Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih sihat dan tadaaa blog sudah bertukar wajah....:)
Masih dalam proses mencantikkan lagi blog ni dan nak tambah apa yang perlu supaya "Da Bomb" gitu, In Shaa Allah....
Hari ini, nak kongsi satu resepi Spagetti paling mudah dibuat dan sedap dimakan, In Shaa Allah kalau ikut selera aku la. Bahan-bahan pun sangat mudah nak beli dan ada dijual di mana-mana kedai / pasaraya berdekatan anda.
Inilah dia Spagetti Olio Kario Tomato....hehe....Rupa takde tapi rasa ada tau!
Jom kita tengok bahan-bahannya:
1 bungkus/peket spagetti (apa-apa jenama)
4 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar lada mesin/cili boh
1 tin cendawan
1 batang lobak merah
1 peket sosej (apa-apa jenama)
2 keping dada ayam
Mixed Herbs
Seasoning
Garam
Gula
Minyak/Butter/Marjerin
Jom layan gambar bahan--bahan yang sempat aku snap sebelum masak.
Aku guna jenama Kimball, spagetti ni direbus dengan sikit minyak supaya tak melekat masa tos nanti. Masa rebus tu pastikan periuk ditutup supaya spagetti ni lembut masa dimakan.Agak-agak da lembut, korang tapiskan/toskan.
Aku buat separuh peket je spagetti tu, jadi bahan-bahan tu aku bahagi 2 bahagian...Macam tomato biji ni tak kisah korang nak guna berapa biji pun ikut suka, aku cuma guna 2 biji je. Cara mudah je, Belah 4 tomato ni lepas tu, rebus dengan air sampai tomato ni jadi lembik dan hampir likat. Kemudian tunggu sejuk dan lepas tu dikisar bersama-sama air rebusan dia tadi. Makna kata blend semua. Ini adalah cara alternatif kita nak dapatkan pes tomato/ tomato puri. Bahan asli yang penuh Vitamin C dalam spagetti kita.
Inilah sosej yang aku gunakan, aku cuma potong menyerong je.
Cendawan butang ni aku belah 3, pastikan korang basuh dan tapis dulu ye. Jenama ni ada tanda HALAL...
Inilah dia 2 perasa yang menyedapkan lagi spagetti aku tu. Jenama McCormick. Jangan guna banyak sangat sebab tekstur rasanya agak kuat dan mesti rasa dulu ikut kesesuaian selera.
Kalau ada oregano itulah yang sebaiknya, resepi ni aku main tangkap muat je apa yang ada dalam stok simpanan.
Inilah dia kesemua bahan yang tiada dalam gambar tu korang faham sendiri la ye....hehehe.
Beza spagetti aku ini adalah aku tak gunakan daging kisar tapi aku gantikan dengan ayam rebus yang dikisar dan berikan sikit kelainan tekstur rasanya yang lebih halus.
Cara-caranya:
1. Rebus Spagetti sampai lembut dan toskan.
2. Segala jenis bawang tu korang potong dadu.
3. Sosej potong menyerong.
4. Belah cendawan butang.
5. Lobak merah didadukan.
6. Rebus ayam sehingga empuk dan toskan air rebusan ayam jangan dibuang. Mesin ayam rebus dengan sikit air sehingga hancur.
7. Rebus tomato biji sampai likat dan sedikit hancur, sejukkan dan blend halus.
8. Panaskan minyak/butter/marjerin dan tumiskan bawang sampai naik bau kekuningan.
9. Masukkan lada mesin dan kacau sampai pecah minyak.
10. Masukkan air rebusan ayam sikit demi sikit hingga lada masak.
11. Masukkan pula lobak merah dan masak hingga lembut.
12. Masukkan ayam yang telah diblend tadi dan kacau sebati. Biarkan 5-10 minit sambil kacau sesekali supaya ayam masak dan tidak berkerak.
13. Masukkan pula tomato dan sikit air dan kacau lagi.
14. Masukkan Mixed Herbs, Seasoning, gula dan sikit garam dan perasakan ikut selera.
15. Masukkan sosej tadi yang kita memotong serong.
16. Spagetti dah siap, terpulang sama ada nak pekat atau sikit cair.
17. OPTIONAL - Jika mahu berkeju, bolehlah masukkan kepingan keju ikut selera.
Snap dekat sikit makanan tengahari semalam....:)
Nak tahu rasanya kenalah cuba masak sendiri la ek. Resepi hentam daripada aku, lebih menjimatkan daripada biasa!
Oklah sampai sini dulu ye, kalau sesiapa dah cuba dan sedap bagitahu kawan-kawan ye, kalau tak sedap bagitahu diri sendiri je ye.....hehehe:)
Wallahualam,
No comments:
Post a Comment