Sunday, August 28, 2011

SaLaM LeBaRaN 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia
Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa
Setahun menghilang sekarang menjelang
Hari yang bahagia Selamat Hari Raya...

Salam Aidilfitri dan rasa sedih sgt sbb Ramadan dah nak berakhir...
Harap dipanjangkan umur dpt jumpa lagi Ramadan tahun depan, Insyaallah...
2 minggu selepas raya, aku kena pulun utk temuduga dan berharap agar ni Raya terakhir aku sebagai penganggur...
Semoga raya kali ni akan lebih bererti dan membawa sinar dlm kehidupan aku dan kita semua....
Lebih2 lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara ke 54 tahun. Semoga negara kita akan sentiasa makmur kerana kita semua sayangkan negara ni akan hidup harmoni bersama selamanya, Amin....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54 Malaysia!

Friday, August 12, 2011

KaSiH BeNaR KaSiH - aLeYa AnEeSa


Tajuk : Kasih Benar Kasih
Novelis : Aleya Aneesa
Terbitan : Alaf 21 tahun 2011
Bil. m/s : 496
Tagline : " Awak ni comel macam arnab sayalah." Dr. Dinzley



Ini kali pertama aku baca novel karya novelis Aleya Aneesa ni. Walaupun da byk jgk la rasanya karya beliau diterbitkan, inilah kali pertama aku mendekati karyanya. Aku bukanlah pakar dalam penulisan dan aku amat cemburu pd mereka yg dianugerahkan kelebihan ini. Apa yg aku boleh lakukan, adalah meneruskan membaca dan menyokong setakat termampu karya novelis tempatan dgn review spya mudah aku ingat jalan ceritanya nanti...

Kisah kena kahwin atas pilihan orang tua menjadi intipati dan rencah utama dlm novel ni. Kisah biasa yg sering diutarakan dlm cerita novel mahupun drama2 tempatan la. Tapi apa yg lebih menarik lagi ttg novel ni adalah kisah yg terjadi antara 2 watak utamanya iaitu Annura Farahin dan Dr. Dinzley Amrin. Dek krn nak merapatkan hubungan persahabatan antara Emran dan Safura dan Nurlaila dan Idham, Annura dan Dinzley terpaksa berkenal-kenalan. Sweet kan takdir jodoh macam ni, tak payah pening2 nak mencari. Dah ada depan mata, tp yg payahnya pulak bila sebarang keputusan melibatkan ibu bapa masing2. Mestilah serba salahkan....

Jom baca review aku pasal novel ni....>>>>>>.

Mula2 baca, novelis bawa kita prolog yg mana seorang gadis yg dihambat kekecewaan mengubat duka di tepi pantai dan ingin menanam semua kenangan lalu di situ. Setiap tingkah lakunya dilihat jelas oleh seorang lelaki yg kemudian mengambil kenangan tu...Kemudian, kisah antara Annura dan Dr. Dinzley seorang doktor veteriner dipaparkan. Mereka berkenalan atas desakan ibu bapa masing2.
Mulanya Annura memang jengkel dgn sikap Dinzley yg sering mempermainkannya sehingga Annura geram setiap kali bertemu. Masing2 tidak mengatakan "tidak" apabila diasak oleh ibu bapa mrk ttg hubungan yg akan dijalinkan ini. Hubungan mereka bertambah baik sehinggalah Annura nekad meneruskan perhubungan mrk ke tahap yg lebih serius dn menerima kehadiran Dinzley dlm kehidupannya. Kehadiran Syirin, kekasih lama Dinzley yg menghilangkan diri menggugah kepercayaan Annura apabila Dinzley ingin menangguhkan perkahwinan mrk yg akan berlangsung tak lama saja lagi. Rupa-rupanya Syirin ada agenda sbb tak mahu kehilangan Dinzley. Annura tetap nekad menerima Dinzley sbg suaminya wlwpn hatinya terlalu duka utk menerima Dinzley sbg suami. Kesabaran Dinzley melayan dendam Annura benar2 mengujinya, kedinginan Annura ttp perlu dilayan krn inilah harga yg perlu dibayar akibat memungkiri janjinya dahulu...

Sedutan babak menarik dalam Kasih Benar Kasih m/s 239-240:

Dinzley : Nanti, kita nk pakai baju apa masa bersanding?
Annura : Lama lagi, kan?
Dinzley : 4 bulan awak kata lama?
Annura : Tak lama, eh? Kita pakai warna biru boleh?
Dinzley : Biru? Alahai...Saya tak suka birulah. Kita pakai warna hijau ajelah.
Annura : Saya tak suka hijaulah.
Dinzley : Saya tak suka biru.
Annura : Saya tak suka hijau! Macam katak pisanglah. Tak kira!
Dinzley : Ah... Saya tetap tak peduli!

Whoops>>>>> Sweet kan....

Thursday, August 11, 2011

MaNiSnYa CiNtA - aNiS aYuNi


Tajuk : Manisnya Cinta
Novelis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21
Bil. m/s : 576
Tagline :Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini?

Dah lama sebenarnya aku cari novel ni. Macam ada kuasa magnet yg menarik2 aku nk novel ni. Dan hasilnya, baru kini jadi milik aku selamanya. hahaha... happy sgt2 nih!
Tak menghampakan sbb novel ni mmg bermutu la. Baik dpd watak yg dicipta oleh novelis ni hinggalah jalan ceritanya. Sense of humour jgk byk dlm novel ni kdg2 tersengih bak kerang busuk. Aku baca waktu teman mak dialisis. Almaklumlah 4 jam sampai khatam satu novel ni.

Meh aku cerita sikit ttg watak2 yg terdapat dlm novel ni. Ifti Liyana, penggerak utama dan tunjang dlm cerita ni. Aku bayangkan dia ni sgt comel sbb ada lesung pipit lagi. Sbb tu Nazmi hero pujaan Malaya dlm cerita ni lah kan terpikat tertawan dgn Ifti ni. Pada mulanya penampilan si Nazmi ni selebet jgk la, berselipar jepun, baju dan seluar pn ada tercarik sana sini, haaa.... dpt bygkan tak? tapi sebenarnya dia ni adalah seorang... jeng...jeng...jeng....tapi bagus gak la cara dia nak tackle si Ifti ni kan....
Watak2 lain yg menyokong sgt2 membantu jalan cerita ni. Macam Alfredo, Izelea, Adura, Aiman, Abg Bakhtiar dn lain2 watak lagi.
Cerita ni bermula jadi best bila adik Ifti, Izelea bertunang. Masa tu, Ifti dah kembali solo bila dia berpisah dengan Alfredo.Fredo ni pulak kahwin dgn Juita. Lgpun, masa Ifti berhubungan dgn Fredo, perasaan dia utk Fredo ni tak ubah macam kawan je. Sbb tu, Ifti ni tak frust menonggeng sgt pun...
Ifti dgn abang ipar dia, iaitu Bakhtiar ada simpan 1 rahsia. Perangai si Bakhtiar ni terhadap kakak Ifti, iaitu Aida. Sampaikan Ifti macam menyampah dan Bakhtiar pulak tersegan-segan bila berhadapan dgn Ifti. Nak tau rahsia apa, kenalah baca ek....
Selepas kematian Aida, Ifti dan Izelea yg jaga anak-anaknya dan mereka memanggil keduanya mama. Memang patut pun kan sbb dorang ni masih kecil dan perlukan belaian seorang ibu. Ifti sekeluarga sgt sygkan dorang...
Kisah percintaan dlm novel ni pulak terjadi bila Ifti dan Nazmi berkenalan kerana puding dan seterusnya terjadi pertemuan2 lain hingga membibitkan rasa rindu dlm diri masing2. Yg bestnya, Nazmi ni ckp dia keje pemandu bas tapi kan dia ni pandu bas lain tau.Kelakar tau kisah dorang ni. Macam besa, happy ending story...Like it!hehehe
Ada plot yg mmg rasa geram sgt2 tp utk keseluruhannya ok dan kreativiti novelis ni diperkemaskan lagi dgn watak2 yg ada dalam novel ni... Novelis ni memang kegemaran aku dan nanti aku akan review lg novel novelis ni....daaaaaa....






Wednesday, August 10, 2011

SeLeNa GoMeZ - WhO SaYs


I wouldn't wanna be anybody else.
Hey!
You made me insecure,
Told me I wasn't good enough.
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough.
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself.
But when it comes to me,
I wouldn't wanna be anybody else.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na
I'm no beauty queen.
I'm just beautiful me.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You've got every right
To a beautiful life.
C'mon on!

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you.
You tell 'em what you mean,
But they keep whiting out the truth.
It's like a work of art
That never gets to see the light.
Keep you beneath the stars,
Won't let you touch the sky.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na
I'm no beauty queen.
I'm just beautiful me.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You've got every right
To a beautiful life.
C'mon on!

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Who says you're not star potential?
Who says you're not presidential?
Who says you can't be in movies?
Listen to me, listen to me.
Who says you don't pass the test?
Who says you can't be the best?
Who said?
Who said?
Won't you tell me who said that?
Yeah, oh
Who said?

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says your not beautiful?
Who says?


Nak lirik banyak lagi klik sini ek..... http://www.lyricsmode.com

Psttt>>>>>>>>>meh sini jap...
Aku suka lagu ni... Kira macam lagu motivasi jgk la. Aku bersyukur dgn apa yg ada dan aku anggap semua yg Allah bagi ni adalah anugerah yg tak ternilai bagi aku. Syukur Alhamdulillah... Siapa kata aku tak cantik? Siapa kata aku tak berharga? Tapi comel tetap ada. ahaks....Hrmmmmm.... Sbb aku adalah aku...

Monday, August 8, 2011

LaiLa MaNjA Tv3


Walla....
4pm-5pm adalah masa utkku tercongok depan tv, hehehe.. ntah apa yg merasuk aku xblh nk miss lgsung cite ni. Kalau miss aku cam sedih sangat, ahaks yela tu ek... Para pelakon dia pn xdela yg jadi faveret aku sgt pn tp mgkin jalan cerita yg terkesan lg2 dgn lakonan Ellie Suriati yg memang cam real bila dia dera Laila dan Manja tu. Tapi apa2 pun cam suka je tgk si Amar tu, hehehe....




Sinopsis drama siri ni>>>>>>
Laila dan Manja, 2 beradik yg jadi anak yatim bila mak dia meninggal dunia dan teruskan hidup bersama bapa mrk Mahmud. Mahmud ni keje dgn Dato Razali sbg pemandu. Oleh sbb dia kesiankan Laila dan Manja yg kesedihan dan kesunyian tanpa belaian seorang ibu jadi Mahmud pun berkahwin dgn Mastura. Apa yg diharapkan mrk tidak seindah yg disangka, Mastura mendera mrk scra fizikal jgk mental tapi apabila dihadapan Mahmud, Mastura melayan mrk dgn sgt baik.
Mastura seorang ibu tiri yg sgt jahat dan dia juga telah berlaku curang di belakang Mahmud dgn membuat hubungan bersama Azman semasa ketiadaan Mahmud. Azman pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Imran yg bekerja dgn Dato Razali. Pada suatu hari terjadi satu insiden di mana Azman dan Mastura tlh membunuh Mahmud dan kejadian itu disaksikan sendiri oleh Laila dan Manja. Mahmud sempat menelefon Dato Razali sblm menghembuskn nafas terakhir. Akhirnya Azman dibawa ke tali gantung dan menimbulkan dendam yg membara di hati Imran utk membalas dendam.
Sejak itu Laila dan Manja terpisah dan Laila tlh berjumpa Dato Razali dan tinggal bersama dia sekeluarga, manakala Manja pula hilang ingatan dn tlh dipanggil sbg Malik oleh Pak Mat yg menjumpainya. Laila tak disukai Atie anak Dato Razali dan akhirnya dia dihantar ke London.
Imran pula mempunyai rencana jahat utk menjatuhkan Dato Razali.
Apakah yg akan berlaku seterusnya? adakah Laila akan bertemu dgn Manja adik yg selama ini dicrinya? adakah Imran akan meneruskan rngn jahatnya apabila mengetahui kisah sebenar di sebalik kematian ayahnya? adakah hubungan antara Laila dan Azli akan berakhir dgn bahagia? ke manakah Atie membawa diri stlh malu dgn apa yg dilakukannya terhadp Laila dulu? apa niat Azie terhadap Azli sbnrnya?
Nantikan dan kita saksikan episod ni sampai habes ek.... Love this series!

Sunday, August 7, 2011

DuRiAn Oh DuRiAn

Amacam? Ada berani dgn bau durian ni? Aku memang penggemar durian ni. Kalau menghadap dgn Adik dan Mimi memanglah boleh habes selonggok, hahaha....
Alhamdulillah, aku tak termasuk dlm golongan org2 yg tak boleh makan mahu pun terbau durian ni. Syukur Ya Allah. Oleh sebab musim durian ni pun da nak habes, jd aku post pasal durian dan utk pengetahuan, sila lah klik di sini yer... Rupa-rupanya ada lebih drpd 100 jenis durian kat Malaysia ni. Wikipedia ni sgt berguna pada aku. Thanks wiki....
Ni gambar durian yg mak kata jenis durian kahwin. Rasanya pahit manis dan memang sgt sedap. Semerbak baunya, seenak rasanya....

Saturday, August 6, 2011

ReSePi gArLiC BrEaD vS SoSeJ KaCaNg PaNgGaNg


Menu berbuka utk hari ni. Alhamdulillah jadi jugak la garlic bread aku ni. Kira taste nya boleh tahan jugakla ikut selera aku. Adik pun tak komen apa2 so, memang boleh tahanlah. Resepi plg mudah dan bahan yg mudah didapati.

Let's check it out the recipe>>>>>>>

Garlic Bread:

Bahan-bahan:
Roti bantal @ roti perancis @ roti gardenia @ apa2 jenis roti la yg bersesuaian
3 ulas bawang putih tumbuk halus
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Satukan mentega dan bawang putih yg dah ditumbuk dan gaul rata.
2. Sapukan bahan tadi ke atas roti yg tlh dipotong ikut citarasa.
3. Bakar dalam oven selama 5-10 min @ bakar atas kuali @ toaster.
4. Sedia dihidang bersama sosej kacang panggang.

Sosej Kacang Panggang:

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar potong dadu
1 biji capsicum merah potong dadu
1 biji capsicum hijau potong dadu
1 tin kecil kacang panggang
1/2 cawan campuran sos tomato dan sos cili
10 batang sosej = sebungkus sosej dipotong serong
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan sosej dan goreng hingga garing.
3. Masukkan campuran sos dan kacau hingga sebati likatnya.
4. Masukkan capsicum dan gaul rata.
5. Masukkan kacang panggang dan biar masak sebentar.
6. Perasakan dgn sedikit garam dan sedia dihidang..

SaLaM RaMaDhAn 1432H


Salam Ramadhan al-Mubarak....
Da lama x update blog aku ni. Maklumlah bulan puasa ni macam2 benda nak buat, itu lah ini lah. Eh eh, mcm ada anak 10 plak aku ni. hehehe..

Apa2 pun, Alhamdulillah syukur ke hadrat Tuhan sekalian alam yg memiliki segala kesempurnaanNya, aku masih bernafas sehingga hari ni utk menikmati RamadhanMu sekali lagi ini. Semoga puasa dan segala amal ibadah kita diterimaNya, dan kita akan memanfaatkan sepenuhnya bulan barakah ini. Amin....

Alhamdulillah, da nk masuk seminggu kita berpuasa. Dan syukur sbb tahun ni aku dan mimi adikku dpt menunaikan terawih stlh beberapa tahun tak dapat. Sebelum ni kena ambil giliran teman embah (nenek) tapi memandangkan makcik ada teman dapatlah aku pegi surau tu. Solat berjamaah dan hati terasa sgt tenang. Syukur Ya Allah . Terimalah ibadah kami Ya Allah...

Setelah beberapa hari x bukak blog ni, akhirnya... I am back... Byk jugak la entri2 baru yg menurut perkiraan dan kesempatan yg ada nanti aku akan post, Insyaallah.... semoga Allah sntiasa memberi aku ruang dan kesempatan...Amin... oh ya, Happy Birthday buat kawan rapat ku yg baru je celebrate hari tua dia 3hb aritu. Semoga dia sentiasa dlm lindungan Allah dan semoga dia tabah hadapi apa jua cabaran dlm hidup ni.
Pesanan ikhlas utknya yg mengingatkan diri aku jugak >>>>Ingat awak, baki umur makin sedikit apabila bertambahnya umur kita... Gunakan kesempatan yg ada ni utk perbaiki diri dan sntiasa hargai apa yg ada bersama kita. Tak semua perkara indah itu manis dan tak semua perkara buruk itu pahit. Terpulang pada kita utk hadapinya, seperti kata awak ada hikmah yg berlaku dan mungkin kita akan dapat yg lebih baik.. Terima kasih kawan krn sentiasa menyokong dan masih bersama ku wlwpn keadaan diriku yg tak seberapa ni...

Akhir kalam, Selamat berpuasa kpd semua yer......

Friday, August 5, 2011

Stacy - KiSaH DoNgEnG

Kisah Dongeng
Nyanyian : Stacy
Lagu dan lirik : Edry Abd Halim

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Whoooops >>>>> Suka sgt lagu ni dan thanks to Mr. Edry Abd Halim yg menjadikan melodi lagu dan lirik yg sgt best mcm ni.... Harap dpt hasilkan lagu dan lirik lebih baik dpd ini di masa akan dtg...

Review lagu ni yg menurut aku>>>> Sukar nk dpt seorang yg akan menerima kita seadanya. Tiada satu manusia pun yg sempurna melainkan al-Khaliq pencipta yg Maha Esa. Jd kita memerlukan seseorang utk melengkapi hidup kita, yg akan menjadi pelengkap krn fitrah berpasangan adalah saling melengkapi. Tapi amat sukar utk kita temui insan yg benar2 akan bersama kita melayari kehidupan duniawi dan setia menjadi peneman akhirawi yg kekal abadi nanti. Dan sbb itulah, kita akan menganggap ini adalah cebisan kisah dongeng saja sehinggalah kita bertemu dgn pelengkap hidup kita nanti dan masa itulah tanggapan ini pasti akan berubah!
Anyway, I really love this song. thumbs up!

Link muat turun lagu klik di sini (thanks uploader 4shared - ct_kp00809)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...