Wednesday, November 15, 2017

HIDUP TAKDIR SEORANG MANUSIA BERGELAR HAMBA

Siapa kita melawan takdir?
Siapa kita menahan mati?
Siapa kita?
Siapa kau?
Dan siapa aku?

Hanya hamba.
Hamba yang tak punya apa.
Hamba yang lemah, hina dan dina.
Hamba yang miskin.
Hamba yang hidup dan matinya ditangan tuhan.
Kerana sesungguhnya kita hanyalah seorang hamba.

Semoga tegar dan istiqamah menjadi hamba yang bertuhan.
Menjadi hamba yang taat perintah.
Menjadi hamba yang layak mendapat syafaat.
Menjadi hamba yang layak menghuni dan menikmati taman syurga.
Menjadi hamba yang layak menikmati bahagia hakiki selamanya.

Takdir telah tercoret dalam kalendar hidup seorang hamba.
Bahagia. Manis. Gembira. Suka
Derita. Pahit. Sedih. Duka

Semua hamba melaluinya walau dengan cara berbeza.

Dugaan ujian takkan sama. Pena lakaran dalam kanvas kehidupan dipegang hamba atas ketentuan Yang Esa.
Hamba yang mencoraknya.
Tuhan yang mengizinkannya.

Pilih dan pilih corak yang menjadi keinginanmu.
Tanya dengan hati bukan dengan nafsu.

Pena dan berus lukisan ditanganmu.
Lakarlah. Tulislah. Warnalah.
Mengikut rentak hidupmu.
Tapi jangan sesekali melupakan asalmu.

Kerana di situ jualah tempat terakhir yang bakal menjadi takdir seorang hamba.

LindaLinlone
15/11/2017

#GengGetsheraKakMoon
#MotivasiPagiGetshera



Thursday, October 12, 2017

Hati kena Kuat

Semua orang pasti akan merasai kehilangan.
Semua orang pasti akan merasai kesedihan.
Semua orang pasti akan pergi selamanya.

Yang tinggal,
Hati kena kental.
Hati kena kuat.
Hati kena keras.
Tak salah menangis.
Tak salah mengenang.
Tak salah merindu.

Tapi......
Penanggungan yang sangat berat terpikul.
Bila terkenang pasti rasa terpukul.
Sakit memang sakit.
Tapi apakan daya sebagai manusia.
Akur kepada sebuah janji.

Jangan nanti,
Bila ada buat tak endah.
Bila dah tak de baru rasa gundah.

Alhamdulilah aku puas.
Puas bersama dan menjaga mereka yang aku sayang.

Ingatlah kawan-kawan,
Sayangilah orang disekelilingmu.
Lebih lagi kedua orang tuamu.
Keluargamu.
Beri kasih sayang.
Semoga Allah merahmatimu.

Kehendak takdir itu pasti.
Kerana mati itu pasti.
Giliran siapa selepas ini.
Tak siapa tahu rahsia illahi.

Selagi nyawa lekat di jasad.
Usahakan diri beribadat.
Semoga kita dapat syafaat.
Dengan pertolongan si Pemberi Rahmat.

Sesungguhnya hati ni amat rapuh....

Tuesday, October 10, 2017

Rindu dalam Tangisan

Seminggu tanpa kau.
Seminggu tanpa menjaga kau.
Seminggu tanpa melihat kau.
Seminggu tanpa bayang kau.

Namun, aku rindu.....
Rindu gelak ketawa kau.
Rindu kemarahan kau.
Rindu gurauan kasar kau.

Semua hanyalah kenangan.
Bersemadi dalam lipatan sejarah kehidupan kak long dan kak ngah.

Meratap tanpa bicara melihat baju kau.
Masih lagi berbau kau dik.

Terpandang sayu dan sepi bunga-bunga kau.
Kemboja yang selalu berbunga seakan merajuk.
Rumput menghijau kering seakan menangis.
Taburan daun kering umpama titisan airmata mengiringi perjalanan akhir pemiliknya.
Tiada lagi siraman kasih sayang daripada kau dik.
Tiada lagi taburan baja menghidupkan  mereka daripada jemari kau dik.

Insyaallah rumah dan taman milik kau ni akan kak long dan kak ngah jaga sebaiknya secantikknya. Tinggalan keramat untuk kami semua.

Impian kau terpaksa kak long dan kak ngah kuburkan bersama segala mimpi-mimpi ngeri ni dik. Maafkan kami....

Kami tak mampu untuk meneruskan impian rumah muzium yang kau impikan ni.
Kami tak kuat dik.
Batin kami rapuh.
Lunyai berkeping-keping saat kau terlantar tanpa bicara.

Insyaallah impian ni akan terlaksana di tempat yang sepatutnya.
Di mana, beratus manusia akan melihat setiap satu koleksi kesayangan kau sebagai satu ilmu yang paling bermanfaat.
Ganjaran daripada ilmu yang takkan pernah putus sebagai bekalan untuk kau di sana.

Doa  kak long dan kak ngah takkan pernah putus untuk kau, mak dan abah.
Dua hari lagi hari jadi hari lahir mak.
Sampaikan peluk cium kami ye dik....

😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Ya Allah. Jagalah mereka untuk kami. Muliakanlah mereka.
Lapangkanlah kubur mereka.
Jadikanlah kubur mereka tempat bersemayam yang indah umpama taman syurgaMu.
Jauhkanlah mereka daripada azab seksa kubur.
Berilah mereka kerehatan hingga waktu sangkakalaMu kedengaran.
Tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang soleh.

Allah yang Maha Mengetahui.

Nota tangisan tanpa suara,
Kak long kak ngah

Kau tetap dalam doa.
10/10/2017

 

Tuesday, August 22, 2017

Aku Kembali

Banyak cerita aku nak sampaikan kat korang semua, insyaallah aku akan ceritakan satu-satu....

masih adakah follower aku dalam dunia blogging ni? kalau ada jangan lupa say haiiii yer. apa kabar la korang semua kan?

dah terlalu lama aku tinggalkan dunia blog ni. dulu memang suka sangat menulis. tapi bila dikengkang waktu terlalu masa untuk dunia realiti. hingga terlupa dunia penulisan ni. Apapun, aku kembali mewarnai dunia korang. Mana yang rindu tu jangan lupa tinggalkan jejak korang kat sini yer. Mana tahu korang akan buat aku lagi bersemangat waja untuk menulis.

aku bukan penulis hebat! hanya menulis apa yang dirasa, apa yang dialami.

begitu lama......haiiiiii laaaa sampai macam kekok nak berblog. ada yang private email tanya kenapa dah lama tak update blog?

insyaallah doakan yer....








Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...