Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah aku dengan keadaan sihat walafiat dengan izin Allah masih di sini. Lagi beberapa hari kita akan meninggalkan tahun 2012 dan akan menempuh tahun yang baru 2013 yang semestinya akan lebih mencabar. Dengan pertambahan umur yang semakin matang diikuti baki umur yang semakin sedikit, diharapkan semoga kita akan lebih matang tentang kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang akan berlaku pada kita nanti dan diharapkan semoga perkara yang baik akan kita lalui In Shaa Allah.....
2012 adalah tahun yang sangat menduga dan mencabar bagi aku. Tahun yang penuh dengan ujian daripada Allah. Tahun yang banyak mengajar aku erti hidup dan pengalaman yang sangat berharga. Namun aku bersyukur kerana dengan semua itu, aku semakin kenal diri sendiri dan In Shaa Allah akan berusaha perbaiki segala kekurangan....
In Shaa Allah segala cabaran pada hari mendatang akan buat kita jadi lebih menjadi tabah dan matang untuk menghadapi segala masalah. Masalah pasti akan sentiasa ada dan takkan pernah habis. Orang kata, hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Jangan takut dengan masalah sebab dengan masalah kita akan lebih faham dan kenal diri sendiri dan orang sekeliling yang mana akan sentiasa bersama kita. Setiap hari kita akan menghadapi masalah, kadangkala kita sendiri yang bawa masalah tu, tapi kadangkala orang lain yang datangkan masalah tu. Apa yang boleh kita lakukan adalah jangan terlalu banyak berfikir dan sentiasa hadapinya dengan tenang dan letakkan sandaran kepada Allah, In Shaa Allah kita akan berjaya selesaikannya.....
Setiap hari kita perlu belajar benda baru tak kiralah belajar dari mana pun asalkan kita boleh belajar. Belajar memasak, belajar menjahit, dan macam-macam lagi. Belajar jadi orang yang lebih baik pun dikira belajar juga dan belajar cara nak buat promosi dan kenalkan orang lain dengan Herbalife pun kita belajar. Belajar memahami ragam manusia, perangai manusia, dan lebih utama belajar untuk jadi lebih sabar dan kuat semangat. Bab ni memang tiada siapa yang boleh tolong melainkan kita yang nak tolong diri sendiri....
Bukan semua orang ditakdirkan untuk jadi pemimpin dan bukan semua orang ditakdirkan hanya untuk dipimpin. Kita kena timbal balik dan seimbangkan segalanya mengikut keadaan yang sepatutnya. Kadang-kadang kita perlu jadi pemimpin dan kadangkala kita juga perlu dipimpin. Apa-apa pun kita letakkan semuanya pada asas diri kita. Jika niat kita untuk memimpin sesuatu ke arah kebaikan, In Shaa Allah, Allah akan permudahkan. Tapi harus dengan sifat-sifat selayaknya seorang pemimpin. Renungilah kata-kata Jim Rohn seorang pakar motivasi perniagaan terkenal dunia. Boleh jadikan prinsip dalam Herbalife ni....:)
Semoga segala memori 2012 akan sentiasa terpahat dalam hati. Apa yang baik akan diteruskan dan apa yang kurang baik akan ditinggalkan dan jadikan sebagai sempadan hidup dan jangan sesekali ulanginya. Hargailah apa yang kita ada selagi benda tu ada di depan mata, jangan nanti kita menyesal kemudian hari bila kita dah benar-benar kehilangan untuk selamanya. Peluang takkan datang berkali-kali, maka yang sekali inilah perlu kita hargai....
Tinggalkan dan sangkutkan segala kesedihan dan kepedihan di belakang sebagai memori dan semoga perjalanan pada masa akan datang akan lebih bermakna. Selagi kita belum diambil oleh Allah maka selagi itulah kita pegang amanah hidup, jadi laksanakan dengan baik untuk mendapatkan 3 nikmat dalam hidup iatu nikmat kesihatan, nikmat kehidupan dan nikmat rohani.
3 nikmat hidup di dunia adalah nikmat kesihatan iaitu kita perlu jaga kesihatan diri sendiri dan orang-orang yang kita sayang dengan sebaiknya. Nikmat kehidupan pula ialah kita merasai "hidup" dengan buat perkara yang kita suka dan beli apa yang kita mampu beli. Hayati dan gembira dengan nikmat hidup sebaiknya. Manakala nikmat rohani pula ialah kita tak lupa tanggungjawab pada mereka yang memerlukan dan juga tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta. Kaya harta takkan bermakna tanpa kaya jiwa!!!
Diharapkan semoga kita akan sentiasa dapat apa yang kita inginkan, bukan hanya keinginan duniawi semata-mata tapi keinginan ukhrawi perlu diseimbangkan juga. Pasang azam yang sebaiknya dan jangan alpa dan leka dengan satu keinginan dengan melalaikan keinginan yang satu lagi tu ye... Walaupun azam tahun 2012 ada yang belum tercapai tapi aku akan bawa azam tu untuk tahun 2013.
In Shaa Allah, jumpa lagi nanti pada entri tahun 2013 dan kepada pembaca linlone.blogspot.com semua terima kasih untuk email teguran dan sokongan anda.Tegurlah diri ini andai ada kesilapan yang saya lakukan untuk setiap entri yang saya "post".
Selamat tinggal 2012, Selamat datang 2013!!!
Wallahualam
Linlone:)
No comments:
Post a Comment