Tuesday, November 27, 2012

BeRsYuKuR


Assalamualaikum w.b.t

Berkesempatan lagi menaip blog yang semakin suram sejak akhir-akhir ni. Maafkan aku ye Cik Blog sebab buat awak semakin sepi dengan entri-entri terkini. Alhamdulillah, kehidupan aku berjalan seperti biasa dengan pelbagai kenikmatan yang masih diberi oleh Allah. Memetik kata-kata seorang Ustaz di radio hari ini "Tanpa kekayaan hati, kekayaan dunia takkan dapat dinikmati apalagi untuk disyukuri". Masyallah, kata-kata ni benar-benar meresap dalam hati dan terkesima pada kata-kata Ustaz tersebut. Hati yang ikhlas, hati yang bersih dan hati yang baik akan menemukan kita pada seribu satu kebaikan malah dapat merasai kenikmatan hidup di dunia dan Insyaallah akhirat kelak dan sentiasa rasa kecukupan kerana akan selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki walaupun sedikit. Tapi jika hati penuh hasad, kebencian, iri hati dan segala sifat yang membuatkan hati kita kotor, kenikmatan dan kemanisan kehidupan di dunia akan sentiasa menjauh sebab hati akan sentiasa rasa amarah dan dengki berpanjangan dan sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang dimiliki apatah lagi ingin mensyukuri pemberian Allah. Betul tak?

Baru-baru ni ada berjumpa dengan anak buah mak, sebaya dengan aku dan dia mengutarakan persoalan tentang jodoh. Dia mengeluh sebab dia masih belum mempunyai teman istimewa atau seseorang yang boleh dijadikan suami. Keluhan tu, aku rasa amat berat dan dia seolah-olah sudah berputus asa dengan jodoh. Selalu berjumpa dengan jodoh yang salah dan perkara tu amat membimbangkan apabila dia fikir tentang umur yang kian meningkat. Apa yang boleh aku katakan padanya? Kerana aku sendiri dalam masalah yang sama. Tiada punya teman istimewa, tiada punya calon yang selayaknya untuk menjadi imamku. Aku juga takut dan serik dengan kejujuran seorang lelaki. Namun aku bersyukur sebab aku berpisah dan tidak meneruskan hubungan tersebut malah hari ini aku ingin sekali mengucapkan terima kasih padanya kerana dia, inilah aku sekarang! Aku menjadi semakin kuat, semakin bersemangat untuk bina kejaya, semakin berdikari dan semakin menyayangi diri aku sendiri. Semakin kita berani hadapi kenyataan, semakin kita akan berjumpa dengan hikmahnya. Namun jika kita semakin takut dengan kenyataan, kita akan selalu persoalkan hikmah tersebut. Bersyukur kerana kita dipilih untuk menghadapi ujian, bersyukur kerana kita adalah orang yang teruji jadi jangan mengeluh jika tiada sesiapa yang istimewa untuk kita kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk kita. Jodoh dan maut adalah rahsia Allah dan amat misteri untuk kita rungkaikan namun apa yang boleh dilakukan adalah terus berdoa dan bertawakal moga-moga akan ada kehidupan yang lebih baik dan bahagia untuk kita di dunia dan akhirat kelak, Insyaallah.....


Perasaan kasih dan sayang harus sentiasa dipupuk agar hubungan tersebut berkekalan, namun jika ketidakjujuran berlaku, pincanglah kasih sayang tersebut sehingga menghancurkan hubungan. Perbaiki diri sendiri, jaga hubungan dengan Allah dulu dan sepastinya Insyaallah Allah akan memberi sesuatu yang selayaknya untuk kita kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang....

Bukan susah untuk senang dan bukan senang untuk susah. Pokok pangkalnya adalah hati dan usaha berdoa sungguh-sungguh moga Allah perkenankan segala doa. Tapi perlu ingat, berdoa tanpa usaha tiada gunanya juga. Kena usaha betulkan diri agar jadi lebih baik untuk dapatkan yang terbaik dan perlu sentiasa positif dengan diri sendiri dan katakan pada diri sendiri setiap hari - "Aku sayang diri aku". Jadi bila kita sayang diri kita, kita takkan lakukan kerosakan untuk diri kita bahkan kita akan sentiasa cuba dapatkan dan lakukan yang terbaik untuk diri kita. 


Tiada siapa yang dapat ramalkan apa akan terjadi pada hari esok apatah lagi pada masa depan kan? Mungkin hari ini kita susah, siapa tahu esok kita akan senang dan mungkin hari ini kita senang, tak mustahil kita akan jadi susah esok. Segala-galanya boleh terjadi! Tapi jangan sesekali kita putus harap dengan tuhan sebab Allah tu kan Maha Tahu, tahu apa yang ada di langit dan di bumi. Yakin bahawa Allah adalah pengatur yang Maha Hebat. Itulah namanya Misteri kehidupan!


Namun bila kita ada rasa bersyukur, kita akan sentiasa rasa kecukupan walaupun hal atau barang tu sedikit. Sifat-sifat mazmumah ni lah yang sering mengkaburkan dan menyusahkan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Dan ingatlah, segala sifat mazmumah ini akhirnya akan memakan diri sendiri dan menghancurkan orang lain.



Insyallah, sentiasa muhasabah dan penuhkan hati dengan sifat-sifat mahmudah Allah akan buka pintu kenikmatan yang begitu banyak untuk kita. Kita boleh memilih jalan sendiri tanpa paksaan sesiapa sama ada nak jalan yang senang atau susah berliku untuk diri sendiri. 


Wallahualam,

Linlone 


Sunday, November 11, 2012

PeRiNgKaT SeTeRuSnYa

Assalamualaikum w.b.t
Lama tak kemaskini blog. Hari ni nak habiskan cerita yg dah lama tersimpan dalam draft. Sibuk sikit dgn game, hehehehe.....Nak menulis tapi terganggu dek game.....teruk aku ni kan....Sebenarnya byk jgk hal yg perlu dibuat selain game tu. Nutri Cube Club da dibuka secara rasminya. Nanti aku kemaskini gambar-gambar terbaru Nutri Cube Club.Alhamdulillah, bila kita ikhlas dgn kerja kita, Allah sentiasa akan permudahkan. Herbalifers / Coachee aku pun semakin ramai, Alhamdulillah....Semakin ramai orang dah celik mata dan minda tentang peri penting penjagaan kesihatan. Kesihatan adalah asas kekayaan....:)
Syukur sebab dah capai status Supervisor. Sekarang sedang cuba untuk jadi Active Supervisor dan peringkat-peringkat seterusnya,Insyaallah. Semoga Allah memudahkan cara....Aamiin....

Jom tgk gambar. Tak cantik jgn marah ye....Snap guna HP je.

HERBALIFE - Nutrisi untuk kehidupan yang lebih baik.

 Pengiktirafan pertama daripada Herbalife sebagai Penyelia/Supervisor....

 Pin Supervisor. Berkobar-kobar semangat nak kerja supaya dapat pin lagi.

 Yang ni paling comel. Herbalife buat promosi. "Grab the chance" dan cuba sungguh-sungguh kerja, akhirnya, si beruang ni berjaya dimiliki....

Have You Had Your Shake Today?

 Belum mampu lagi nak punya kereta sendiri, jadi kereta abah jadi mangsa utk strategi pengiklanan :)

 Sesiapa yang nak sihat, langsing dan bergaya bolehlah hubungi nombor tu. Cepat-cepat sebab Herbalife sekarang sedang meletup-letup....

Sampai sini dulu, Insyaallah nanti aku akan cerita tentang Nutri Cube pulak ye. TUNGGU DENGAN SABAR!

Wallahualam,

Linlone:)

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...