Tuesday, November 15, 2011

AkHiRnYa AkU kAhWiN! - HeRnA DiAnA

Tajuk : Akhirnya Aku Kahwin!
Novelis : Herna Diana
Terbitan : Alaf 21/2011
Bil. m/s : 481
Tagline : Ingat senang ke mencari cinta sejati?

Novel ini adalah novel kedua yg aku baca hasil karya novelis Herna Diana selepas Cinta 3 Suku. Apalagi macam biasa buat masa ni kredit dan terima kasih kpd sepupuku yg comel, Atie sbb bg akak linlone pinjam buat peneman tido dlm beberapa hari ni :)
Herna Diana ni da mula memikat hati aku dgn gaya bahasa penulisannya yg bersahaja, komedi romantik, humuristik ala-ala comel gitu yg buat otak aku ni rileks je baca dr mula sampailah habis. Genre komedi romantik, jadi banyakla babak-babak yg menggelikan hati. Thumbs up la!:)

Pengajaran yg aku dpt dpd novel ni byk antaranya adalah:-

1. Setiap makhluk kat bumi ni Allah ciptakan punya kekurangan dan kelebihan masing2, ala maksudnya bukan manusia tu sempurna. Jadi terpulanglah pd manusia tu sama ada nk jadikan kekurangan tu sebagai kelebihan atau gunakan kelebihan yg ada sebagai kekurangan. Korang fikirla sendiri maksudnya ek, ngee ngeeeeeee....
2. Apa jua kejadian yg berlaku pasti ada hikmah tersembunyi yg sebelum tu adalah rahsia Allah. Bila kita rasakan hikmahnya barulah kita sedar Allah memang sayang kat kita...
3. Jangan sesekali kita menilai seseorang tu berdasarkan rupa fizikal je tau sebelum kita kenal dia sebab tak kenal maka tak cinta, da kenal ambik ko, terus melekat....hehehehe....

Macam biasa aku cerita kat korang ek sinopsis novel ni ikut pembacaan aku..jooooom baca....

Watak utama ialah Nurdiana Ismail a.k.a Didi, seorang yg tersangatlah comel fizikalnya tp hati baik punye. Oleh sebab fizikalnya yg ala2 Adibah Noor tu atau cikitnye lebih kurang macam aku la kan, DD a.k.a Diana Debab..Janji hati mau senang....hehehe....
Kisah ni start bila Didi ni terlanggar seorang mamat sengal yg dok melintas jln tanpa pandang kiri, kanan dan kiri sbb nk kejar awek yg merajuk. Pas Didi langgar dia dok antar hospital pastu bwk balik rumah dan terus jd anak angkat umi dan abah Didi. Amacam? ni baru intro....Nama mamat tadi ialah Syafiq. Didi pun jadi anak angkat mama dan papa Syafiq ni jugak tau.
Didi ni mcm gadis2 yg lain jugak, ingin disayangi dan menyayangi insan bernama lelaki tp nasib selalu tak menyebelahinya krn fizikalnya dia sering dipersenda. Begitu jgk dgn Azlan, yg dia sangka menyayanginya setulus hati tapi rupanya sama mcm yg lain. Kehilangan insan tersayang iaitu kedua ibu bapanya sgt2 menyentuh hati masa baca dan aku jadikan sebagai klimaks utk novel ni. Namun kelukaan hati diceriakan dgn kehadiran Syafiq dan rakan Facebook dia Terhangat^Di^Pasaran...
Kehadiran dirinya di tengah2 keluarga angkatnya sendiri tidak disenangi oleh Syafiqah, adik bongsu Syafiq dan kehadiran Syafizi jgk membuatkannya bertambah buntu sbb Syafizi ni suka mengacau ketenteraman hidupnya. Nak tau kesudahannya,kenalah dptkan novel ni di pasaran sbb mesti korang tertanya2 adakah Didi akan menemui cinta sejatinya? Apa jadi pd hubungannya dgn si Syafiqah tu dan apa kaitan pulak Syafizi dgn mamat Terhangat^Di^Pasaran?

Pssssstttttt kpd novelis Cik Herna Diana<<<<<<
Part yg nk last2 tu macam tak puas la. Penceritaannya sikit sgt kalaulah dikembangkan mesti best sbb alih2 baca aku sebut aik?????? Tp dr sudut lain, macam gempaq suspen la plak.....hehehe jgn mrh ye novelis Herna Diana....;)


No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...