Friday, May 4, 2012

DoA KeCuKuPaN kEpErLuAn DiRi & KeLuArGa

Assalamualaikum w.b.t




Amalkan doa ni setiap pagi dan petang, Insyaallah Allah akan mencukupkan keperluan diri dan keluarga.

Fitrah sebagai seorang manusia, kita takkan pernah cukup dengan apa yang kita ada. Sentiasa meminta lebih dan lebih lagi. Macam dalam pepatah Melayu, bagi betis nak peha. Dah dapat yang kecil mesti kita nak minta yang lebih besar. Akan terus minta dan minta lagi sampai kita rasa "AMAT PUAS".

Aku juga sama seperti manusia lain yang tak pernah puas dalam sesuatu sehinggalah baru-baru ni ada seorang hamba Allah yang mengatakan aku seorang yang tak pernah cukup. Agak tersentap ayat tu dan aku jadi sangat marah dengan pernyataannya tu... Dan sekarang benarlah akan kata-katanya dan buat aku terfikir yang aku sememangnya seorang yang amat pendesak dan tidak cukup dengan apa yang ada. Baik dalam hidup aku sendiri mahu pun dalam masalah hubungan sesama manusia. Kata-kata hamba Allah tu buat aku tersedar dan aku berterima kasih kepadanya. Kerana dengan kata-katanya itulah aku sekarang sedang berusaha memperbaiki segala kelemahan dan segala kesalahan masa silamku. Dan kerana dialah aku berusaha untuk menjadi orang yang berjaya. Aku ingin buktikan padanya bahawa Allaha kan memberi aku kecukupan itu bukan dia...

Semoga Allah akan sentiasa mencukupkan segala urusan kita dan keluarga kita di dunia dan akhirat. Dan semoga kita akan sentiasa menjadi hambaNya yang selalu bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa juga berusaha untuk menambah segala kekurangan dan sentiasa bertawakkal kepadaNya.

Wallahualam....

Linlone:)




No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...