Monday, September 29, 2014

HaRi BaHaGiAKu

Assalamualaikum w.b.t

Aku masih di sini. Diberi kesihatan yang sihat dan sejahtera oleh Allah. Syukur walhamdulillah.
Kehidupan seperti biasa perjalanannya. Diberi Allah dengan sedikit nikmat hidup berumahtangga.
Alhamdulillah aku selamat bergelar seorang isteri pada 16 Ogos 2014. Menjadi seorang isteri kepada seorang suami adalah satu pengalaman atau moment yang begitu indah apatah lagi aku bercinta dan mengenali suami selepas nikah. Betul lah apa yang orang cakap, bercinta selepas nikah lagi rasa bahagia dan seronok daripada bercinta bagai nak rak sebelum nikah.Yela, dah halal kan. :)

Adik-adik perempuan yang mana baca blog ni, yang sedang mencari pasangan teruskan pencarian anda tapi disertakan dengan niat dan tawakal sepenuh hati bahawa Allah ada mengirimkan kita seorang pemimpin dan pelindung. Sabar dan terus berdoa. Tapi nanti bila dah dapat apa yang dicari dan ditunggu nanti, mintak tolong sangat-sangat, jangan pulak terus berhenti berdoa pulak ye. Teruskan dengan doa supaya dicepatkan perkahwinan dan dijauhkan maksiat. Insha Allah selamat.

Oklah, berhenti bersyarah la. bebel je kan. Ermmmm, nk bagi tengok gambar sikit sekitar majlis pernikahan dan perkahwinan aku pada 16 dan 17 Ogos lepas dan majlis bertandang 24 Ogos lepas.

14 dan 15 Ogos 2014 - Majlis persiapan.

Majlis katering jadi takde apa yang perlu dibuat sangat sebab semuanya katering dah uruskan. Jadi cuma siapkan hal lain seperti hantaran, goodies bag, pelamin. Sebut pasal pelamin dan baju pengantin semuanya idea oleh adik lelaki dan perempuan aku. Pelamin dan hantaran hasil kreativiti adik sepenuhnya.

Bunga rampai in making
Dulang untuk hantaran
Bunga telur hadiah daripada Lily, kawan Mimi
1000 pcs muffin untuk goodies bag tetamu.
Inai instant tak berapa merah la. :(
Yati, sepupu tolong cari dan buatkan inai daun barulah merah.
Selalu pakai inai hentam keromo kali ni berselotape bagai.
Tempat paling comel Adik buat untuk batal air sembahyang dan photo booth.
Pemandangan sisi pelamin.
Tema warna kuning dan putih.
Yellow and white theme for Linda's wedding.
Kerusi dan bantal pelamin.
Persalinan nikah.
Signange hasil rekaan Adik.
Bunga manggar pun warna kuning dan putih.
Guestbook hasil tangan aku dan Adik.
Guestbook ni Kak Zura yang beria-ia mintak tetamu tulis.
Cadar ni memang klasik. Cadar masa Arwah Mak dan Arwah Abah guna masa mereka nikah dulu, dan sekarang Kak Long pulak yang guna selepas 31 tahun.

16 0gos 2014 - Majlis pernikahan

Majlis nikah berlangsung di rumah. Segala-galanya adik, Mimi dan mak-mak saudara yang tolong uruskan. Adik siap ambil pasukan silat dari Masjid Tanah. Dia cakap sebagai kenang-kenangan.

Berdebar nak tunggu waktu nikah.
Pengapit yang sentiasa disisi, Dayah Anuar. Sejurus lepas nikah.Sah jadi isteri kepada En. Suami.
 
Pembatalan air sembahyang. Allah je yang tahu macam mana perasaan waktu ni.
Terkejut-kejut tengok budak-budak ni bersilat. Hebat!
Majlis berinai kecil. bersanding untuk saudara mara.

17 Ogos 2014 - Majlis persandingan

Goodies bag yang disiapkan pada malam semalam.
Kanopi kecil untuk P.A System. Tiada deejay hanya pasang lagu yang Adik pilih.
Ruang guestbook untuk tetamu.
Ruang untuk bergambar.

Ruang masak katerer.
Ruang makan para tetamu.
Sebelum majlis bermula dalam jam 10 pagi, buat majlis khatam.Bibik Esah yang beria-ia suruh aku khatam walaupun masa kecik dulu da khatam.
Adik dan Mimi yang sentiasa sayang dan buat yang terbaik untuk Kak Long.
Meja makan tetamu, tempeyek tu sponsor oleh Mak Long Konteng. Tempeyek paling sedap kat Pt. Penghul ni.
Ruangan lauk pauk oleh pihak katerer. Sangat puas hati dengan Nanti Jaya Katering Batu Pahat. Lauk pauk sangat sedap dan sangat memuaskan.
Persalinan  sanding.
Bersiap sambil tunggu En Suami tiba.
Akhirnya En Suaami tiba tepat jam 1 petang.
Pertama kali tangan digenggam dan dipimpin oleh En Suami.
En Suami dan pengapitnya dikenankan tol oleh sepupu dan mak-mak saudara.
Majlis bersanding dan menepung tawar oleh tetamu.Masa ni terasa macam ayam, hihi, teringat ceramah Ust. Ahar Idrus.:)
Bersama Adik dan Mimi. Penat dorang berdua ni.
Makan beradap, masa ni cover-cover makan sebab ramai orang tengok.haha.
Kawan-kawan masa kat Maahad Assayidah Khadijah Merlimau dulu. Lama tak jumpa dorang ni. Seronok bila jumpa dorang.
My precious handsome little brother. Maaf dah ada orang punya ye. :)
Seronok sebab anak-anak tadika pun ramai yang datang, tapi tak dapat nk bergambar dengan semuanya. Yang ni Danisha dan adiknya Danish.
Yang ni pulak si Kakak, Aisya Humaira. Abang dia Adam segan nak bergambar.Geram betul.
Yang palin seronok dan tak dapat dilupakan, Alya. Sanggup datang dari JB untuk celebrate my day. Tq so much Yaya. Dia tidur dan teman aku sepanjang hari.
Juga merangkap photographer untuk semua gambar-gambar aku. Sayang Yaya sangat!
Harap Adik dan Mimi dapat terima apa jua keadaan sekarang sebab keluarga kita dah bertambah dengan Abang Long.

Dan In Shaa Allah 8 bulan dari sekarang, seorang lagi ahli keluarga baru akan hadir dalam keluarga kita dan semoga kehadirannya akan memeriahkan lagi keluarga kita. Alhamdulillah dan syukur sangat dengan rezeki Allah. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga ye.

Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kami dengan rahmat, kasih sayang, cinta sejati, rezeki dan maghfirahMu dalam rumahtangga dan keluarga ku. Biarlah kami terus berkasih sayang hingga ke SyurgaMu.

Wallahualam,

Friday, June 13, 2014

BeGiTu LaMa

Assalamualaikum w.b.t

Really miss you! Begitu lama aku bertapa, baru hari ni aku berjaya memunculkan diri. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah. Lama tak menjengah apatah lagi menulis blog ni. Ada sesiapa yang rindu tak?hehehe.

Alhamdulillah, kerja seperti biasa. Mengajar dan belajar menjadi guru terbaik buat anak-anak. Mereka belajar dengan kita dan kita belajar dengan mereka. Give and take!








Sepanjang cuti sekolah ni, sekolah buat Kem Sains dan memasak bersama mereka. Keletah yang kadangkala buat aku geram jugak la. Biasalah anak-anak ni kalau dah bermain tak ingat dunia kat mana mereka berada. Yela, mereka bukan macam kita yang dewasa ni kan, semua main balun je. Takde malu dan tak perlu fikir apa-apa, yang penting dapat main, dapat makan, dapat tidur..Ketawa senyum bila dapat main, menangis bila kena marah....Seronok jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir macam-macam perkara. Tapi peluang jadi kanak-kanak hanya sekali seumur hidup. Apa yang kita akan lakukan jika kita dapat peluang jadi kanak-kanak semula??? Soalan cepugangsa ni...Fikir-fikirkan ye.

Semakin berdebar-debar sebab tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi majlis. Busu dan Mak Usu orang yang paling banyak sibuk tolong aku dan adik-adik buat persiapan dan bagi tunjuk ajar apa yang patut. Almaklumlah kami dah takde Mak Abah kan, orang tua yang nak bagi tunjuk ajar da takde. Alhamdulillah ada lagi yang sudi membantu dan rasa risau sebagai orang tua dalam buat majlis besar macam ni. 

Selepas ni tanggungjawab makin besar, harap-harap badan saya takkan bertambah besar ye.huhuhu.... Just kidding. Lepas ni sekali lagi kehidupan aku akan pusing 360 darjah. Ya Allah berikanlah aku kebahagiaan dunia dan akhirat bersama dia dan berikan kebahagiaan kepada kedua-dua adikku juga Ya Allah. Semoga bahagia itu milik kami Ya Allah.


Rumah sedang berhabuk-habuk. Tinggal gambar-gambar ni je kenangan rumah Arwah Mak dan Abah sebab kami adik beradik berpakat ubahsuai sikit demi sikit. Tak lama lagi akan bertambah ahli keluarga lain kan. Harapan aku agar kami dapat hidup harmoni dan sepakat. In Shaa Allah...


Tahun pertama berpuasa tanpa Mak dan tahun kedua berpuasa tanpa Abah. Tak tau macam mana keadaan tu nanti tapi doakan semoga kami diberi kekuatan. Sama-sama kita imarahkan Ramadhan kali ni dengan penuh kesyukuran dan amal ibadat berpanjangan sebab kita masih ada peluang untuk berpuasa lagi. Selamat menyambut Ramadhan dan semoga puasa kita tahun ni akan lebih barakah In Shaa Allah..


Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...