Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

ReSePi KeK CoKLaT MoiSt

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni bagi 1 resepi kek coklat moist yang sedap dimakan. Bukan apa, selain simpan dalam buku resepi perlu juga disimpan dalam blog ni. Yela, manalah tau ada sesiapa yang berkenan nak mencuba resepi ni dapatlah juga aku pahalanya kan. Bahan-bahannya pun sangat mudah didapati di kedai dan paling best sangat cepat disediakan. 
 
Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan:

Bahan A:
4 biji telur

Bahan B:
100g serbuk koko
250g gula castor
1 tin susu cair
200g minyak masak/minyak jagung
250g susu pekat manis

Bahan C:
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara-caranya:

1. Bahan A iaitu telur diputar dengan mixer. Cukup sekadar berbuih dan diketepikan.
2. Bahan C diayak bersama dan ketepikan dahulu.
3. Bahan B dicampurkan bersama dan masak di atas api perlahan sampai licin berkilat.
4. Sementara itu, loyang perlu digris dengan marjerin/planta.
5. Masukkan Bahan B ke dalam bancuhan telur dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan pula Bahan C ke dalam adunan coklat tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau sebati.
7. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris.
8. Pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu, penutup kukus perlulah diikat dengan kain bagi mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek. Alternatif lain, loyang yang berisi adunan tadi ditutup dengan alumunium foil barulah dikukus.
9. Kukus kek selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Bahan-bahan topping kek:

1/2 cawan serbuk koko
1 sb minyak masak/minyak jagung/planta
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga berkilat.
Setelah sejuk, tuang atas kek tadi dan bolehlah dihias ikut kreativiti anda.


Kek baru keluar dari pengukus.

Kegebuan yang menggebu.

Yang ni ditabur dengan coklat rice coklat.
Yang ni pula ditabur dengan coklat rice warna-warni.

Bagi jelas sikit gambarnya :)

Sebenarnya, yang warna-warni ni aku buat untuk majlis kahwin Nadia.

Pagi-pagi lagi dah pergi hantar rumah dia lepas lawat kubur arwah Abah.


Silalah cuba resepi ini. Rugi kalau tak cuba. sedap tak terkata (wah! angkat bakul sendiri nampaknya kan). Oklah sampai sini dulu, nanti aku kongsi lagi resepi lain yang aku dah cuba.

Wallahualam,

Thursday, May 30, 2013

ReSePi SpAGeTTi MuDaH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih sihat dan tadaaa blog sudah bertukar wajah....:)
Masih dalam proses mencantikkan lagi blog ni dan nak tambah apa yang perlu supaya "Da Bomb" gitu, In Shaa Allah....

Hari ini, nak kongsi satu resepi Spagetti paling mudah dibuat dan sedap dimakan, In Shaa Allah kalau ikut selera aku la. Bahan-bahan pun sangat mudah nak beli dan ada dijual di mana-mana kedai / pasaraya berdekatan anda.

Inilah dia Spagetti Olio Kario Tomato....hehe....Rupa takde tapi rasa ada tau!

Jom kita tengok bahan-bahannya:

1 bungkus/peket spagetti (apa-apa jenama)
4 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar lada mesin/cili boh
1 tin cendawan
1 batang lobak merah
1 peket sosej (apa-apa jenama)
2 keping dada ayam
Mixed Herbs
Seasoning
Garam 
Gula
Minyak/Butter/Marjerin
Jom layan gambar bahan--bahan yang sempat aku snap sebelum masak.

 Aku guna jenama Kimball, spagetti ni direbus dengan sikit minyak supaya tak melekat masa tos nanti. Masa rebus tu pastikan periuk ditutup supaya spagetti ni lembut masa dimakan.Agak-agak da lembut, korang tapiskan/toskan.

 Aku buat separuh peket je spagetti tu, jadi bahan-bahan tu aku bahagi 2 bahagian...Macam tomato biji ni tak kisah korang nak guna berapa biji pun ikut suka, aku cuma guna 2 biji je. Cara mudah je, Belah 4 tomato ni lepas tu, rebus dengan air sampai tomato ni jadi lembik dan hampir likat. Kemudian tunggu sejuk dan lepas tu dikisar bersama-sama air rebusan dia tadi. Makna kata blend semua. Ini adalah cara alternatif kita nak dapatkan pes tomato/ tomato puri. Bahan asli yang penuh Vitamin C dalam spagetti kita. 

 Inilah sosej yang aku gunakan, aku cuma potong menyerong je.

 Cendawan butang ni aku belah 3, pastikan korang basuh dan tapis dulu ye. Jenama ni ada tanda HALAL...



Inilah dia 2 perasa yang menyedapkan lagi spagetti aku tu. Jenama McCormick. Jangan guna banyak sangat sebab tekstur rasanya agak kuat dan mesti rasa dulu ikut kesesuaian selera.
Kalau ada oregano itulah yang sebaiknya, resepi ni aku main tangkap muat je apa yang ada dalam stok simpanan.






Inilah dia kesemua bahan yang tiada dalam gambar tu korang faham sendiri la ye....hehehe.
Beza spagetti aku ini adalah aku tak gunakan daging kisar tapi aku gantikan dengan ayam rebus yang dikisar dan berikan sikit kelainan tekstur rasanya yang lebih halus.







Cara-caranya:

1. Rebus Spagetti sampai lembut dan toskan.
2. Segala jenis bawang tu korang potong dadu.
3. Sosej potong menyerong.
4. Belah cendawan butang.
5. Lobak merah didadukan.
6. Rebus ayam sehingga empuk dan toskan air rebusan ayam jangan dibuang. Mesin ayam rebus dengan sikit air sehingga hancur.
7. Rebus tomato biji sampai likat dan sedikit hancur, sejukkan dan blend halus.
8. Panaskan minyak/butter/marjerin dan tumiskan bawang sampai naik bau kekuningan.
9. Masukkan lada mesin dan kacau sampai pecah minyak.
10. Masukkan air rebusan ayam sikit demi sikit hingga lada masak.
11. Masukkan pula lobak merah dan masak hingga lembut.
12. Masukkan ayam yang telah diblend tadi dan kacau sebati. Biarkan 5-10 minit sambil kacau sesekali supaya ayam masak dan tidak berkerak.
13. Masukkan pula tomato dan sikit air dan kacau lagi.
14. Masukkan Mixed Herbs, Seasoning, gula dan sikit garam dan perasakan ikut selera.
15. Masukkan sosej tadi yang kita memotong serong.
16. Spagetti dah siap, terpulang sama ada nak pekat atau sikit cair.
17. OPTIONAL - Jika mahu berkeju, bolehlah masukkan kepingan keju ikut selera.

 Snap dekat sikit makanan tengahari semalam....:)

Nak tahu rasanya kenalah cuba masak sendiri la ek. Resepi hentam daripada aku, lebih menjimatkan daripada biasa! 

Oklah sampai sini dulu ye, kalau sesiapa dah cuba dan sedap bagitahu kawan-kawan ye, kalau tak sedap bagitahu diri sendiri je ye.....hehehe:)

Wallahualam,

Wednesday, May 15, 2013

ReSePi AgAr-AgAr SaNtAn GuLa MeLakA


Assalamualaikum w.b.t

Lama tak jengah blog, dan hari ini aku kembali! Taknak cerita panjang lebar sebab post hari ini adalah untuk kongsi resepi yang baru pertama kali buat tadi...

Inilah dia agar-agar santan gula melaka yang aku buat khas untuk Mak...


Bahan-bahan utamanya juga amat mudah didapati. Antaranya ialah :

Agar-agar tali Cap Bulan Bintang ni sangat mudah larut.

Yang ni pula gula melaka. 

Jom aku senaraikan resepi yang sepenuhnya...

Bahan-bahan:

1 peket agar-agar tali 11g
1 buku gula melaka (bergantung banyak mana yang kita suka)
1 sudu makan gula pasir (bergantung manis mana yang kita suka)
3 cawan air 
2 cawan santan pekat (daripada 1/2 biji kelapa)
2 helai daun pandan
Acuan 

Cara-caranya:
1. Gula melaka cincang terlebih dahulu.
2. Campurkan air, daun pandan, gula pasir dan gula melaka dalam periuk dan masak hingga gula larut dan hancur. Kemudian tapiskannya
3. Gula melaka tadi dididihkan semula bersama dengan agar-agar sehingga agar-agar larut. Kacau sekejap-sekejap.
4. Apabila agar-agar dah larut, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan perlu sentiasa dikacau dengan api sederhana besar. Dah didih padamkan api dan tapis terlebih dahulu bagi mendapatkan cairan agar-agar yang licin dan bolehlah dimasukkan ke dalam acuan kegemaran
5. Sejukkan dan biarkan beku dulu sebelum dipotong.



Nak tahu rasanya, korang kenalah cuba buat dulu ye....

Selamat mencuba!

Wallahualam,

 

Tuesday, February 5, 2013

ReSePi KaYa (HoMeMaDe)

Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka makan roti? Apalagi roti bakar yang disapu dengan planta dan kaya, Masyallah sedapnya! Hari ni aku nak "share" buat homemade kaya atau English kita panggil Coconut Jam yang sapu kat roti tu. Biasa kita beli yang dah siap kan, tapi kali ni apa kata kita buat sendiri dan pasti rasa puas hati sebab terjamin buatannya....In Shaa Allah

Ini antara jenama kaya yang ada dalam pasaran kita....

 Ini kaya daripada AgroMas.
 Yang ini pula daripada Yeo's

Aku sendiri pun bukan penggemar kaya, tapi atas desakan daripada mak suruh belajar buat kaya, jadi aku pun cuba la. Tengok cara buat kat Youtube dan cari resepi kat blog-blog masakan. Pertama kali buat dulu dia jadi berketul-ketul keras sebab gula terlalu hangus. Kali kedua pulak tak berkilat dan kena "blend" baru jadi cair dan akhirnya kali ketiga barulah menjadi lepas tahu cara yang macam mana boleh hasilkan kaya yang sebenar-benarnya kaya. :)

.
 Inilah hasilnya, "soooo creamy". Cedok guna sudu dan meleleh je macam ni, apatah lagi kalau sapu roti bakar, walla!

 Kaya yang baru siap!

Disapu atas roti yang terlebih garing, sangat rangup dan rasa yang pasti menyelerakan....

Resepi kaya :

Bahan-bahan:

3 biji telur
150g santan pekat
8 sudu besar gula
sehelai daun pandan
2 sudu besar gula melaka yang telah dihancurkan

Cara-caranya:

1. Pukul telur bersama 4 sudu besar gula sehingga larut. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau rata. Biarkan sebentar  sementara kita buat gula hangus.
2. 4 sudu besar gula dibuat gula hangus di atas api yang kecil. Perlu sentiasa dikacau sehingga gula larut dan cair. kemudian masukkan gula melaka yang telah dihancurkan.
3. Sementara itu, panaskan air di dalam kuali atau periuk untuk kita kacau kaya secara double boiler.
4. Kemudian, masukkan bahan cecair tadi ke dalan kuali gula hangus bersama-sama daun pandan dan dimasak di atas kuali/periuk air panas tadi dan masak secara double boiler.
5. Teruskan mengacau sehingga menjadi sedikit pekat dan tidak berketul-ketul.
6. Siap dan masa untuk menikmatinya.....

Selamat mencuba...

Wallahualam

Tuesday, February 28, 2012

ReSePi MaYoRiTaS PoTaTo

Salam blog...
Ni aku update pasal 1 resepi yg memang lazat dan rugi kalau tak cuba...Aku cedok dpd resepi dari internet gak. Aku da start berdiet dan aku buat resepi ni pun sebelum aku strictly berdiet. Yela, resepi ni kan banyak kalori. Pasni aku post pulak resepi menu utk berdiet ek...Ni lah resepinya, tp sebelum tu meh layan gambar mayoritas potato ni dulu ek....:)







yg ni dipenuhi dgn limpahan mayonis yg berkrim




yg ni kosong tanpa mayonis, masih rasa sedap






Bahan-bahan:




6 biji kentang sederhana besar (sagat kulit dan belah 6 pastu rebus jap dlm 10 min, dan toskan)


3 sudu besar tepung gandum


2 sudu besar tepung beras


1/2 sudu kecil garam


1/2 sudu kecil garam


Air secukupnya




Cara-cara:




Campurkan semua bahan-bahan dan air secukupnya dan jgn terlalu cair.


Celupkan kentang yg dah direbus tadi.


Goreng hingga kentang kekuningan dan masak


Sedia dihidang macam tu je atau tambah mayonis ikut sedap la....






Friday, January 20, 2012

ReSePi NaSi tOmAtO

Nasi tomato favorite ku...

Nak rasa kena cuba resepi ni!

, Whoops, gambar takde lauk ar :)

My first time ...
Alhamdulillah, menepati ciri-ciri secukup rasa dan selepas tu byk kali da buat...bukan ape, family suka. Mak kata tak perlu lauk pun dah sedap...:)

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
3 cawan air
2 cawan susu cair
4 sudu besar gheeblend (minyak sapi)
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
2 biji bawang besar mayang halus
1 ulas bawang putih hiris halus
Sehiris halia
Rempah 4 sekawan
2 biji tomato biji potong dadu
4 sudu besar kismis goreng
5 sudu besar gajus goreng
Secukup bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang-bawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah 4 sekawan dan goreng bawang garing lagi.
3. Masukkan tomato puri, sos tomato dan jugak tomato biji dan goreng sebentar.
4. Masukkan pula air dan susu tadi sekaligus dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan beras dan daun pandan dan garam. Perasakan ikut selera. Kacau hingga hampir kering supaya bahan-bahan benar-benar sebati dan tutup biar hampir kering
6. Bila nasi hampir kering, kacau nasi supaya bahan sebati.
7. Nasi dah kering, taburkan kismis dan gajus serta bawang goreng ke dalam nasi tadi.

Tadaaaaa... dah siap!

P/s : Tumis kat atas api pastu bila air campur susu tadi dah didih, barulah masukkan dalam rice cooker dan selalu tengok dan kacau. Biarkan dan masak macam nasi biasa, tp perlu dikacau bila hampir nk kering sebab takut bahagian bawah je yg rasa nasi tomato...maknanya, nasi tak masak serata la tu. Dah kering tabur je kismis, gajus dan bawang goreng.
Sedap makan dgn ayam masak sambal tomato, acar nenas atau kari ayam...:) memang marvelous!!!

Thursday, December 8, 2011

CuPCaKe ChOcOLaTeY





Sedap, nyum nyum....=)

Salam... arini aku post resepi cupcake mudah yg memang amat mudah, hehe....
Alhamdulillah, first time buat dan menjadi. Takde la yg meriah2 topping macam cupcake yg ada kat pasaran tu tapi cukuplah utk memenuhi selera. :)
Sebelum ni pernah jugak cuba buat kek tapi tak pernah nak menjadi. Cabaran dpd mak buat aku nekad kali ni try lagi dan syukurlah. Resepi ni sesuai bagi first learner yg baru jinak2 nk belajar buat kek. Tersengih dan kembang hati bila mak puji dan makan sampai 1 cup. Hehehe....

Ni resepinya... try dan Insyaallah pasti menjadi...

Bahan A : Ayak
2 cawan tepung Blue Key self-rising
1 cawan serbuk koko
1 tsp bicarbonate soda

Bahan B:
3 biji telur
2 cawan gula castor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air panas
1 tsp esen vanilla

1. Sebelum tu panaskan oven 180 darjah celcius.
Pukul telur dan gula dgn gunakan mixer lebih kurang dlm 10 minit atau sampai kembang dgn high speed.
2. Masukkan susu pekat dan pukul lagi sampai sebati dgn low speed.
3. Masukkan pula minyak masak dan esen vanilla, kacau sampai sebati.
4. Masukkan bahan A sikit demi sedikit dlm adunan dan kacau guna senduk kayu utk sebatikan adunan tersebut.
5. Masukkan adunan dan kacau rata, adunan akan sedikit cair.
6. Masukkan adunan ke dalam jug dan tuang dalam baking cup 3/4 penuh. Pastikan jgn terlalu penuh sbb nanti kek akan membuak.
7. Masak kek selama 15 min atau hingga kek masak. Blh diukur gunakan lidi dn cucuk kek, apabila da masak, kek tak melekat kat lidi tu.

*Note
Kalau nak cantik menarik blh lah hias ikut kreativiti spt letak manik urai ke, chocolate chip ke, coklat urai ke, badam hancur ke, atau ape2 saja la sebelum kek tu dibakar yea..

Selamat mencuba =)



Saturday, August 6, 2011

ReSePi gArLiC BrEaD vS SoSeJ KaCaNg PaNgGaNg


Menu berbuka utk hari ni. Alhamdulillah jadi jugak la garlic bread aku ni. Kira taste nya boleh tahan jugakla ikut selera aku. Adik pun tak komen apa2 so, memang boleh tahanlah. Resepi plg mudah dan bahan yg mudah didapati.

Let's check it out the recipe>>>>>>>

Garlic Bread:

Bahan-bahan:
Roti bantal @ roti perancis @ roti gardenia @ apa2 jenis roti la yg bersesuaian
3 ulas bawang putih tumbuk halus
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Satukan mentega dan bawang putih yg dah ditumbuk dan gaul rata.
2. Sapukan bahan tadi ke atas roti yg tlh dipotong ikut citarasa.
3. Bakar dalam oven selama 5-10 min @ bakar atas kuali @ toaster.
4. Sedia dihidang bersama sosej kacang panggang.

Sosej Kacang Panggang:

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar potong dadu
1 biji capsicum merah potong dadu
1 biji capsicum hijau potong dadu
1 tin kecil kacang panggang
1/2 cawan campuran sos tomato dan sos cili
10 batang sosej = sebungkus sosej dipotong serong
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan sosej dan goreng hingga garing.
3. Masukkan campuran sos dan kacau hingga sebati likatnya.
4. Masukkan capsicum dan gaul rata.
5. Masukkan kacang panggang dan biar masak sebentar.
6. Perasakan dgn sedikit garam dan sedia dihidang..

Sunday, June 12, 2011

MuRtaBak mAgGi SiMpLe

Entri arini satu resepi mee maggi yg aku jadikan murtabak. Paling mudah disediakan dan rasanya nyum nyummmmm hingga menjilat jari. hehehe, koya la tu....

Bahan-bahan:

1 peket maggi 2 minit (ape2 perasa pn blh sbb nk kan mee nyer jer)
2 biji telur
Segenggam daging hancur *(guna Ramly brand)
4 ulas bawang putih * (tumbuk)
Sedikit halia * (tumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar rempah kari
Setangkai daun kari
Garam dan gula
Sedikit air
Minyak utk menumis

Bahan bertanda * perap bersama 1/2 jam

Cara-cara:

1. Masukkan minyak masak dlm kuali dan tumis bawang besar hingga naik harum
2. Masukkan daun kari dan rempah kari. Kacau rata hingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit air dulu dan gaul rata lagi hingga pecah rempah masak
4. Masukkan daging yg diperap tadi dan gaul rata
5. Masukkan sedikit air dlm setengah cawan dan masak hingga daging empuk
6. Sementara itu, celur mee maggi tadi sekejap dan tapis
7. Kocok telur dan asingkan
8. Apabila daging telah empuk perasakan dgn garam dan gula dan biarkan kering dgn api sederhana
9. Masukkan mee maggi yg dicelur dan daging td ke dlm mangkuk telur dan gaul rata
10. Panaskan kuali non-stick dan masukkan bahan murtabak td dn goreng garing
11. Sedap dihidang bersama sos kegemaran

Friday, June 10, 2011

AsAm PeDaS iKaN pArI


Alamak, picture asam pedas aku dlm kegelapan la. Malas nk edit ataupun ambik gambar lg jd, inilah seadanya. Ni asam pedas buat julung2 kalinya aku masak sebab ketiadaan mimi adikku yg pg BTN. haha...actually bukan aku xnak masak tp malas nk tunjukkan skil pro aku ni, buat jeles mimi je kan..ahaks.... anyway masakan aku yg menepati piawaian kesihatan krn menggunakan kaedah tapisan minyak tumisan....

Bahan-bahan:

8 keping ikan pari sederhana besar
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
sedikit kunyit hidup *
(bahan bertanda * dimesin hingga lumat)
1/2 sudu camca halba
7 sudu besar lada mesin
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Tomato biji

Cara-cara:

1. Tumis bahan yng telah dimesin bersama biji halba hingga naik bau dan pecah minyak
2. Masukkan lada mesin dan goreng hingga pecah minyak sekali lagi
4. Tapis bahan yang ditumis tadi dalam bekas penapis
5. Sementara itu, masukkan ikan pari ke dalam periuk dan perahkan air asam jawa
6. Didihkan dan kemudian masukkan bahan tumisan yang telah ditapis tadi
7. Biarkan hingga mendidih dan perasakan dgn garam
8. Biarkan hingga pekat sedikit kemudian baru masukkan tomato biji yg dibelah 4
9. Sedia dihidang

(jika mahu sedap boleh masukkan daun kesum/ daun limau purut/ bunga kantan mengikut pilihan masing)

Wednesday, September 22, 2010

ReSePi MeMaCaM......

Salam Aidilfitri....
Linlone post kan resepi emak kesayangan Linlone. Skrg Linlone and my sis, Mimi yg menyediakan semua juadah yg menjadi hidangan di pagi Syawal. My mum not very well la so, mak just jd pemegang jawatan as an instructor and big chef....Cayala mak kesayangan Linlone yg da naik pangkat sejak kitorang da besau panjang ni.:)

Hidangan di pagi Syawal:

1. Rendang Ayam

Bahan2:
Seekor ayam
8 ulas bawang merah hiris
5 ulas bawang putih hiris
Halia sebesar ibu jari hiris
kunyit sedikit dimesin
3 sudu besar lada mesin
4 sekawan
5 sudu besar rempah rendang/ rempah kari ayam
3 sudu besar kerisik kelapa
Sebiji kelapa diperah pekat menggunakan air kelapanya
Sedikit belacan
Air
Garam dan gula
Daun kunyit
Cara2:
1. Gaulkan bahan hirisan bersama kunyit, lada mesin, rempah rendang, kerisik kelapa, belacan, 4 sekawan dan sedikit air.
2. Tumis bahan2 tadi hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam dan didihkan hingga empuk.
4. Kemudian masukkan santan kelapa.
5. Kacau hingga pekat
6. Kemudian masukkan daun kunyit dan perasakan rendang dgn garam dan gula
7. Kacau hingga kering
8. Sedia dihidang

2. Tempeh Sambal Berkacang

Bahan2:
Tempeh potong nipis dan digoreng (16 bungkus dalam daun)
RM1 Kacang tanah digoreng
2 gengggam Ikan bilis digoreng
4 ulas bawang besar (mesin)
3 ulas bawang kecil (mesin)
5 ulas bawang putih (mesin)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar lada mesin
Cara2:
1. Tumis bahan2 yg tlh dimesin hingga naik bau
2. Masukkan lada mesin dan masak hingga pecah minyak
3. Masukkan sos cili dan juga kicap manis dan biarkan hingga sedikit kering
4. Masukkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah goreng dan gaul rata.
5. Sedia dihidang.

3. Lodeh (kuah lontong)

Bahan2:
1 biji sengkuang
2 batang lobak merah
Segenggam kacang panjang
3 biji kentang
Sooh hoon dan perut tauhu direndam terlebih dahulu (aggaran)
5 sudu besar udang kering ditumbuk halus
5 ulas bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
Sedikit kunyit
5 cawan santan kelapa
Sedikit garam
Cara2:
1. Didihkan sayur2 dgn air supaya lembut.
2. Kemudian masukkan bahan2 hiris, udang kering dan kunyit, biarkan didih lagi
3. Masukkan santan kelapa dan biarkan hingga masak mendidih dan perasakan dgn garam
4. Sedia dihidang

4. Sambal/ kuah kacang

bahan2:
1/2 kg kacang tanah disangai, dibuang kulit dan dimesin hancur
4 ulas bawang besar (mesin)
2 ulas bawang kecil (mesin)
4 ulas bawang putih (mesin)
2 batang serai (mesin)
Sedikit lengkuas (mesin)
3 sudu besar lada mesin
Sedikit air asam jawa
ikan bilis
1/2 biji gula melaka
Garam
Cara2:
1. Tumis bahan mesin sehingga naik bau
2. Masukkan lada mesin dan masak sampai pecah minyak
3. Kemudian masukkan kacang tanah dan gaul rata
4. Masukkan air aam jawa dan gula melaka
5. Perasakan dgn garam dan jika kurang manis tambahlah gula pasir sedikit ikut kesesuaian rasa
6. Sedia dihidang

LinLoneCooking

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...