Monday, March 2, 2020

Aku apa Adanya Aku....❤


Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak punya apa-apa. Tujuannya supaya aku dapat memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Sebagaimana aku terima manfaat daripada penulis blog yang lain.

Hampir sahaja begitu banyak cerita untuk aku nukilkan. Untuk aku ceritakan. Untuk aku luahkan. Untuk aku katakan. Untuk aku sampaikan. 

Tapi ada apa dengan aku.....

Dunia aku tak seindah dunia sang puteri. Bahagia disinggahsana. Semua tersedia di depan mata. Dihormati disanjungi setiap masa. Dijunjung kasih setiap jelata.

Duniaku seindah biasa. Penuh suka. Penuh duka. Rintangan halangan permainan  jiwa. Airmata jadi pengiring dikala duka. Senyuman manis jadi penemuan dikala gembira.

Tapi syukur, aku bahagia. Bahagia dengan diriku. Apa adanya aku. Bahagia dengan kasih sayang belaian seorang lelaki bergelar suami. Bahagia dengan hilai manja penghibur duka seorang bidadari syurga. Semakin membesar di depan mata. Semakin petah menyusun kata. Semakin membesar bagai sang juara.

Syukur, syukur dan syukur aku dengan segala kurniaan nikmatNya. Pemberian rezekiNya. Cukup untuk aku tersenyum bahagia.

Namun, aku masih merangkak dalam memburu pengalaman hidup. Satu persatu ujian, bagaikan guru mengajar subjek kehidupan. Kuatkan semangat ku untuk terus belajar dan berjuang. Perjuangan untuk hidup dalam baki umur yang diberi pinjaman.

Semakin meningkat usia, semakin dekat ke akhir penamat yang bila masa sahaja akan menjelma. Rambut hitam menjadi semakin putih. Kulit anjal semakin berkedut. Gigi semakin luruh.

Semoga aku terus kuat untuk terus berjuang.
Aku adalah aku. Aku adalah apa yang aku fikirkan. Aku adalah apa yang aku mahukan. Aku adalah apa yang aku inginkan. Tiada sesiapa yang boleh mengubah diriku melainkan aku❗






  







Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...