Sunday, December 1, 2013

360 DaRjAh

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi Allah bernafas lagi di atas muka bumi Allah yang amat luas hari ini.  Banyak perkara yang aku rasakan terlalu pantas berlaku yang mengubah kehidupan aku 360 darjah.Segalanya berubah.

Perkara pertama, Mak pergi selama-lamanya. Kehilangan Mak secara tiba-tiba buat aku rasa amat tak bersedia kerana selama ni aku berulit dengan Mak 24 jam 7 hari seminggu. Tapi aku harus redha sebab Allah sangat menyayangi Mak. Aku cuba memahami erti kehilangan tanpa kepulangan.

Perkara kedua, Alhamdulillah aku sekarang sudah bekerja. Cikgu di Tadika Little Caliphs Merlimau. Dulu beria-ia taknak jadi cikgu tapi akhirnya....Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah bagi rezeki sangat cepat. Semoga rezeki ini akan mendapat barkah Allah dan seikhlasnya aku akan menyayangi khalifah kecil yang diamanahkan kepada aku dengan sepenuh ikhlas, In Shaa Allah. Aku akan kutip seberapa banyak pengalaman dan semoga akan berguna kepada aku suatu hari nanti.
Perkara ketiga, aku akan berubah status daripada bujang ke tunangan orang dan seterusnya isteri seseorang. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati aku sekali lagi untuk menerima seseorang dalam kehidupan aku. Tapi kali ni, hubungan yang lebih serius dan matang. Hubungan yang lebih suci dan halal ke arah membina sebuah keluarga yang mawaddah, In Shaa Allah. Allah telah membuka pintu hati kami untuk saling menerima. Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kami ini dengan roh kasih sayang dan cinta sejati dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah....

Aku percaya, setiap ujian yang Allah berikan untuk kita ada hikmahnya. Setiap kesakitan yang Allah beri ada ubatnya. Setiap kedukaan yang Allah beri ada kebahagiaannya. Sabar dengan segala ujian. 

Wallahualam,

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah...jalani la kehidupan dengan penuh rasa kesyukuran

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...