips Linlone ni :) 
Check it out!

Ok jap...jap....korang tau tak apa-apa pasal metabolisme?Hah! tak tau????
Nak turunkan berat kenala tau dulu pasal metabolisme badan sebab kalau kita faham pasal metabolisme ni lagi mudah untuk kita jadi kurus slim tau.

Meh sini aku explain apa yg aku tau ye...

Metabolisme adalah jumlah kalori yg dibakar oleh badan untuk kekalkan fungsi dan nyawa sebab segala aktiviti badan termasuklah pernafasan memerlukan tenaga atau sumber kalori ini. Atau lebih tepat kita panggil dia BMR (Basal Metabolic Rate).BMR ni akan tunjukkan umur dalaman badan kita yg bergantung kepada metabolisme badan kita. 
Dalam makna yg paling mudah utk kita faham ialah metabolisme ni adalah cara tubuh kita menggunakan lemak, karbohidrat dan protein (drpd makanan yg kita ambil) untuk membentuk tenaga yg dpt digunakan oleh tubuh badan kita. Masih susah nak faham?
Kita andaikan macam ni la ek...

Tubuh badan = kereta
Makanan = bahan bakar (minyak petrol/diesel)
Otot, organ dan segala sistem dalam badan = enjin kereta yg bantu kereta tu jalan

Kereta boleh bergerak sebab ada bahan bakar (minyak petrol). Kereta boleh gerak tak kalau takde minyak petrol?
Sama macam badan kita.Badan boleh bergerak sebab ada makanan.Kita ada tenaga untuk gerakkan tubuh kita. Cuba kalau kita tak makan 3 hari? Agak-agak, badan ada tenaga tak utk bergerak?

Bila kita isi minyak petrol berlebihan, minyak tu pasti akan tumpah. Yg lebih tu akan disimpan dalam tangki dan boleh digunakan bila kereta tu bergerak. Betul tak? 
Jika kita bagi makanan (bahan bakar) berlebihan kepada tubuh, makanan tu takkan tumpah dan sekaligus makanan tu akan jadi kalori dan akan simpan sebagai lemak dan akan tetap ada kat perut, peha dan sebagainya kalau tak digunakan. 
Setiap kali kita bergerak kita akan bakar kalori (guna tenaga daripada makanan) tu. Semakin banyak kita bergerak, semakin banyak kalori yg akan kita bakar.Semakin banyak kalori yg dibakar, semakin besar kemungkinan untuk kita turunkan berat, turunkan kolesterol, buang lemak dan sebagainya. Automatik, badan akan diservis utk menjadi lebih sihat. Metabolisme yg tinggi akan bantu kita slim lagi cepat. 

Kadar metabolisme perempuan adalah 1200 ke atas
Kadar metabolisme lelaki adalah 1400 ke atas

Macam mana nak tingkatkan kadar metabolisme badan sekaligus boleh turunkan berat?
Ooops lupa nak bagitau, kadar metabolisme badan seseorang akan menurun mengikut umur ye. Tapi apa-apa pun yg paling penting kita jaga pemakanan kita sebaiknya.

Nak tau? Jom sambung balik tips tadi...kalau masih tak faham pasal metabolisme tu korang tanya Mr Google ye....:)

Tips turun berat badan :)

1. Jangan skip meals. 
Ada orang skip breakfast sebab alasan tak sempat, malas dan sebagainya. Macam tu jugak bg mereka yg nk turun berat. Sanggup berlapar sampai tengahari. Mana boleh macam tu sebab kita hanya akan berjaya menurunkan kadar metabolisme badan. Jadi macam mana anda nak turun berat cepat. Bila metabolisme badan kita rendah, proses penurunan akan jadi lambat. Bila badan tak turun mula lah upset, give up padahal  cara kita tu yg salah. Tengah hari bila tiba waktu lunch, badan mengelupur lapar. Sebab tu jangan skip meals breakfast, lunch dan dinner. Masa waktu makan kita makan lah ikut kuantiti yg sepatutnya. Jadi badan kita pun taklah terbeban sangat kan. 

2. Kurangkan makanan berlemak, bersantan, bergula, fastfood
Bukan tak boleh makan langsung, cuma kurangkan kuantitinya saja. Siapa cakap orang yg nak turun berat badan tak boleh makan nasi, kari ayam, nasi beriani, nasi ayam KFC, Pizza dan semua makanan yg lazat-lazat tu? Boleh je, cuma kena pandai jaga kuantiti dan caranya. Kalau dulu anda makan 1 pinggan nasi, sekarang makanlah 1/4 pinggan je. Dulu makan kari ayam sampai banjir sekarang ambil ayamnya saja la, kat ayam tu pun ada gak kuah-kuah yg akan melekat kat nasi kan... Dalam seminggu kita ada 7 hari kan, so korang pilihlah 1 hari utk korang menikmati makanan dan minuman feveret korang tu sebab 6 hari tu kan korang dah berdiet. Tapi janganlah sampai korang mencekik gila-gila pulak ye sebab kalau tak sia-sia 6 hari korang diet tu....


Masa transformasi ni korang akan rasa sgt excited tau. Lagi-lagi masa during tu korang konsisten turun sekilo setiap minggu dan bila dah after tu, yeay! Target berat dah tercapai Mission accomplished!
WOW, you're slim now!

3. Jangan makan lewat malam
Adalah amat-amat dilarang sebab pasti lepas makan korang akan masuk tidur.Bila dan macam mana makanan anda tu dapat dihadam! Terus simpan jadi lemak kat perut, peha, betis. At least, kosongkan perut anda 3jam sebelum tidur. Barulah anda akan lebih sihat menawan. Dan jika anda terbangun lewat malam dan perut terasa lapar, anda minum air kosong sebab air kosong takde kalori. Masyallah hebat kan penangan air kosong yg Allah bagi kat kita ni, dah la takde kalori boleh bagi kenyang pulak tu..
Mana 1 pilihan anda?

4. Banyak minum air kosong
Air kosong takde kalori. Malah kita akan rasa kenyang. Setiap 25kg berat anda, anda perlu minum 1 liter air. Maknanya jika anda mempunyai berat 55kg, anda perlu minum air sebanyak 2 liter setengah air kosong setiap hari. Air penting sebab air ni sebagai minyak pelincir badan kita, lemak-lemak yg degil tu dapat keluar dari badan kita dgn bantuan penolakan daripada air ni. 
Aku dah tak tahan lagi! Nafsu makan aku di tahap maksima!!!

5. Kawal nafsu makan 
Memang susah dan sangat susah nak kawal nafsu makan. Lagi-lagi apabila makanan tu semua ada depan mata kita, yg tu sedap, yg ni sedap. Meleleh air liur ni....Aduhai dugaan.... Apa yg boleh anda buat ialah, anda mengawal pemikiran dan rasional anda utk memilih makanan yg terbaik dan sihat utk badan anda.Pemikiran yg positif boleh eliminate nafsu makan yg jahat tu. Sedarkan diri anda yg anda nak cantik menawan dan masa ni lah tips no 2 boleh diaplikasikan lagi. Bukan tak boleh makan tapi kurangkan kuantiti!
Lagi best, bila anda ada Herbalife ( promote sikit) yg bantu akan mengawal nafsu makan anda!



Apa kata anda buat 1 button ni dan pakai kat baju anda utk mengingatkan anda yg anda sedang berdiet! Sekurang-kurangnya bila anda pandang button ni anda akan sekat terus nafsu makan anda tu!

6. Banyakkan berpuasa sunat
Poin ni sgt best sebab selain dapat jaga perut kita jugak dapat pahala berpuasa sunat. Seminggu cuma 2x je, Isnin dan Khamis. tapi perlu diingatkan yg masa berbuka nnti janganlah melantak tak hingat sampai sempit perut tu ye.....


Like the statement! Lets workout!

7. Tingkatkan aktiviti fizikal
Mengemas rumah, membasuh baju tu pun da dikira aktiviti fizikal tau. Mesti yakin punya la yg korang pasti akan berpeluh-peluh lepas buat kerja rumah tu semua. At least kalau hari minggu korang pergi shopping, piknik atau sebagainya parking la kereta jauh sikit, berjalan tu jugak kan senaman...Secara tak langsung anda  membakar kalori tu dlm anda tak sedar. Gunakan setiap peluang yg ada utk tingkatkan metabolisme anda ye....


Nak kurus adalah 1 cabaran yg palin besar. Anda perlu berhadapan dgn cabaran nafsu dan fizikal terhadap makanan dan pemikiran. 

Tetapkan iman dan niat anda utk kurus dan gunakan tips yg saya bagi tu ye. Insyaallah jika anda serius tu semua bukan penghalang malah akan jadi sebagai cabaran utk anda. Gunakan pilihan yg ada dengan sebaiknya. Gemuk atau kurus, sihat atau sakit, ceria atau masam. Jika anda benar-benar ingin berubah dan mengalami transformasi terhadap badan anda mulakan daripada sekarang! jangan bertangguh kerana makin anda bertangguh makin berat kilo anda nanti. 

Utk hasil yg lebih bagus, cubalah Herbalife....Saya da alaminya. Anda bila lagi?
Tanya saya bagaimana ye.....0194512658

daaaaaaa..............

Linlone:)

Friday, May 25, 2012

ImPiAn


Assalamualaikum w.b.t

Banyak sangat kerja akhir-akhir ni. Maklumlah, sedang kejar target utk QP Herbalife...Masyaallah, byk lagi benda yg kena belajar dan usahakan. Bantulah diriku Ya Allah agar aku dapat membantu orang lain dgn Herbalife ni. Ok-ok....arini aku taknak la cerita pasal Herbalife tp aku nak bebel-bebel pasal benda lain dalam post arini. 
Korang ada IMPIAN tak? Korang ada cita-cita tak? Apa impian dan dah tercapai tak impian tu?Sudah sepasti maungkin korang punya impian walaupun impian tu sesuatu yg mustahil utk korang capai, betul tak? Impian adalah suatu perkara indah yg kita angan-angankan utk kita capai atau miliki satu hari nanti. Ada orang impian dan cita-citanya besar dan ada orang kecil je impian dia. Semuanya bergantung kepada kehendak dan kemahuan seseorang. Paling utama usaha yg dicurahkan utk menggapai impian tersebut.Subhanallah, selama ni aku tak punya impian.Terus terang aku tak pernah fikir apa yg aku ingin capai dan apa yg aku nak dalam hidup ni. Selepas SPM, tak dpt mana-mana ada choice STPM dan masa tu sedarlah diri sikit dan ada cita-cita nak masuk Universiti. Aku usaha dan Alhamdulillah Allah lorongkan dan mudahkan laluan aku ke Universiti. Masa tu pun takde impian dan cita-cita, cuma berharap lepas graduate dapat kerja, dapat duit. Teruknya sikap aku masa tu, Masyaallah.....:( Lepas setahun graduate, masih tak dapat kerja dan sama juga setahun lagi. Langsung takde cita-cita. Cuma masa ni pulak, fikir tanggungjawab terhadap mak yg sangat-sangat perlukan penjagaan. Aku rela lakukan apa saja utk mak dan family. Masa ni dah tersedar dari lena yg panjang,tp rezeki tak memihak pada aku sbb Allah mungkin sedang aturkan rezeki yg lebih baik. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui. Allah menemukan aku dgn Herbalife....(Aik, tadi ckp taknak cerita Herbalife kan)..... Dan terjadi pula sesuatu yg sangat-sangat menghancurkan hati. Dan kerana peristiwa itulah, aku semakin kuat dan tabah dan syukur sangat-sangat sebab Allah sayang aku rupanya. Dan menemukan aku pada impian-impian yg sgt indah utk aku kejar satu hari nanti. Apa impian tu, kenalah simpan dan tak boleh share cuma Allah Yang Maha Mengetahui, Insyaallah.....


Tanamkanlah cita-cita dan impian yg seiring dengan apa yg kita kejar utk dunia dan akhirat kerana keseimbangan itulah yg akan membahagiakan kita kelak. Dan ingatlah impian dunia yg kita kejar takkan kekal walaupun kita sunguh-sungguh berkorban untuk dapatkannya kerana apa yg kita ada dan punya sekarang semuanya pinjaman sementara.....


Dan ini adalah rumah impianku....Cantik tak? Insyaallah aku akan berusaha utk Baiti Jannati ni utk seluruh familyku....Insyaallah....

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji , kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah Al-Nahl : Ayat 90)

The more you give, the more you get. Insyaallah.....

Wallahualam,

Linlone :)

Wednesday, May 16, 2012

MeNcARi CiNtA....

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Allhamdulillah...aku sedang bermotivasi utk perbaiki segala kelemahan diri. Aku tiada kawan utk meluah dan hanya padaNya tempat aku mengadu. Aku tenang dgn duniaku dan aku lebih bersemangat utk diriku dan mereka yg berada disekelilingku.
Masyaallah, aku terkena dgn penulisan ini. Kerana itulah aku dan aku tak malu mengakui yg aku benar-benar tersilap percaturan dan aku bersyukur sgt sbb Allah masih memberi kesempatan dan peluang kedua kepadaku. Bacalah dan jadikan iktibar dan semoga kita semua takkan mengulangi kesilapan ini berkali-kali.


Setiap orang berhak utk peluang kedua dan gunakanlah peluang tu sebaik-baiknya sbb takkan ada peluang lain lagi jika yg pasti (MATI) datang hampiri.....Masyaallah....


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan.
Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta.
Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia.
Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya.
Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat.
Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa.
Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasa-Mu, hulurkan pertolongan-Mu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayah-Mu untuk aku terus di jalan-Mu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepada-Mu.”


Masyaallah dan bila aku mengaji dan membaca tafsir malam tadi aku terkesima pada 2 ayat dari surah Al-Nahl atau juga disebut surah Nikmat dan aku akan share utk semua....

Dan orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiyai, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar kalau mereka mengetahui.(Ayat 41:Surah Al-Nahl)
(Iaitu) orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal. (Ayat 42:Surah Al-Nahl)

Aku telah menganiayai diriku sendiri dan aku tak mengasihi diriku dan itu benar-benar buat aku rasa sgt menyesal. Namun aku percaya, ada suatu hikmah yg aku tak nampak sekarang ni dan aku akan sabar dan bertawakal hanya pada Allah. 


Cheer up and choose to live with your own life... Nikmati kehidupan dan sentiasa mohon pertolongan Allah supaya Allah akan membantu kita memberi pertolongan kepada org lain pula....

Wallahualam

Linlone:)

Wednesday, May 9, 2012

aKu HaRuS pErGi

Assalamualaikum w.b.t

Mood aku sekarang ialah sedih...
Masyaallah...Kenapa aku bersedih? Sbb aku dah kehilangan dan terpaksa melepaskan satu-satunya kawan baik yg aku ada. It's Broken Friendship....Aku terpaksa lepaskan walaupun hati terlalu berat utk melepaskan dia pergi. Masyallah jahatnya aku sbb memutuskan silaturrahim dan rasa amat bersalah sbb memutuskan persaudaraan tp aku harus melakukannya sbb aku dah tak mampu utk meneruskan persahabatan ni. Dia seorang yg sgt baik dan dia jugalah yg ajar aku erti kasih sayang sesama manusia. Dia membawa aku menyelusuri keindahan bercinta walaupun hanya sementara. Bila syg tu dah tiada, kami putuskan utk hanya bersahabat tapi selama setahun bersahabat aku semakin derita. Semakin susah utk melepaskannya pergi. Dan akhirnya inilah keputusan paling tepat - AKU HARUS PERGI.


 Aku tak ingin menjadi penghalang buatnya utk bahagia. Dia memilih jalan yg paling tepat dan aku sebagai kawan sepatutnya menyokong dan memberi semangat buatnya, bukan memberi tekanan. Insyaallah aku akan bahagia jika dia bahagia... Biarlah kaca persahabatan yg berderai ni membuat aku terluka, perit dan sakit asalkan aku tahu dia bahagia. Bibirku mengatakan sahabat tapi hatiku mengatakan yg lain. Aku takkan terus berpura-pura lagi dan inilah kenyataannya...



Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu



Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu, Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga



Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif....
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun... Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi, sehelai benang pun tak bisa dimiliki Apalagi yang mau diperebutkan Apalagi yang mau disombongkan



Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa...
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan....
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus "




Aku akan belajar utk terus positif dlm hidup dan aku akan buktikan padanya bahawa aku boleh berjaya dan Insyaallah selagi aku masih bernafas aku takkan sesekali berpaling ke arahnya lagi. Biarlah segala kenangan yg pernah kami cipta menjadi daun kering yg akan ditiup angin dan terbang jauh dari hidupku selama-lamanya. Aku pasti dia akan bahagia dgn pilihan hatinya dan sentiasa aku berdoa semoga aku juga akan mengecapi kebahagiaan itu juga....

Allah dah menetapkan sejak azali lagi bahawa dia bukan milikku waima utk jadi sahabat aku sekalipun....
Kesedihan yg Allah ciptakan utkku adalah cara Allah sampaikan kegembiraan buatku....Aku akan perbaiki diriku dan hubunganku dgnNya Yang Maha Esa. Aku bersyukur sbb Allah pilih aku utk lalui ujian ini. Allah jua Yang Maha Mengetahui...

Wahai sahabatkku,
maafkan diriku kerana aku harus pergi dari hidupmu
pergi aku utk kebahagiaanmu
sedih aku utk kegembiraanmu
sakit aku utk kesenanganmu
aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa ada utkmu walaupun aku tidak disisimu
bahagiamu adalah bahagia utkku
dia adalah masa depanmu dan aku masa silammu
jadi lupakanlah aku
andai satu hari kita bertemu 
jangan pandang wajahku
jangan tegur diriku 
kerana aku takkan kuat utk berhadapan dgnmu
selamat tinggal dan maafkan aku.....


Waallahualam..

Linlone:)


Tuesday, May 8, 2012

WaNiTa & CaBaRaN HiDuP

Assalamualaikum w.b.t

Aku adalah seorang gadis. Aku juga adalah seorang perempuan. Aku adalah seorang wanita. Aku dilahirkan sebagai seorang gadis, perempuan dan wanita. Aku bermohon agar aku dijadikan Allah sebagai gadis, perempuan dan wanita solehah. Aku tak ingin menjadi seperti dahulu. Hidup dalam suka-suka tanpa tujuan, tanpa matlamat. Keindahanku sebagai wanita dicemari dengan keinginan yg berjaya mengatasi kepuasan. Rakusnya aku dalam urusan duniawi menengenepikan aku terus dgn hakikat ukhrawi... Benar kata orang, setiap yg berlaku ada hikmah. Hikmah yg sgt nikmat utkku. Baru aku sedar duniaku dahulu hanya satu permainan utk suka-suka dan "enjoy" semata-mata dan duniaku sekarang adalah satu perjudian. Perjudian hidup ke manakah aku akhirnya nanti. Syurga atau neraka? Peranan apa yg aku bawa yg membolehkan aku digelar ahli syurga? Masyallah, terlalu kecil peranan ku di muka bumi ni. Sempatkah aku melunaskan tanggungjawab utk diriku sendiri? Plg penting utk mak dan abah? Sempatkah aku membahagiakan mereka?

Aku rasa sgt bersyukur sbb Allah masih menyayangi aku walaupun setelah apa yg aku lakukan sepanjang usia aku ni dgn memberi aku ujian sbb aku rasa Allah nak aku berubah sentiasa dan menjadi yg lebih baik. Insyaallah.... Dunia adalah medan ujian. Sentiasa makhlukNya selagi bernyawa akan sentiasa diuji malah kemewahan hidup kat dunia ni pun adalah ujian. Allah nak uji sama ada kita ni takbur tak dgn kemewahan yg kita ada. Kita ingat tak pada mereka yg dalam kesusahan?  tak kira lah kita ni kaya ke, miskin ke, tu semua adalah UJIAN....dan sebagai seorang wanita biasa yg masih bernyawa, aku jugak takkan lepas dpd diuji dan teruji oleh Allah. Ingat, ujian Allah tu utk tengok dan nilai tahap mana kesabaran kita, sebenarnya kadang-kadang aku juga tak boleh bersabar dgn masalah yg datang.

Firman Allah Subhanallah Taala:
"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". Surah al-Baqarah : ayat 155

Alagkah bertuah bagi hamba-hambaNya yg bersabar sbb Allah pasti janjikan pahala buat mereka kan....
Tak kira lah lelaki ke perempuan ke, selagi dia sabar dan redha dgn ujian tu, selagi tu la dia sentiasa akan rasa bersyukur.


Fitrah kejadian wanita dijadikan dgn penuh keistimewaan yg mana keistimewaan itu boleh membawa kebaikan dan juga kejahatan. Kenikmatan dan kehancuran. Macam tajuk aku tu, wanita dan cabaran hidup atau lebih spesifik lagi ujian hidup. Jangan lupa, wanita tu sendiri adalah ujian iaitu ujian bagi seorang lelaki.
Hebat kan kejadian wanita ni? Malah, ada yg sanggup berbunuhan sbb berebutkan wanita. betul tak? ye la, macam dalam kisah Habil dan Qabil. Kerana wanita kan. Nabi Yusuf dipenjarakan juga kerana wanita. Dan kerana wanita itu, sgt istimewa.....

Lindungilah peribadi kami dan jgn cemari maruah kami  kerana sifat kami yg lemah kerana selemah-lemah kami masih ada keras dan kuatnya. Kerana itu, bimbinglah kami, teladanilah kami wahai imam-imam kami.....


Walahualam

Linlone:)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...