Friday, June 21, 2013

RiNdU DaLaM SePi - SiTi KhAdiJaH

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang semua. Dah lama sangat aku tak review novel. So start all over again. :)
Banyak dah novel baca tapi belum ada hati nak buat ulasan. Takpe kali ni kena kuatkan hati untuk aku ulas semuanya. Tunggu dengan sabar ye.

Tajuk novel : Rindu Dalam Sepi
Novelis        : Siti Khadijah
Terbitan       : Karya Seni
Bil m/s         : 553 m/s

Menjauh bukanlah keputusan yang terbaik untuk hubungan kita. Tapi apabila kau merinduku dalam sepi kau akan mengerti perasaanku terhadapmu selama ini. - Ainur Mardiyah-
 
 Muka depan Novel Rindu Dalam Sepi.

 Muka belakang novel

Di bawah ni adalah sinopsis kat belakang novel tu.


Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”  

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”
Ulasan  mengikut pembacaan aku sendiri:

Kisah bermula apabila heroin novel ni Ainur Mardiyah ditukarkan dari Hotel Mutiara ke Hotel Saga atas permintaan Datuk Zainal untuk menjadi setiausaha kepada anaknya sendiri iaitu hero novel ni Muhammad Ammar Mukhriz.  Mengikut penulis, sifat fizikal Ainur Mardiyah atau dikenali sebagai Diya adalah seorang gadis berlesung pipit bertudung, manis dan comel orangnya tetapi seorang yang sangat tegas, degil dan tabah manakala si heronya pula Ammar Mukhriz atau Am seorang lelaki yang kacak, kulit putih kemerahan serta memiliki mata berwarna hazel tetapi mempunyai sifat ego yang sangat tinggi, degil tapi dalam hati ada taman. :)
Ammar ni dah mempunyai kekasih hati iaitu Lydia Riyana iaitu seorang model jelita. Bertahun-tahun menyulam kasih tapi hubungan mereka tetap tidak terpatri kerana Lydia sibuk mengejar dunia modelingnya.  Masa itulah Diya merasakan yang dia adalah pembunuh bapanya sendiri, bagai jatuh ditimpa tangga, ibu Diya Puan Kamariah tak dapat menerima hakikat terpaksa menghalau Diya dari rumah. 

 
Tapi disebabkan satu insiden yang aku kira terjadi sebab salah faham Ammar terpaksa menikahi Diya dan kerana insiden itulah Ammar sangat membenci Diya. Dalam masa yang sama, bapa Diya tak dapat terima kenyataan berita yang menimpa anaknya sehingga mendapat serangan jantung dan meninggal dunia.


Masa itulah Diya merasakan yang dia adalah pembunuh bapanya sendiri, bagai jatuh ditimpa tangga, ibu Diya Puan Kamariah tak dapat menerima hakikat terpaksa menghalau Diya dari rumah. Diya rela asalkan maruah ibu, dan adik-adiknya iaitu Aisya dan Rifqie tidak terus diinjak-injak oleh orang kampung. Yusuf sepupunya menjadi penyampai berita tentang keadaan keluarganya di kampung. Di pejabat tiada siapa yang tahu hubungan mereka dan muncul Raqeem yang mencintai Diya dalam diam. Tapi watak Raqeem hanya muncul sebagai selingan je tapi yang pasti aku suka Raqeem. :) 
 
Diya telah diterima dengan baik oleh keluarga mentuanya iaitu Datuk Zainal, Datin Zarina, Akhil dan juga Aryani tetapi tidak suaminya sendiri. Bahasa kasar dan makian sahaja yang diterima, malah perkahwinannya juga dirahsiakan atas permintaan Ammar. 
Penulis bijak mewarnai rencah penceritaan sehingga aku tak keruan untuk terus membaca lagi dan lagi. Walaupun jalan cerita agak cliche sebab kita akan tahu kahwin kerana terpaksa tapi at last nanti akan happy ending tapi aku tetap nak terus membaca sebab babak-babak sangat menarik. Bagaimana Diya melindungi dirinya sendiri dikala maruahnya terus dipijak oleh seorang lelaki bernama suami dan bagaimana dia bangkit mengubati kelukaan hatinya diceritakan dengan baik oleh novelis.

Seorang lelaki ego yang mementingkan perasaan sendiri akhirnya runtuh jua egonya kerana benci yang diciptanya menjadi cinta. Nak tahu macam mana Diya dan Ammar bersatu, kena la baca novel ni, ada babak Diya diculik Ammar dan Ammar kena tikam dengan Lydia. Nak serius tahu kena baca sampai habis. Aku jamin memang tak rugi....

Pengajaran Novel Rindu Dalam Sepi:

1. Perasaan milik Allah, sejauh mana kita sayang dan benci seseorang kalau Allah terbalikkan perasaan tu dan takdirkan sesuatu berlaku pasti akan berlaku. Daripada benci jadi sayang, daripada sayang jadi benci itu semua hak dan urusan Allah kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kita...
2. Api dendam akan membakar diri sendiri. Maafkan kesalahan seseorang dan sentiasa doakan kebahagiaannya adalah ubat paling mujarab untuk hapuskan dendam dalam hati, kalau dah takde jodoh, redha dan pasrah dan doakan mereka bahagia.
3. Keluarga kunci utama kebahagiaan kerana kita memerlukan dorongan dan sokongan keluarga untuk mendapat kejayaan yang besar dalam hidup.

Wallahulam

Thursday, June 13, 2013

DuGaAn Oh DuGaAn

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah...
tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, 
imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, 
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, 
hati yang bersih dan kejayaan yang besar. 
Perkenankanlah doaku Ya Allah....Aamiiin....

Dengan setiap dugaan, kita akan jadi lebih kuat, matang berani dan tabah. Jangan takut melalui dugaan kerana Allah hanya akan menguji sedaya yang kita mampu. Percayalah bahawa dalam setiap dugaan akan terselit hikmah yang berharga dan tersangat manis untuk kita selama-lamanya. Dugaan Allah datang bersama takdirNya dan dengan takdirNya kita berserah kepadaNya. Berdoalah dengan setulus hati agar dugaan yang dilalui menjadi titian untuk kembali dekat bersamaNya. Dugaan amat menyakitkan tapi yakinlah disebaliknya terdapat kemanisan yang tidak terhingga dan kenikmatan yang sangat indah.

Sekarang dah mula musim durian. Semalam Busu ada bagi 4 biji durian, Alhamdulillah rezeki walaupun kat rumah ni takde pokok durian tapi masih ada rezeki makan durian :)

 Bukan senang nak makan durian, dengan duri yang tajam, kulit yang susah nak kopek tu, kadang-kadang boleh menyebabkan jari kita tercucuk duri tu, tapi bila dapat makan isinya yang sedap tu, sakit tercucuk pun boleh hilang. Macam tu juga dugaan hidup. Kesusahan, kesakitan bukan alasan untuk kita terus menangisi dan menyalahkan takdir hidup kerana kebahagiaan itu milik kita. Berusahalah untuk merebut kebahagiaan yang memang ditakdirkan untuk kita selamanya.

Jadi orang baik, ikhlas dan suci hati. Jangan salahkan takdir tapi salahkan diri sendiri. Pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan dengar cakap orang lain. Sebab orang lain tu hanya tahu mengata dan memberi pendapat je. Yang laluinya adalah diri kita sendiri. Asalkan kita jujur dan ikhlas pasti Allah tunjukkan jalan. 

Tenangkan hati kenyangkan perut dengan F1 Shake Herbalife perasa Coklat dengan parutan Coklat Cadbury....Alhamdulillah Nyum Nyum.....


Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...