Sunday, August 4, 2013

RaMaDan & SyAWaL TaNpA AbAh

Assalamualaikum w.bt

Ya Allah, beratnya rasa rindu pada Arwah Abah. Rindu dia sangat. Ramadan dan Syawal pertama tanpa Arwah Abah. Banyak kenangan tak boleh lupa bila berpuasa dan raya dengan Arwah.

Kenangan Ramadan # 1
Arwah orang paling awal yang akan duduk kat meja waktu berbuka dan orang paling lambat waktu bersahur.

Kenangan Ramadan # 2 
Arwah Abah akan kejutkan aku bangun masak sahur sebab dia orang yang paling awal bangun.

Kenangan Ramadan # 3
Arwah Abah tak pergi terawih sebab dia cakap terawih tu sunat tapi jaga dan teman Mak wajib.

Kenangan Ramadan # 4
Penghujung Ramadan mesti dia akan beli tulang lembu dan suruh masak sup tulang. Arwah Abah suka makan sup cicah roti.

Kenangan Ramadan # 5
Arwah Abah suka bubur lambuk masjid Sg. Rambai. Tahun lepas setiap hari dia pergi ambil bubur tu. Lepas solat mesti dia akan habiskan.

Kenangan Ramadan # 6
Arwah Abah tak pernah cerewet pasal juadah berbuka dan bersahur, apa yang ada itu yang dia makan. Tak pernahlah Abah minta suruh masakkan macam-macam. Paling tidak pun dia akan beli kalau teringin.

Kenangan Syawal # 1
Arwah Abah mesti minta sambal kacang dengan kari ayam dan teh susu. Itu memang hidangan wajib yang mesti ada setiap kali raya atas meja.

Kenangan Syawal # 2
Arwah Abah akan makan berulang-ulang kali. Sekejap-kejap dia akan ke dapur.

Kenangan Syawal # 3
Arwah Abah akan tanya mak berapa kilo daging, berapa ekor ayam nak beli. Semua kelengkapan masak dia akan sediakan.

Kenangan Syawal # 4
Arwah Abah tak pernah pakai kain samping.Apa pun Abah akan pakai baju melayu dia sampai ke petang.

Kenangan Syawal # 5
Arwah Abah suka makan kacang botak. Kacang tu macam kacang tanah tapi lebih besar dan digoreng dengan garam dan bawang putih, dia akan makan sambil tengok TV.

 Rindu sangat Arwah Abah, kami tak pernah berpisah lama tapi perpisahan ini adalah untuk selama-lamanya. Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas roh Almarhum Abahku Ismail bin Ibrahim, jadikanlah kuburnya taman syurgaMu Ya Allah....

I love my family....Love my Abah, Love my Mak, Love my little sister, Love my little brother.

Alhamdulillah Adik dah habis belajar dan sekarang secara rasminya dia dah ada Master in Tourism. Kakak kalah dengan Adik ni, Kedua-dua kakak cuma ada diploma dan ijazah je, Apa-apa pun syukur Ya Allah sekurang-kurangnya impian Arwah Abah tercapai nak tengok adik berjaya. Adik akan grad dengan 3.84 CGPA bulan November nanti. Alhamdulillah....

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan aku nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa selama aku berblog. Ampun maaf seikhlasnya dari hati.....

Wallahualam,

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...