Friday, June 13, 2014

BeGiTu LaMa

Assalamualaikum w.b.t

Really miss you! Begitu lama aku bertapa, baru hari ni aku berjaya memunculkan diri. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah. Lama tak menjengah apatah lagi menulis blog ni. Ada sesiapa yang rindu tak?hehehe.

Alhamdulillah, kerja seperti biasa. Mengajar dan belajar menjadi guru terbaik buat anak-anak. Mereka belajar dengan kita dan kita belajar dengan mereka. Give and take!








Sepanjang cuti sekolah ni, sekolah buat Kem Sains dan memasak bersama mereka. Keletah yang kadangkala buat aku geram jugak la. Biasalah anak-anak ni kalau dah bermain tak ingat dunia kat mana mereka berada. Yela, mereka bukan macam kita yang dewasa ni kan, semua main balun je. Takde malu dan tak perlu fikir apa-apa, yang penting dapat main, dapat makan, dapat tidur..Ketawa senyum bila dapat main, menangis bila kena marah....Seronok jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir macam-macam perkara. Tapi peluang jadi kanak-kanak hanya sekali seumur hidup. Apa yang kita akan lakukan jika kita dapat peluang jadi kanak-kanak semula??? Soalan cepugangsa ni...Fikir-fikirkan ye.

Semakin berdebar-debar sebab tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi majlis. Busu dan Mak Usu orang yang paling banyak sibuk tolong aku dan adik-adik buat persiapan dan bagi tunjuk ajar apa yang patut. Almaklumlah kami dah takde Mak Abah kan, orang tua yang nak bagi tunjuk ajar da takde. Alhamdulillah ada lagi yang sudi membantu dan rasa risau sebagai orang tua dalam buat majlis besar macam ni. 

Selepas ni tanggungjawab makin besar, harap-harap badan saya takkan bertambah besar ye.huhuhu.... Just kidding. Lepas ni sekali lagi kehidupan aku akan pusing 360 darjah. Ya Allah berikanlah aku kebahagiaan dunia dan akhirat bersama dia dan berikan kebahagiaan kepada kedua-dua adikku juga Ya Allah. Semoga bahagia itu milik kami Ya Allah.


Rumah sedang berhabuk-habuk. Tinggal gambar-gambar ni je kenangan rumah Arwah Mak dan Abah sebab kami adik beradik berpakat ubahsuai sikit demi sikit. Tak lama lagi akan bertambah ahli keluarga lain kan. Harapan aku agar kami dapat hidup harmoni dan sepakat. In Shaa Allah...


Tahun pertama berpuasa tanpa Mak dan tahun kedua berpuasa tanpa Abah. Tak tau macam mana keadaan tu nanti tapi doakan semoga kami diberi kekuatan. Sama-sama kita imarahkan Ramadhan kali ni dengan penuh kesyukuran dan amal ibadat berpanjangan sebab kita masih ada peluang untuk berpuasa lagi. Selamat menyambut Ramadhan dan semoga puasa kita tahun ni akan lebih barakah In Shaa Allah..


Wallahualam,

Sunday, March 16, 2014

tErHaLaL UnTuKku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bertemu dalam blog lagi. dah sebulan tak menulis. Kesibukan yang berpanjangan. Dengan sekolah dan persiapan. Bercakap tentang sekolah, syukur semakin selesa dan rapat dengan anak-anak walaupun kadang kala kekeringan idea cara untuk menarik perhatian mereka. Tapi dengan izin Allah segalanya jadi mudah. Semoga Allah sentiasa meminjamkan pengetahuan dan kekuatan untuk anak-anak semua In Shaa Allah....

Berkaitan tajuk entri kali ni "Terhalal Untukku" berkait rapat dengan apa yang akan aku lalui dalam kurang 4 bulan ni. Doakan kebahagiaan aku untuk dunia dan akhirat ye pembaca sekalian bersama En. A.   Persiapan baru 20 peratus siap dan Alhamdulillah segalanya dengan bantuan adik-adik kesayangan aku, Mimi dan Adik yang bersusah payah bagi idea dan menemani aku membeli belah malah turut sama-sama menyumbang, Kak Long tak tahu macam mana nak balas budi adik-adik Kak Long. Semoga Allah akan sentiasa memberi yang terbaik untuk kamu berdua dunia dan akhirat, Amiinnn....


Buat masa sekarang, goodies bag untuk tetamu dah beres. Aku adik beradik berpakat hadiahkan dan wakafkan Surah Yasin untuk para tetamu. Semoga dengan hadiah ni Arwah Mak dan Arwah Abah akan dapat nanti, In Shaa Allah...

Tema pulak, aku ikut pilihan adik, warna champagne untuk resepsi. Ikutkan En. A dia memang taknak warna terang. Almaklumlah kami berdua memang pemalu, hahaha....pakai terang-terang nanti menyerlah sangat la pulak kan. Segalanya aku serahkan pada Adik.

Sebenarnya rasa sangat takut sebab segala persiapan kami buat sendiri dan mana yang tak tahu kami minta pendapat dan pertolongan mak-mak saudara, maklumlah kami anak yatim piatu kan takde lagi dah mak abah yang akan bantu uruskan majlis nanti. Ya Allah lancarkan majlis perkahwinan kami Ya Allah. Permudahkan segalanya bagi kami. Yang paling penting agar niat kami nak menjamu tetamu dipermudahkan dan meraikan kami adik beradik dalam menerima keluarga baru.




Ya Allah,
Izinkan dia menjadi suami soleh untukku dan aku menjadi isteri solehah untukknya,
Izinkan dia menjadi imamku dan aku menjadi makmumnya,
Izinkan dia menjadi mujahidku dan aku menjadi mujahidahnya,
Dan izinkan kami melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, hafiz dan hafizah (al-hufaz) dalam menegakkan agama di jalanMu dan memegang kalimah La Ilaha illallah Muhammadur Rasulullah
Amiin, Ya Rabbal 'alamin....

Wallahulam....


Sunday, February 16, 2014

LaUGhT AnD LaUgHtEr

Assalamualaikum w.b.t

Allahu Akhbar! Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan dan umur yang panjang lagi hari ini... Syukran Ya Allah!

Hai guys...Hai pembaca blog linlone...uweks macam perasan je ramai pembaca blog aku ni. Takpe la kan, kepada sesiapa yang dah pernah baca dan nak baca blog aku ni sila-silakanlah dan syukran jazilan sebab sudi nak baca...

Diam tak diam da 2 bulan kita masuk tahun 2014 dan tinggal 10 bulan je nk masuk 2015 kan...bermakna aku dah masuk umur 3 series. Alhamdulillah, diberi umur yang panjang, sihat sejahtera dan boleh meneruskan kerja seharian, Amiiin amiiin Ya Rabbal 'alamin.... So, I wish Happy Bithday to myself! (",)



Syukur, happy dengan anak-anak Little Caliphs, happy dengan kerja dan jadi semakin sayang, kalau tengok muka anak-anak tu pastu dapat pelukan lagi rasa sangat touching. Happy sangat-sangat. Kenakalan dorang memang buat hati geram tapi bila dah marah tu rasa menyesal sangat, lagipun teacher Linda memang failed bab marah, kalau marah tu tak sampai 5 minit dah gelak-gelak balik dengan dorang. Ish...ish.... Jom tengok gambar-gambar dorang jap ek...

 Founder, Pn Hjh Sabariah Faridah, Principal, Pn. Razkiah and us, all the teachers.
 Subhanallah comel sangat tulisan ni kan?

Hasil seni lukisan tangan anak murid saya...well done dear.
 
 Tak sabar nak main kat playground dorang ni...excited semacam je.
 Peace....
 Pencil holder untuk projek art n craft mereka last week.
 First time pegang gunting, beria-ia sangat...
 Kalau pasal posing, memang hebat...

Alhamdulillah, selamat bergelar tunang kepada Mr. A dan In Shaa Allah akan bergelar makmum kepada seorang imam. Terima  kasih yang tak terhingga kepada Allah sebab menemukan hati-hati kami untuk bersatu dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendokan kami. Kalau Mak Abah masih ada mesti merekalah yang paling gembira. 

 Antara hantaran untuk Mr. Tunang
 Ada telur merah lagi dan angsa comel.
 Coklat teddy untuk Mr. Tunang.
 Sejadah dan kain pelikat.
 Jam tangan khusus buat dia.
 Buah-buahan, sireh junjung dan tepak sireh.
Cupcakes, pink and purple theme
Si bunga rampai
Agar-agar gula merah

Inilah mini pelamin hasil kreativiti adik
Hantaran daripada dia
Candy buffet yang serba pink
Goodies bag untuk para tetamu
Kuatkanlah ikatan kami adik beradik Ya Allah supaya kami sentiasa menyokong antara satu sama lain, dan kukuhkanlah hati-hati kami dengan silaturrahim yang mawaddah.




Terima kasih Ya Rabb kerana menghadirkan aku dengan insan-insan yang sentiasa menyokong dan berada di belakangku. Terima kasih Ya Khaliq kerana memberi aku kekuatan dalam kehidupan yang mencabar nafsu amarahku. Tetapkanlah iman dan ketakwaanku dan jadikanlah hubungan kami halal dan sah keranaMu dan permudahkanlah segala urusan perkahwinan kami nanti. Panjangkanlah jodoh kami hingga ke JannahMu dan jadikan kami untuk saling mencintai hanya keranaMu Ya Allah....

Doakanlah yang terbaik untuk kami dan semoga Allah sentiasa membuka pintu-pintu mawaddah,kasih sayang dan cinta sejati untuk kita semua dan hanya keranaNya...

Wallahualam,

Wednesday, December 25, 2013

AkU iNGiN BeRuBaH

Assalamualaikum w.b.t

Masya-Allah rindunya nak menulis blog. Hari cuti ni dapatlah curi sikit masa berblog. Entri hari ini aku cuma nak kongsi cerita bagaimana aku terdetik untuk berubah. Berubah yang In Shaa Allah selama-lamanya selagi aku bernafas di muka bumi Allah ni. Wahai Allah jauhkanlah aku daripada hasutan dan godaan syaitan yang bisa menggoyahkan keimanan aku yang nipis ini Ya Allah....

Sebelum ini aku memang sudah bertudung tapi tudung yang aku pakai macam tak cukup syarat yang ditetapkan syariat malah kadang kala tak menutupi dada. Begitu juga dengan pakaian, walaupun dah berlengan panjang tapi tetap ketat. Astaghfirullah... Begitulah jahilnya aku dahulu. Sesuka hati berpakaian tanpa memikirkan natijahnya di Sana nanti.

Tidak aku nafikan bahawa aku mengaku sebagai Islam seorang Muslimah tapi hakikatnya aku sangat jauh daripada Islam. Aku bersolat tapi perkara lain aku pandang enteng, semuanya ambil mudah. Jadi bagaimana dengan solat aku? Apakah solatku Allah terima? Segala dosa-dosaku akan Allah ampunkan? Aku bersolat tapi kemudian aku berpakaian ketat dan bertudung pendek. Seolah-olah solat yang aku lakukan tadi adalah sia-sia. Kemudian, mak abah yang di sana terus menerima azab kerana aku. Aku menyeksa kedua ibu bapaku bukan menyenangkan ibu bapaku. Ya Allah zalimnya aku sebab aku mak abah merana kat sana. Itulah perkara yang buatkan aku kembali kepada fitrah Islam yang mengaku kalimah "Laa illaahaa illah". 

Kemudian dijadikan cerita, Allah benar-benar membantu perubahan dan penghijrahan aku, Allah membuka ruang rezeki apabila aku diterima bekerja di Little Caliphs, Islamic Pre-School di mana budayanya adalah Islam. Subhanallah, begitu sekali kasih sayang Allah kepada aku. Aku belajar erti sabar, ikhlas dan menyayangi sepenuh hati. Walau siapa pun kita, bila hidayah Allah menyapa, nikmat itulah yang terasa sangat indah. Setiap hari aku dikelilingi khalifah kecil Allah yang mana doa mereka sangat mustajab, kata-kata mereka ikhlas, ketawa mereka menyenangkan. 

Terus terang aku katakan yang aku punya banyak dosa. Dosa-dosa silam yang aku rasa mampu mencampakkan aku ke Jahannam. Dosa yang aku kesalkan setiap masa. Jika aku boleh kembali ke masa tu, aku takkan sesekali melakukannya tapi aku kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan yang selalu mengelilingi aku. Namun aku yakin, Allah Maha Pengampun, dosa silam bukan penghalang untuk aku berubah. Aku taknak terus menjadi hambaNya yang sentiasa dihimpit rasa berdosa.Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa silamku. Kau ampunkanlah diriku Ya Allah...

Alhamdulillah, aku masih sempat disapa Allah sebelum ajal menjemput aku. Aku dipilih Allah. Biarlah aku mengalami perubahan sedikit demi sedikit tapi istiqamah melakukannya. Aku adalah aku yang baru untuk masa depan. Aku hargai diriku di masa lepas kerana tanpa segalanya aku pasti takkan berubah. Namun penyesalan tetap berbekas di dalam hati selamanya.

 Aku berdoa agar setiap daripada kita adalah insan terpilih untuk berubah. Berubah walaupun perubahan itu amat payah untuk kita. Semoga kita terus berdoa agar hidayah Allah itu adalah untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Semoga nikmat iman akan terus kita peroleh. 

 Allah, nak jadi solehah bukan mudah. UjianMu terlalu banyak untuk aku lalui kerana dengan ujianMu itulah penentu arah kehidupanku. Namun Allah, tiada yang aku pinta selain ketekunan dan kesabaran agar aku terus istiqamah dalam menempuh ujianMu yang berat. Izinkan aku berjuang untuk merebut JannahMu. Allah, pandanglah aku dengan pandangan kasih sayangMu dan izinkanlah aku mencintaiMu dan RasulMu melebihi cintaku kepada makhlukMu. Bahagiakanlah aku dengan kasih sayangMu.
Apabila kita ingin membawa diri kita kepada perubahan, bayangkan seperti kita berada di 2 persimpangan berbeza. Satu jalan lurus menuju kebahagiaan dunia semata-mata kerana biasanya jalan nikmat dunia adalah mudah dicari dan satu jalan lagi jalan penuh liku kerana jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat biasanya penuh dengan cabaran dan ujian. Pilihan itu ditangan kita. Ingin jalan yang lurus atau jalan yang berliku. Tepuk dada tanya selera....

Doakan diriku agar terus memilih jalan yang berliku sebab aku ingin berubah. Aku juga akan mendoakan kalian agar bersama-sama memilih jalan tu. Tanamkan dan niatkan perkara yang baik dan positif setiap hari sebab bila kita sentiasa postif In Shaa Allah kita akan berusaha jadi seorang yang positif. 70% badan kita adalah air, dan sifat air adalah merakam, jadi bila kita berniat yang baik, badan kita akan merakam perkara yang baik dan akal dan hati kita akan berusaha dapatkan perkara yang baik tu.

Wallahualam,

Sunday, December 1, 2013

360 DaRjAh

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi Allah bernafas lagi di atas muka bumi Allah yang amat luas hari ini.  Banyak perkara yang aku rasakan terlalu pantas berlaku yang mengubah kehidupan aku 360 darjah.Segalanya berubah.

Perkara pertama, Mak pergi selama-lamanya. Kehilangan Mak secara tiba-tiba buat aku rasa amat tak bersedia kerana selama ni aku berulit dengan Mak 24 jam 7 hari seminggu. Tapi aku harus redha sebab Allah sangat menyayangi Mak. Aku cuba memahami erti kehilangan tanpa kepulangan.

Perkara kedua, Alhamdulillah aku sekarang sudah bekerja. Cikgu di Tadika Little Caliphs Merlimau. Dulu beria-ia taknak jadi cikgu tapi akhirnya....Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah bagi rezeki sangat cepat. Semoga rezeki ini akan mendapat barkah Allah dan seikhlasnya aku akan menyayangi khalifah kecil yang diamanahkan kepada aku dengan sepenuh ikhlas, In Shaa Allah. Aku akan kutip seberapa banyak pengalaman dan semoga akan berguna kepada aku suatu hari nanti.
Perkara ketiga, aku akan berubah status daripada bujang ke tunangan orang dan seterusnya isteri seseorang. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati aku sekali lagi untuk menerima seseorang dalam kehidupan aku. Tapi kali ni, hubungan yang lebih serius dan matang. Hubungan yang lebih suci dan halal ke arah membina sebuah keluarga yang mawaddah, In Shaa Allah. Allah telah membuka pintu hati kami untuk saling menerima. Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kami ini dengan roh kasih sayang dan cinta sejati dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah....

Aku percaya, setiap ujian yang Allah berikan untuk kita ada hikmahnya. Setiap kesakitan yang Allah beri ada ubatnya. Setiap kedukaan yang Allah beri ada kebahagiaannya. Sabar dengan segala ujian. 

Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...