Assalamualaikum w.b.t
Hari ini, hari ke 9 kita menyambut Syawal. rasanya belum terlambat mengucapkan Salam Mubarak Aidilfitri yang mulia untuk semua. Semoga hari kemenangan kita menahan segala dugaan di bulan Ramadhan mendapat barakah yang tak terhingga daripada Allah di bulan Syawal ini.
Alhamdulillah Syawal tahun ni walaupun sederhana tapi aku cukup bersyukur sebab masih lagi menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Semoga akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal akan datang, Amin....
Ye la, dulu tak tahu apa-apa pasal penjagaan makanan ni, main hentam je makan apa yang suka, sekarang ni kena fikir dulu apa yang nak makan sebab badan kita adalah apa yang kita makan! Renung-renungkan ye:)
Teringat masa hari raya zaman kanak-kanak dulu, mesti kena ada baju raya, kasut raya, dan tudung raya. Kalau takde benda tu semua rasa macam tak seronok. Kemeriahan masa kanak-kanak sangat berbeza."Excited" nak sambut raya tu sampai tak boleh tidur malam. Asyik ingat esok Hari Raya! Sebelum tu mesti curi-curi pakai kasut raya sebab kasut setahun sekali mak belikan yang cantik. Main bunga api dan rumah mesti pasang pelita. Pastu mesti dapat duit raya banyak. Masyallah, perasaan tu tak boleh nak digambarkan sebab kenangan tu takkan terulang lagi tambah-tambah bila dah jadi seorang yang dewasa sekarang ni. Pengertian kemenangan di bulan Syawal 100% berubah. Rupa-rupanya Syawal adalah bulan di mana kita raikan kemenangan setelah sebulan kita berperang dengan hawa nafsu, lapar dan dahaga dan dugaan sama macam mereka yang kurang bernasib baik.Berusaha mengejar redha Allah dan memohon kebaikan di dunia dan akhirat sebab pintu-pintu kebaikan terbuka luas. Dan bila kita berjaya, itulah kemenangan sebenar dalam mengejar erti Syawal.
Aku adalah orang yang tak punya apa-apa, tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan apa saja yang aku inginkan. I'm nothing but I've everything, Insyaallah.....Semoga Allah akan perkenankan segala-galanya untukku. Dan aku kena selalu ingat bahawa tak semua orang yang gembira akan terus gembira sebab akan ada hari dia berduka dan tak semua yang berduka akan terus berduka sebab akan ada hari dia bergembira.
Allah itu Maha Adil dan seadil-adilnya adalah Dia!
Minnalaidilwalfaizin,
Walllahualam,
Linlone:)
No comments:
Post a Comment