Thursday, October 12, 2017

Hati kena Kuat

Semua orang pasti akan merasai kehilangan.
Semua orang pasti akan merasai kesedihan.
Semua orang pasti akan pergi selamanya.

Yang tinggal,
Hati kena kental.
Hati kena kuat.
Hati kena keras.
Tak salah menangis.
Tak salah mengenang.
Tak salah merindu.

Tapi......
Penanggungan yang sangat berat terpikul.
Bila terkenang pasti rasa terpukul.
Sakit memang sakit.
Tapi apakan daya sebagai manusia.
Akur kepada sebuah janji.

Jangan nanti,
Bila ada buat tak endah.
Bila dah tak de baru rasa gundah.

Alhamdulilah aku puas.
Puas bersama dan menjaga mereka yang aku sayang.

Ingatlah kawan-kawan,
Sayangilah orang disekelilingmu.
Lebih lagi kedua orang tuamu.
Keluargamu.
Beri kasih sayang.
Semoga Allah merahmatimu.

Kehendak takdir itu pasti.
Kerana mati itu pasti.
Giliran siapa selepas ini.
Tak siapa tahu rahsia illahi.

Selagi nyawa lekat di jasad.
Usahakan diri beribadat.
Semoga kita dapat syafaat.
Dengan pertolongan si Pemberi Rahmat.

Sesungguhnya hati ni amat rapuh....

Tuesday, October 10, 2017

Rindu dalam Tangisan

Seminggu tanpa kau.
Seminggu tanpa menjaga kau.
Seminggu tanpa melihat kau.
Seminggu tanpa bayang kau.

Namun, aku rindu.....
Rindu gelak ketawa kau.
Rindu kemarahan kau.
Rindu gurauan kasar kau.

Semua hanyalah kenangan.
Bersemadi dalam lipatan sejarah kehidupan kak long dan kak ngah.

Meratap tanpa bicara melihat baju kau.
Masih lagi berbau kau dik.

Terpandang sayu dan sepi bunga-bunga kau.
Kemboja yang selalu berbunga seakan merajuk.
Rumput menghijau kering seakan menangis.
Taburan daun kering umpama titisan airmata mengiringi perjalanan akhir pemiliknya.
Tiada lagi siraman kasih sayang daripada kau dik.
Tiada lagi taburan baja menghidupkan  mereka daripada jemari kau dik.

Insyaallah rumah dan taman milik kau ni akan kak long dan kak ngah jaga sebaiknya secantikknya. Tinggalan keramat untuk kami semua.

Impian kau terpaksa kak long dan kak ngah kuburkan bersama segala mimpi-mimpi ngeri ni dik. Maafkan kami....

Kami tak mampu untuk meneruskan impian rumah muzium yang kau impikan ni.
Kami tak kuat dik.
Batin kami rapuh.
Lunyai berkeping-keping saat kau terlantar tanpa bicara.

Insyaallah impian ni akan terlaksana di tempat yang sepatutnya.
Di mana, beratus manusia akan melihat setiap satu koleksi kesayangan kau sebagai satu ilmu yang paling bermanfaat.
Ganjaran daripada ilmu yang takkan pernah putus sebagai bekalan untuk kau di sana.

Doa  kak long dan kak ngah takkan pernah putus untuk kau, mak dan abah.
Dua hari lagi hari jadi hari lahir mak.
Sampaikan peluk cium kami ye dik....

😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Ya Allah. Jagalah mereka untuk kami. Muliakanlah mereka.
Lapangkanlah kubur mereka.
Jadikanlah kubur mereka tempat bersemayam yang indah umpama taman syurgaMu.
Jauhkanlah mereka daripada azab seksa kubur.
Berilah mereka kerehatan hingga waktu sangkakalaMu kedengaran.
Tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang soleh.

Allah yang Maha Mengetahui.

Nota tangisan tanpa suara,
Kak long kak ngah

Kau tetap dalam doa.
10/10/2017

 

Tuesday, August 22, 2017

Aku Kembali

Banyak cerita aku nak sampaikan kat korang semua, insyaallah aku akan ceritakan satu-satu....

masih adakah follower aku dalam dunia blogging ni? kalau ada jangan lupa say haiiii yer. apa kabar la korang semua kan?

dah terlalu lama aku tinggalkan dunia blog ni. dulu memang suka sangat menulis. tapi bila dikengkang waktu terlalu masa untuk dunia realiti. hingga terlupa dunia penulisan ni. Apapun, aku kembali mewarnai dunia korang. Mana yang rindu tu jangan lupa tinggalkan jejak korang kat sini yer. Mana tahu korang akan buat aku lagi bersemangat waja untuk menulis.

aku bukan penulis hebat! hanya menulis apa yang dirasa, apa yang dialami.

begitu lama......haiiiiii laaaa sampai macam kekok nak berblog. ada yang private email tanya kenapa dah lama tak update blog?

insyaallah doakan yer....








Friday, May 15, 2015

MaSiHkAh KaU iNgAt

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. masih di sini lagi...sihat sejahtera diri ini semuanya. 
Aishhhhhh, sangat dah bersarang blon ni aku tinggalkan sejak post pasal majlis perkahwinan aku dulu sampai la ni sedang menunggu hari menanti kelahiran khalifah kecil. Alhamdulillah genap 37 minggu dan pengalaman mengandung yang sangat indah, "sweet moments everyday".


Kenapa dah lama tak tulis blog ni?
kenapa diam menyepi je?
kenapa dah tak aktif macam dulu?

Banyaknya KENAPA. Hahaha.....

Maaf sesangat kiranya ada yang menanti update terbaru dalam blog ni. Sebenarnya dari sehari ke sehari memang ada niat dah nak update cerita terkini cerita sensasi. tapi masa yang ada ditambah dengan getaran aura negatif yang terlampau banyak pada setiap malam yang mengajak aku untuk terus berbaring lena setelah penat bekerja membuatkan aku sering terleka pada blog ni. Almaklumlah rembesan hormon kemalasan sebenarnya. Tapi sekarang aku kembali. I AM BACK! 

Masih bekerja sebagai guru tadika, sedang berusaha menjadi isteri terbaik yang solehah untuk suami , sedang berusaha menjadi kakak yang prihatin dan sedang menanti hari bergelar Mama. Alhamdulillah segalanya Allah aturkan cukup sempurna sekali untuk diri insan ini. Segala syukur aku panjatkan kerana memberi dan menganugerahkan aku kehidupan ini. 



Aku mengambil cuti sebulan awal dari tarikh jangkaan bersalin untuk merehatkan dan membuat persiapan mental dan fizikal untuk menyambut kelahiran bayiku. Sebab tu sekarang da ada masa nak menjengah blog ni. Trimester terakhir ni lah yang benar-benar manguji ketahanan diriku untuk bergelar seorang ibu dan membuat persiapan terakhir sebelum kedatangan si kecil ini ke dunia ku dan suami.

 Majikan telah membuka cawangan baru dan di sinilah aku sekarang bersama anak-anak Pra-Tahfiz.

Kindy 2 is the best. 

 Kawan-kawan sekerja bersama pemilik tadika ini.

Dan inilah diriku kini...

Doakan diriku selamat berjuang melahirkan seorang khalifah dan in shaa Allah seorang mujahidah solehah ke dunia ini dengan mudah dan selamat. Mohon maaf kepada semua andai ada tersilap kata, kerana aku manusia biasa lemah dan lalai melakukan kesilapan. Doakan kesejahteraan kami dan in shaa Allah akan diupdate lagi.

Sayang dan cinta aku kepadamu kerana Allah....

Monday, September 29, 2014

HaRi BaHaGiAKu

Assalamualaikum w.b.t

Aku masih di sini. Diberi kesihatan yang sihat dan sejahtera oleh Allah. Syukur walhamdulillah.
Kehidupan seperti biasa perjalanannya. Diberi Allah dengan sedikit nikmat hidup berumahtangga.
Alhamdulillah aku selamat bergelar seorang isteri pada 16 Ogos 2014. Menjadi seorang isteri kepada seorang suami adalah satu pengalaman atau moment yang begitu indah apatah lagi aku bercinta dan mengenali suami selepas nikah. Betul lah apa yang orang cakap, bercinta selepas nikah lagi rasa bahagia dan seronok daripada bercinta bagai nak rak sebelum nikah.Yela, dah halal kan. :)

Adik-adik perempuan yang mana baca blog ni, yang sedang mencari pasangan teruskan pencarian anda tapi disertakan dengan niat dan tawakal sepenuh hati bahawa Allah ada mengirimkan kita seorang pemimpin dan pelindung. Sabar dan terus berdoa. Tapi nanti bila dah dapat apa yang dicari dan ditunggu nanti, mintak tolong sangat-sangat, jangan pulak terus berhenti berdoa pulak ye. Teruskan dengan doa supaya dicepatkan perkahwinan dan dijauhkan maksiat. Insha Allah selamat.

Oklah, berhenti bersyarah la. bebel je kan. Ermmmm, nk bagi tengok gambar sikit sekitar majlis pernikahan dan perkahwinan aku pada 16 dan 17 Ogos lepas dan majlis bertandang 24 Ogos lepas.

14 dan 15 Ogos 2014 - Majlis persiapan.

Majlis katering jadi takde apa yang perlu dibuat sangat sebab semuanya katering dah uruskan. Jadi cuma siapkan hal lain seperti hantaran, goodies bag, pelamin. Sebut pasal pelamin dan baju pengantin semuanya idea oleh adik lelaki dan perempuan aku. Pelamin dan hantaran hasil kreativiti adik sepenuhnya.

Bunga rampai in making
Dulang untuk hantaran
Bunga telur hadiah daripada Lily, kawan Mimi
1000 pcs muffin untuk goodies bag tetamu.
Inai instant tak berapa merah la. :(
Yati, sepupu tolong cari dan buatkan inai daun barulah merah.
Selalu pakai inai hentam keromo kali ni berselotape bagai.
Tempat paling comel Adik buat untuk batal air sembahyang dan photo booth.
Pemandangan sisi pelamin.
Tema warna kuning dan putih.
Yellow and white theme for Linda's wedding.
Kerusi dan bantal pelamin.
Persalinan nikah.
Signange hasil rekaan Adik.
Bunga manggar pun warna kuning dan putih.
Guestbook hasil tangan aku dan Adik.
Guestbook ni Kak Zura yang beria-ia mintak tetamu tulis.
Cadar ni memang klasik. Cadar masa Arwah Mak dan Arwah Abah guna masa mereka nikah dulu, dan sekarang Kak Long pulak yang guna selepas 31 tahun.

16 0gos 2014 - Majlis pernikahan

Majlis nikah berlangsung di rumah. Segala-galanya adik, Mimi dan mak-mak saudara yang tolong uruskan. Adik siap ambil pasukan silat dari Masjid Tanah. Dia cakap sebagai kenang-kenangan.

Berdebar nak tunggu waktu nikah.
Pengapit yang sentiasa disisi, Dayah Anuar. Sejurus lepas nikah.Sah jadi isteri kepada En. Suami.
 
Pembatalan air sembahyang. Allah je yang tahu macam mana perasaan waktu ni.
Terkejut-kejut tengok budak-budak ni bersilat. Hebat!
Majlis berinai kecil. bersanding untuk saudara mara.

17 Ogos 2014 - Majlis persandingan

Goodies bag yang disiapkan pada malam semalam.
Kanopi kecil untuk P.A System. Tiada deejay hanya pasang lagu yang Adik pilih.
Ruang guestbook untuk tetamu.
Ruang untuk bergambar.

Ruang masak katerer.
Ruang makan para tetamu.
Sebelum majlis bermula dalam jam 10 pagi, buat majlis khatam.Bibik Esah yang beria-ia suruh aku khatam walaupun masa kecik dulu da khatam.
Adik dan Mimi yang sentiasa sayang dan buat yang terbaik untuk Kak Long.
Meja makan tetamu, tempeyek tu sponsor oleh Mak Long Konteng. Tempeyek paling sedap kat Pt. Penghul ni.
Ruangan lauk pauk oleh pihak katerer. Sangat puas hati dengan Nanti Jaya Katering Batu Pahat. Lauk pauk sangat sedap dan sangat memuaskan.
Persalinan  sanding.
Bersiap sambil tunggu En Suami tiba.
Akhirnya En Suaami tiba tepat jam 1 petang.
Pertama kali tangan digenggam dan dipimpin oleh En Suami.
En Suami dan pengapitnya dikenankan tol oleh sepupu dan mak-mak saudara.
Majlis bersanding dan menepung tawar oleh tetamu.Masa ni terasa macam ayam, hihi, teringat ceramah Ust. Ahar Idrus.:)
Bersama Adik dan Mimi. Penat dorang berdua ni.
Makan beradap, masa ni cover-cover makan sebab ramai orang tengok.haha.
Kawan-kawan masa kat Maahad Assayidah Khadijah Merlimau dulu. Lama tak jumpa dorang ni. Seronok bila jumpa dorang.
My precious handsome little brother. Maaf dah ada orang punya ye. :)
Seronok sebab anak-anak tadika pun ramai yang datang, tapi tak dapat nk bergambar dengan semuanya. Yang ni Danisha dan adiknya Danish.
Yang ni pulak si Kakak, Aisya Humaira. Abang dia Adam segan nak bergambar.Geram betul.
Yang palin seronok dan tak dapat dilupakan, Alya. Sanggup datang dari JB untuk celebrate my day. Tq so much Yaya. Dia tidur dan teman aku sepanjang hari.
Juga merangkap photographer untuk semua gambar-gambar aku. Sayang Yaya sangat!
Harap Adik dan Mimi dapat terima apa jua keadaan sekarang sebab keluarga kita dah bertambah dengan Abang Long.

Dan In Shaa Allah 8 bulan dari sekarang, seorang lagi ahli keluarga baru akan hadir dalam keluarga kita dan semoga kehadirannya akan memeriahkan lagi keluarga kita. Alhamdulillah dan syukur sangat dengan rezeki Allah. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga ye.

Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kami dengan rahmat, kasih sayang, cinta sejati, rezeki dan maghfirahMu dalam rumahtangga dan keluarga ku. Biarlah kami terus berkasih sayang hingga ke SyurgaMu.

Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...