Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Friday, May 17, 2013

NoVeL & DrAmA KaMpUNg GiRL

Assalamualaikum w.b.t

Siapa dah baca novel Kampung Girl ni? Best kan novel ni. Kelakar dan geram pun ada dengan watak-watak dia. Lagi-lagi kerenah Ainnur dan Ashraf tu. Berita baiknya adalah novel ni akan diterjemahkan dalam bentuk cereka iaitu drama bersiri kat TV3 nanti dalam slot Lestary. Dengar cerita akan keluar kat TV3 dalam penghujung tahun ni. Yeay! Tak sabar, tak sabar! Kat bawah ni ada sinopsis novel Kampung Girl ni. Malas nak review ayat sendiri sebab nanti takut penulis lain tak dapat cari makan pulak, hahaha maha perasan aku ni! BTW watak Ainnur best sebab dalam cinta gila-gilanya terhadap Ashraf masih diselitkan dengan sifat sopan, tegas, berdikari dan berani....

Sinopsis Kampung Girl sumber dari sini: Klik sini ye

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Jom layan gambar pulak...


Watak utama Ainnur.

Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi
Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi

Tak sabar nak tengok gandingan mereka sebagai hero dan heroin Kampung Girl.

Comel je Nad Zainal ni kan...Suka lagu Akim bertajuk Menunggu....

Antara scene Ainnur dengan Ashraf.

Kita sama-sama nantikan drama bersiri ini di kaca TV okey.

Update: Drama Kampung Girl akan ditayangkan lepas drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Kemungkinan tarikh mula ditayangkan 12 Julai 2013....Yeay

Wallahulam....


Friday, April 5, 2013

DrAmA SeBeNaRnYa SaYa iStEri DiA

 Assalamualaikum w.b.t

Peminat novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! jangan ketinggalan menyaksikan adaptasi longgar drama bersiri di Slot Zehra setiap hari Jumaat jam 9 malam. Setakat ini dah 2 episod berlalu dan setakat ini drama ni memang seronok dan teruja. Gandingan yang serasi antara Izzue Islam dengan Tiz Zaqyah sebagai Firash Arshad dan Syafa Aqira.....
Jangan lupa saksikan drama bersiri ini dan jangan lupa dapatkan novel ni! Memang tak rugi....Nak tahu lebih lanjut bolehlah klik sini.





Dulu memang bayangkan Hairul Azreen Idris masa baca novel untuk watak Chad ni tapi bila Izzue lakonkan menepati juga kehendak hati ini. Tiz Zaqyah pula rasannya amat bertepatan, lagi pula Tiz nampak ayu sangat dengan fesyennya dalam drama ni. Sopan dan cantik sangat, Masyaallah....

Sebenarnya tak sabar nak tengok babak yang Chad cemburukan Syaf dengan Hakimi. Watak Hakimi pula dilakonkan oleh Qi Razali. Mesti sangat kelakar.

Uqasha Senrose pula pegang watak Rania yang sangat retis dan gedik sanggup buat apa saja untuk dapatkan Chad. Kita tengok pembawaan watak dia ni sebab belum pernah tengok dia berlakon selain untuk watak kecil dalam Setia Hujung Nyawa. Kalau sesiapa perasan dia ni bawa watak kawan Sofea iaitu bekas tunang Zain Hakimi dalam Setia Hujung Nyawa.

Watak Farish abang kepada Firash dipengang oleh Fezrul Khan. Erk, dia terlalu tua la untuk watak ni sebab masa tengok drama ni Makcik komen kenapa anak nampak lagi tua daripada mak! Erkkkkk....Yela, watak mak mereka iaitu Datin Farizah dipegang oleh Wilma Muhammad yang nampak sangat muda. Suka Wilma Muhammad sekarang, nampak sangat cantik dan lembut je orangnya....

Inilah Wilma Muhammad, Masyaallah cantik dan ayu je orangnya sekarang ni....Semoga dia akan terus bertudung dan dalam barakah Allah sentiasa.....

Okeylah, sampai sini dulu ye. Jangan lupa kita sama-sama tengok drama ni sampai episod terakhir nanti. Semuanya ada 13 episod.

Sabtu nanti 13 April akan diadakan kenduri tahlil untuk Arwah Abah. Semoga majlis berjalan lancar dan rindu sangat kat Arwah. Alhamdulillah sehingga hari ini belum pernah terlepas buat tahlil ringkas untuk arwah setiap malam, semoga Allah akan terus bagi kekuatan.....

Wallahualam

Wednesday, November 16, 2011

gLoRy JaNe @ Man Of HoNoR


Tajuk : Glory Jane a.k.a Man Of Honor
Genre : Romance
Episode : 24

Jangan tak tau, aku adalah peminat drama Korea. Byk jgkla series yg aku dok ngadap. Tp layan K-pop memang tak layan langsung la kecuali kalau terdengar2 kt Hot FM tu terlayan la jgk. hehehe.....

Sinopsis Glory Jane yg memang best sgt2 ni kena baca sini....

Episod 1 tu adalah kisah pasal macam mana Gim Yeong Gwang ni mula2 terjebak dgn dunia besbol dan kisah sedih keluarga Yun Jae In. Yeong Gwang seorang lelaki yg bercita2 tinggi tapi berpaksi pd nasib semata2 dlm dunia besbolnya. Hinggalah dia tercedera dan bertemu semula dgn Jae In peminatnya. Sementara tu plak ada lg seorang lelaki ni nama dia Seo In U yg jadi musuh tradisi Yeong Gwang.
Macam ni, ayah Yeong Gwang ni adalah pemandu kepada ayah Jae In dan atas satu kejadian yg menimpa yg melibatkan jgk ayah In U, ayah Yeong Gwang jadi mangsa keadaan dan krn kasihan pd Jae In, dia terpaksa hantar Jae In ke rumah anak yatim dan bila besar ikut pd surat yg dikirimkan ke rumah anak yatim tersebut, Jae In menyangka yg ayah Yeong Gwang adalah ayahnya hasil hubungan haram.
Cerita makin mendebarkan bila Yeong Gwang terpaksa bersara drpd dunia besbol bila kecederaan tulang rusuknya tak memungkinkannya utk terus beraksi sementara si In U jgk terpaksa bersara sbb tiada pilihan antara arahan diktator ayahnya. Sementara tu plak, Jae In menjadi jururawat peribadi In U dan pertarungan mereka bermula apabila ketiga2nya memasuki sebuah syarikat...

Ni pulak, sinopsis yg aku copy....

Synopsis

Kim Young Kwang (Chun Jung Myung) is a baseball player on a minor league team, former 4th hitter of the major league team, is an innocently confident man who never stops trying his best to re-live past glories. Yoon Jae In (Park Min Young) works as a nurse’s aide is a struggling young, cheery, bright girl who always maintains a positive attitude despite her poor background and dreams of becoming a nurse. She meets Kim Young Kwang at the hospital when he sustains injures, as they struggling to overcome their fates, they find love. Seo In Woo (Lee Jang Woo) is the future heir of a sports clothing company and also the clean-up hitter for the a professional baseball team that his father owns. A love triangle ensues between these three characters.

Main Cast

Chun Jung Myung as Kim Young Kwang

Park Min Young as Yoon Jae In

Lee Jang Woo as Seo In Woo


Nak joint aku addict dgn cerita ni layan kat maaduu.com tau. korang klik je kat sini ek. Kat situ byk lagi drama series korea yg lain

Monday, August 8, 2011

LaiLa MaNjA Tv3


Walla....
4pm-5pm adalah masa utkku tercongok depan tv, hehehe.. ntah apa yg merasuk aku xblh nk miss lgsung cite ni. Kalau miss aku cam sedih sangat, ahaks yela tu ek... Para pelakon dia pn xdela yg jadi faveret aku sgt pn tp mgkin jalan cerita yg terkesan lg2 dgn lakonan Ellie Suriati yg memang cam real bila dia dera Laila dan Manja tu. Tapi apa2 pun cam suka je tgk si Amar tu, hehehe....




Sinopsis drama siri ni>>>>>>
Laila dan Manja, 2 beradik yg jadi anak yatim bila mak dia meninggal dunia dan teruskan hidup bersama bapa mrk Mahmud. Mahmud ni keje dgn Dato Razali sbg pemandu. Oleh sbb dia kesiankan Laila dan Manja yg kesedihan dan kesunyian tanpa belaian seorang ibu jadi Mahmud pun berkahwin dgn Mastura. Apa yg diharapkan mrk tidak seindah yg disangka, Mastura mendera mrk scra fizikal jgk mental tapi apabila dihadapan Mahmud, Mastura melayan mrk dgn sgt baik.
Mastura seorang ibu tiri yg sgt jahat dan dia juga telah berlaku curang di belakang Mahmud dgn membuat hubungan bersama Azman semasa ketiadaan Mahmud. Azman pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Imran yg bekerja dgn Dato Razali. Pada suatu hari terjadi satu insiden di mana Azman dan Mastura tlh membunuh Mahmud dan kejadian itu disaksikan sendiri oleh Laila dan Manja. Mahmud sempat menelefon Dato Razali sblm menghembuskn nafas terakhir. Akhirnya Azman dibawa ke tali gantung dan menimbulkan dendam yg membara di hati Imran utk membalas dendam.
Sejak itu Laila dan Manja terpisah dan Laila tlh berjumpa Dato Razali dan tinggal bersama dia sekeluarga, manakala Manja pula hilang ingatan dn tlh dipanggil sbg Malik oleh Pak Mat yg menjumpainya. Laila tak disukai Atie anak Dato Razali dan akhirnya dia dihantar ke London.
Imran pula mempunyai rencana jahat utk menjatuhkan Dato Razali.
Apakah yg akan berlaku seterusnya? adakah Laila akan bertemu dgn Manja adik yg selama ini dicrinya? adakah Imran akan meneruskan rngn jahatnya apabila mengetahui kisah sebenar di sebalik kematian ayahnya? adakah hubungan antara Laila dan Azli akan berakhir dgn bahagia? ke manakah Atie membawa diri stlh malu dgn apa yg dilakukannya terhadp Laila dulu? apa niat Azie terhadap Azli sbnrnya?
Nantikan dan kita saksikan episod ni sampai habes ek.... Love this series!

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...