Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ni ada berjumpa dengan anak buah mak, sebaya dengan aku dan dia mengutarakan persoalan tentang jodoh. Dia mengeluh sebab dia masih belum mempunyai teman istimewa atau seseorang yang boleh dijadikan suami. Keluhan tu, aku rasa amat berat dan dia seolah-olah sudah berputus asa dengan jodoh. Selalu berjumpa dengan jodoh yang salah dan perkara tu amat membimbangkan apabila dia fikir tentang umur yang kian meningkat. Apa yang boleh aku katakan padanya? Kerana aku sendiri dalam masalah yang sama. Tiada punya teman istimewa, tiada punya calon yang selayaknya untuk menjadi imamku. Aku juga takut dan serik dengan kejujuran seorang lelaki. Namun aku bersyukur sebab aku berpisah dan tidak meneruskan hubungan tersebut malah hari ini aku ingin sekali mengucapkan terima kasih padanya kerana dia, inilah aku sekarang! Aku menjadi semakin kuat, semakin bersemangat untuk bina kejaya, semakin berdikari dan semakin menyayangi diri aku sendiri. Semakin kita berani hadapi kenyataan, semakin kita akan berjumpa dengan hikmahnya. Namun jika kita semakin takut dengan kenyataan, kita akan selalu persoalkan hikmah tersebut. Bersyukur kerana kita dipilih untuk menghadapi ujian, bersyukur kerana kita adalah orang yang teruji jadi jangan mengeluh jika tiada sesiapa yang istimewa untuk kita kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk kita. Jodoh dan maut adalah rahsia Allah dan amat misteri untuk kita rungkaikan namun apa yang boleh dilakukan adalah terus berdoa dan bertawakal moga-moga akan ada kehidupan yang lebih baik dan bahagia untuk kita di dunia dan akhirat kelak, Insyaallah.....
Bukan susah untuk senang dan bukan senang untuk susah. Pokok pangkalnya adalah hati dan usaha berdoa sungguh-sungguh moga Allah perkenankan segala doa. Tapi perlu ingat, berdoa tanpa usaha tiada gunanya juga. Kena usaha betulkan diri agar jadi lebih baik untuk dapatkan yang terbaik dan perlu sentiasa positif dengan diri sendiri dan katakan pada diri sendiri setiap hari - "Aku sayang diri aku". Jadi bila kita sayang diri kita, kita takkan lakukan kerosakan untuk diri kita bahkan kita akan sentiasa cuba dapatkan dan lakukan yang terbaik untuk diri kita.
Tiada siapa yang dapat ramalkan apa akan terjadi pada hari esok apatah lagi pada masa depan kan? Mungkin hari ini kita susah, siapa tahu esok kita akan senang dan mungkin hari ini kita senang, tak mustahil kita akan jadi susah esok. Segala-galanya boleh terjadi! Tapi jangan sesekali kita putus harap dengan tuhan sebab Allah tu kan Maha Tahu, tahu apa yang ada di langit dan di bumi. Yakin bahawa Allah adalah pengatur yang Maha Hebat. Itulah namanya Misteri kehidupan!
Namun bila kita ada rasa bersyukur, kita akan sentiasa rasa kecukupan walaupun hal atau barang tu sedikit. Sifat-sifat mazmumah ni lah yang sering mengkaburkan dan menyusahkan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Dan ingatlah, segala sifat mazmumah ini akhirnya akan memakan diri sendiri dan menghancurkan orang lain.
No comments:
Post a Comment