CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 7, 2013

SeBeNaRnYa SaYa iStERi DiA - ZuRa AsYFaR


Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya aku tak "review" apa-apa novel kan? Jadi, untuk entri ini aku nak cerita dan bebel satu novel yang best dan santai karya Zura Asyfar. Sebenarnya penulis novel ni terlebih dahulu popular dikalangan pembaca cerpen dan novel online penulisan2u.com. Ooops, lagi satu link bagi sesiapa yang nak tahu kesinambungan novel ni tapi dibuat secara edisi khas sempena Hari Raya boleh klik sini mydarwisyashome.blogspot.com. Dan mengikut entri dalam blog penulis ini sendiri, novel ini akan dijadikan drama. Diharapkan akan jadi satu lagi siri drama terbaik nanti In Shaa Allah dan harap pelakonnya "menepati piawai" seperti dalam novel ini. 

Novel ini adalah terbitan Karya Seni dan paling best kita boleh beli secara online dengan penjimatan RM3 bagi setiap novel dan kos penghantaran adalah percuma! Kita hanya perlu mendaftar dan apabila selesai kita dah boleh "shopping"! 
 
Comel tak doodle ni? Baru belajar nak "berdoodle"....

Berbalik pada novel, Sebenarnya Saya Isteri Dia mengisahkan cerita pasangan Syafa Aqira dan Firash Arshad yang mana mereka terpaksa berkahwin kerana terlibat dalam satu insiden. Syafa Aqira atau Syaf ni tua empat tahun daripada Firash Arshad atau Firash@Acad. Kira macam perempuan berusia kahwin lelaki muda laa....Syaf ni merupakan kekasih kepada abang kandung Firash iaitu Farish dan anak angkat kepada mama Firash iaitu Datin Farizah. Insiden yang membawa perubahan mendadak dalam hidup dorang berdua ni adalah masa menghadiri ulang tahun kelahiran kawan dorang. Syaf dan Farish meraikan Raimi kawan rapat universiti dorang dan Firash meraikan Raina adik Farish juga kawan universiti dia. Tapi nak dijadikan cerita, Syaf yang sepatutnya datang dengan Farish terpaksa pergi majlis tu terlebih dahulu sebab Farish ada kerja yang perlu diselesaikan. Jadi si Raimi ni ambil kesempatan meletakkan pil khayal dalam minuman Syaf untuk menjadikan Syaf ni milik dia. Hal yang sama berlaku pada Firash bila Raina cuba untuk menggoda Firash. 
Dipendekkan cerita, dorang ni ditangkap oleh Farish yang kebetulan cari Syaf dan berlakulah sedikit konflik sehingga menyebabkan Syaf terpaksa berkahwin dengan Firash. Pada hari pernikahan dorang berdua ni, si Farish maut dalam kemalangan jalan raya. (Mungkin sebab terlalu kecewa dan menyesal sebab membiarkan Syaf berkahwin dengan Firash agaknya jadi dia memandu laju dan hilang kawalan kot!)
Selepas tu, mereka berdua berpakat merahsiakan perkahwinan daripada semua orang. Kat sini yang kelakar sebab masing-masing merahsiakan status mereka daripada kawan rapat masing-masing. Dapat lihat dengan jelas masa kat restoran bila kawan Firash iaitu Mie terjatuh cinta pandang kedua dengan Syaf dan Fara kawan Syaf tersuka pada Firash dan masa dorang terserempak kat butik sewaktu nak beli baju raya....
Bahagian paling seronok adalah masa Firash dan Syaf balik ke kampung bersama Datin Farizah. Pelbagai insiden melucukan dan seronok untuk dibaca.
Untuk nak jadi lagi mencabar, penulis telah menjadikan Firash untuk sentiasa bersama-sama dengan Syaf dan membuat kebetulan yang Firash perlu menjalani latihan praktikal di tempat kerja Syaf. Cubalah bayangkan macam mana seorang suami perlu merahsiakan bahawa ketua atasannya adalah isterinya sendiri dan dalam masa yang sama perlu merahsiakan status masing-masing.....
Nanti akan ada cerita yang kenapa Syaf melarikan diri daripada Firash dan macam mana Firash pujuk isterinya kembali dan apa kaitan Raina, Raimi, Datuk Fakhrullah dalam kehidupan mereka berdua. Kalau nak tahu lanjut kenalah beli novel ni dan tak rugi sebab kadang-kadang kita perlu pembacaan yang ringan dan santai sebab konflik dalam novel ni tak terlalu berat untuk kita faham malah kita terhibur dengan telatah dan perangai Syaf dan Firash ni. Gambaran penulis untuk kedua-dua watak adalah gaya yang comel dan manja. Watak kedua-duanya saling melengkapi dan kadang-kadang rasa macam geram je dengan Syaf ni sebab dia tak nampak tua walaupun dia lebih tua daripada Firash.....:)
Apa-apa pun, "happy ending" dan "sweet" sangat pasangan ni!

 Ilustrasi "Cover" depan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! 

Ilustrasi muka belakang novel yang ada sinopsis...

Di bawah ini adalah sinopsis yang aku "copy" dari karyaseni.my...Macam yang aku bagi tahu tadi, sesiapa yang buat pembelian secara online akan dapat diskaun RM3.00 untuk setiap buku. Banyak tau RM3 ni...Sangat untung dari segi masa memilih buku daripada terbitan Karya Seni dan pengangkutan ke kedai buku, hehehe.....
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Untuk novel ni aku bagi 4/5 bintang sebab best sangat..
In Shaa Allah nanti akan "review novel yang lain pulak ye...Membaca amalan mulia!!!

Sekian dulu.....

Wallahualam

0 Tukang Komen:

 
Hak Milik Kekal linlone.blogspot.com