Thursday, December 27, 2012

MeMori 2012


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku dengan keadaan sihat walafiat dengan izin Allah masih di sini. Lagi beberapa hari kita akan meninggalkan tahun 2012 dan akan menempuh tahun yang baru 2013 yang semestinya akan lebih mencabar. Dengan pertambahan umur yang semakin matang diikuti baki umur yang semakin sedikit, diharapkan semoga kita akan lebih matang tentang kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang akan berlaku pada kita nanti dan diharapkan semoga perkara yang baik akan kita lalui In Shaa Allah.....
2012 adalah tahun yang sangat menduga dan mencabar bagi aku. Tahun yang penuh dengan ujian daripada Allah. Tahun yang banyak mengajar aku erti hidup dan pengalaman yang sangat berharga. Namun aku bersyukur kerana dengan semua itu, aku semakin kenal diri sendiri dan In Shaa Allah akan berusaha perbaiki segala kekurangan....
 In Shaa Allah segala cabaran pada hari mendatang akan buat kita jadi lebih menjadi tabah dan matang untuk menghadapi segala masalah. Masalah pasti akan sentiasa ada dan takkan pernah habis. Orang kata, hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Jangan takut dengan masalah sebab dengan masalah kita akan lebih faham dan kenal diri sendiri dan orang sekeliling yang mana akan sentiasa bersama kita. Setiap hari kita akan menghadapi masalah, kadangkala kita sendiri yang bawa masalah tu, tapi kadangkala orang lain yang datangkan masalah tu. Apa yang boleh kita lakukan adalah jangan terlalu banyak berfikir dan sentiasa hadapinya dengan tenang dan letakkan sandaran kepada Allah, In Shaa Allah kita akan berjaya selesaikannya.....

 Sentiasa belajar memahami masalah dan kehendak orang lain. Jangan mementingkan diri dan mengguriskan hati orang lain. Kita tak boleh baca hati dan fikiran orang lain tapi kita boleh mencuba menjaga dan memenangi hati orang lain. Bila orang senang dengan kita, In Shaa Allah segalanya akan jadi lebih manis dan hubungan silaturrahim akan sentiasa dalam barkahNya. Dosa dan kesalahan dengan orang ni susah kita nak  diampunkan, selagi orang yang kita sakiti tu tak ampunkan , maka selagi itulah kita akan sentiasa rasa bersalah. Kalau boleh biarlah tahun 2013 nanti akan lebih ceria dan luar biasa dan memori-memori sedih tu kita tinggalkan dengan seribu kenangan dalam hidup....

 Setiap hari kita perlu belajar benda baru tak kiralah belajar dari mana pun asalkan kita boleh belajar. Belajar memasak, belajar menjahit, dan macam-macam lagi. Belajar jadi orang yang lebih baik pun dikira belajar juga dan belajar cara nak buat promosi dan kenalkan orang lain dengan Herbalife pun kita belajar. Belajar memahami ragam manusia, perangai manusia, dan lebih utama belajar untuk jadi lebih sabar dan kuat semangat. Bab ni memang tiada siapa yang boleh tolong melainkan kita yang nak tolong diri sendiri....
Bukan semua orang ditakdirkan untuk jadi pemimpin dan bukan semua orang ditakdirkan hanya untuk dipimpin. Kita kena timbal balik dan seimbangkan segalanya mengikut keadaan yang sepatutnya. Kadang-kadang kita perlu jadi pemimpin dan kadangkala kita juga perlu dipimpin. Apa-apa pun kita letakkan semuanya pada asas diri kita. Jika niat kita untuk memimpin sesuatu ke arah kebaikan, In Shaa Allah, Allah akan permudahkan. Tapi harus dengan sifat-sifat selayaknya seorang pemimpin. Renungilah kata-kata Jim Rohn seorang pakar motivasi perniagaan terkenal dunia. Boleh jadikan prinsip dalam Herbalife ni....:)

Semoga segala memori 2012 akan sentiasa terpahat dalam hati. Apa yang baik akan diteruskan dan apa yang kurang baik akan ditinggalkan dan jadikan sebagai sempadan hidup dan jangan sesekali ulanginya. Hargailah apa yang kita ada selagi benda tu ada di depan mata, jangan nanti kita menyesal kemudian hari bila kita dah benar-benar kehilangan untuk selamanya. Peluang takkan datang berkali-kali, maka yang sekali inilah perlu kita hargai....

Tinggalkan dan sangkutkan segala kesedihan dan kepedihan di belakang sebagai memori dan semoga perjalanan pada masa akan datang akan lebih bermakna. Selagi kita belum diambil oleh Allah maka selagi itulah kita pegang amanah hidup, jadi laksanakan dengan baik untuk mendapatkan 3 nikmat dalam hidup iatu nikmat kesihatan, nikmat kehidupan dan nikmat rohani. 

3 nikmat hidup di dunia adalah nikmat kesihatan iaitu kita perlu jaga kesihatan diri sendiri dan orang-orang yang kita sayang dengan sebaiknya. Nikmat kehidupan pula ialah kita merasai "hidup" dengan buat perkara yang kita suka dan beli apa yang kita mampu beli. Hayati dan gembira dengan nikmat hidup sebaiknya. Manakala nikmat rohani pula ialah kita tak lupa tanggungjawab pada mereka yang memerlukan dan juga tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta. Kaya harta takkan bermakna tanpa kaya jiwa!!!

Diharapkan semoga kita akan sentiasa dapat apa yang kita inginkan, bukan hanya keinginan duniawi semata-mata tapi keinginan ukhrawi perlu diseimbangkan juga. Pasang azam yang sebaiknya dan jangan alpa dan leka dengan satu keinginan dengan melalaikan keinginan yang satu lagi tu ye... Walaupun azam tahun 2012 ada yang belum tercapai tapi aku akan bawa azam tu untuk tahun 2013. 

In Shaa Allah, jumpa lagi nanti pada entri tahun 2013 dan kepada pembaca linlone.blogspot.com semua terima kasih untuk email teguran dan sokongan anda.Tegurlah diri ini andai ada kesilapan yang saya lakukan untuk setiap entri yang saya "post". 

Selamat tinggal 2012, Selamat datang 2013!!!

Wallahualam

Linlone:)

Thursday, December 13, 2012

KeNtAL SeMaNgAt


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni cuma nak cerita pasal "Kental Semangat" ataupun "Semangat Yang Kental". Dalam menjalani kehidupan, kita pasti akan mendepani pelbagai halangan dan ujian kerana itulah warna-warni hidup. Kadangkala ujian itu terlalu berat dan lama perlu kita tanggung dan adakala ujian itu hanya datang menjengah sementara namun kesannya amat besar dalam perubahan hidup kita. Kata pepatah:
                                          "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, 
                                          bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". 
Ikut pepatah Melayu ni memang ada benarnya kerana usaha yang kita taburkan untuk sesuatu adalah hasil untuk kita dapatkan sesuatu. Kita kena kerja kuat dan bersusah payah supaya kita akan hidup senang nanti. Kita kena buat kerja "Overtime", siapkan kerja sebelum "dateline" dan macam-macam lagi kerja yang memenatkan kerana kita inginkan kenaikan pangkat, penghargaan dan kerana tanggungjawab. Cuba bayangkan jika dapat kenaikan pangkat, pastilah tingkat gaji akan naik kan, jadi pastilah setimpal dengan usaha yang kita berikan. Jadi susah payah kita tadi terbalas kan. Jika kita kental semangat pasti kita akan mengharungi dengan penuh ketabahan dan kepercayaan untuk mendapatkan keberkatan rezeki daripada kerja yang kita lakukan. Namun, jika kita kalah dengan diri, kita akan terjebak dengan pelbagai perkara yang mendorong kita melakukan kemaksiatan dunia, Allahu Akhbar! 

Sepanjang aku jadi Coach Herbalife ni, macam-macam ragam aku jumpa. Ada yang kuat semangat, ada yang lemah semangat dengan godaan makanan! Hehehe.....Itu semua terpulang kepada kekentalan semangat kita untuk mencapai berat badan yang kita inginkan. Ada yang berusaha bersenam sebagai tambahan usaha untuk cepatkan proses penurunan dan ada yang perlahan proses penurunan mereka. Tapi apa-apa pun mereka tetap berusaha sebab mereka dah nampak apa yang mereka inginkan. Itulah membuktikan kekentalan semangat. Berusaha dan tak berputus asa. In Shaa Allah nanti di entri lain, aku akan cerita dan post gambar testimoni semua para pelanggan aku, In Shaa Allah semua materialnya akan aku cuba kumpulkan secepatnya. . 

Aku mengaku bahawa keyakinan diri aku masih rendah. Aku akan berusaha yakin dengan diri dan perbaiki diri menjadi coach Herbalife yang lebih baik dari masa ke masa supaya aku dapat menolong orang lain dapat apa yang mereka inginkan. Aku tidak punya wang yang banyak yang boleh aku hulurkan untuk menolong mereka tapi aku mempunyai cara dan produk untuk menolong mereka. Inilah sahaja cara aku dapat menolong mereka yang ingin menolong diri mereka sendiri. Subhanallah, perkara paling menakjubkan aku rasa adalah bila jumpa pelanggan, dia turun berat atau naik berat dan beberapa masalah lain hilang dengan izin Allah. Masa tu, aku rasa macam "happy gila"! Aku dah dapat menyelesaikan masalah mereka dengan izin Allah. Tapi kadangkala, aku kena jugak perli dan kata-kata yang kurang "best" kalau dia makin sakit dengan Herbalife. Aku hadapi dengan gementar dan putus asa sangat-sangat. Tapi aku percaya, satu hari orang yang perli tu adalah orang yang akan jadi "berlian" aku dalam Herbalife...In Shaa Allah....

Awak tahu tak, orang yang nak turunkan berat badan ni dan jika dia berjaya dapat berat ideal, dia adalah seorang yang kuat dan kental semangatnya kerana dia melawan keinginan nafsu makan melebihi segalanya. Jika dulu dialah penggemar KFC, tapi sekarang dia akan fikir beratus-ratus kali akibat daripada makan KFC tu. Subhanallah hebat mereka ni! 
Mereka akan berusaha seorang diri untuk melawan nafsu makan , semuanya atas keinginan mereka. Mereka tahu masa bila mereka memerlukan coach untuk duduk berbincang dan selalu bertanya dengan coach mereka apa yang perlu mereka buat jika berat lambat turun. Inilah ciri-ciri orang yang serius dengan diri mereka sendiri. 

Kalaupun belum dapat berat ideal tapi mereka tak malu untuk menolong orang lain pula. Malahan mereka adalah orang paling bersemangat untuk jadikan orang lain seperti mereka kerana mereka telah melalui fasa daripada gemuk menjadi kurus. Jika mereka yakin mereka boleh, pasti yang lain juga boleh!

Aku adalah orang yang kuat! Wanita adalah Hamba Allah yang unik dan kuat! 

Ini adalah orang yang sangat memberi semangat! Seorang yang sangat kental semangatnya dan tak peduli dengan apa orang cakap sebab dia kenal diri dia lebih daripada orang lain kenal dia. Dialah yang pertama kenalkan aku dengan Herbalife sebab dia taknak pakai baju XXXL lagi. Apatah lagi kasut pun dah kena cari Extra Large! Ini adalah gambar sebelum dia ambil Herbalife, berat mencecah 119kg...Nak Tengok gambar terbaru dia tak? 

10

^
^
^
^
^


9

^
^
^
^
^


8

^
^
^
^
^


7

^
^
^
^
^


6

^
^
^
^
^


5

^
^
^
^
^


4

^
^
^
^
^


3

^
^
^
^
^


2

^
^
^
^
^

1
TADAAAA......
Sesiapa yang nak mengalami perubahan seperti dia secara sihat dan bernutrisi, boleh hubungi dia nombor yang tertera kat kereta dia tu ye. Masih dalam proses dan In Shaa Allah kita sama-sama doakan agar dia dapat berat ideal dia 57kg nanti ok... Aamiin

Jika Mimi boleh kita semua pun boleh, apa yang penting cumalah kita perlu kuat dan kental semangat, jangan putus asa walaupun proses penurunan tu lambat...

Semoga setiap hari kita adalah hari yang terbaik untuk kita!

Wallahualam. 

Linlone:)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...