Friday, April 27, 2012

FiTrAh CiNtA

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat yang penuh barakah...
Hari ni aku kembali dengan satu post yg berkaitan CINTA! Why I come up with this topic? Kenapa aku hidangkan korang dengan topik ni? Adakah sebab aku baru je putus cinta? Adakah sebab aku baru je nak melalui fasa bercinta? Adakah aku dah lelah dgn cinta? Adakah aku terluka dgn cinta? Atau adakah aku bahagia dengan cinta? Semua persoalan ini aku rangkaikan menjadi 1 iaitu FITRAH CINTA....

 Korang baca qoute kat atas ni? apa yg korang faham? Ia mengatakan bahawa cinta adalah 1 putaran. Boleh diibaratkan sebagai 1 putaran roda yg mana kita akan rasa perasaan tu berkali-kali walaupun setelah kita terluka. Bila kita bersedia untuk jatuh cinta, kita perlu bersedia untuk terluka. Bila terluka, kita perlu bersedia untuk membenci, bila kita membenci kita akan cuba untuk lupa, dan apabila kita sedang melupakan, kita akan mula kerinduan dan saat merindu itulah kita akan jatuh cinta semula....

Cuba korang letakkan rasa cinta ini kepada manusia? Adakah manusia itu akan hargai perasaan yg kita hadapi? tentu tidak bukan sbb bila mana manusia itu berubah, maka berubahlah perasaan itu terhadap kita.Mungkin kita yg beria-ia masih berharap padanya, tapi dia tiada lagi perasaan untuk kita.
Secara positifnya, itulah fitrah cinta apabila kita meletakkan rasa cinta terhadap seorang makhluk.Asbab yg utama Allah meletakkan rasa kecewa terhadap perasaan kita itu adalah kerana Allah telah menyusun dan mengatur sebaik-baik pengaturan kepada setiap hambaNya. Sama ada dalam kita sedar atau pun tidak....

Sekarang cuba kita letakkan rasa cinta ini kepada Pemilik Sang Cinta Yang Hakiki? Tetap cinta itu adalah putaran. Percaya tak? Jom baca penerangan dan pemahaman aku ni ek....Bila kita semakin menghampirkan diri dgn Allah, kita takkan rasa terluka walaupun Allah masih belum membalas cinta kita. Sebab  apa ek? Sbb dalam hati kita dah tertanam satu perasaan kepercayaan bahawa Allah akan tetap membalas cinta setiap hambaNya dgn memberi kita nikmat Jannah di sana nanti, Insyaallah... Memanglah pada suatu ketika, kita akan bertanya, kenapa Allah tak dapat bagi apa yg kita idam-idamkan? Allah akan menjawab melalui Al-Quran iaitu :  Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216.... 

Jadi nampak tak pengaturan Allah tu untuk hambaNya? Kita suka pada sesuatu tapi boleh jadi benda yg kita suka tu akan bawa kemudharatan pada kita, jadi Allah tak bagilah benda tu pada kita....Memanglah akan rasa kecewa tapi pada akhirnya, kita akan rasa sgt cinta pada Pemilik Segala Cinta ini. Itulah Fitrah Cinta Sejati Ilahi yg tak pernah jemu mendakap kita dalam pelukan kasihNya....Waallahualam.....
  Bebaskan dirimu dalam belenggu cinta palsu yg berlandaskan nafsu...kerana apabila kita mencari kesempurnaan cinta itu, kita akan rasa sgt kecewa kerana tiada kesempurnaan pada dirinya... Tapi carilah cinta kerana Redha Illahi kerana cinta itu akan mencukupkan segalanya.Allah akan memberi yg terbaik hanya apabila kita menjadi yg terbaik.........
Allah tidak sering memberi apa yg kita harapkan, tapi Allah akan sering bagi apa yg diri kita perlukan....Carilah cinta yg menuju Allah. Carilah cinta yg dapat memberi kebahagiaan kepadamu, duniamu, agamamu dan akhiratmu....

"Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah imanmu dan bersedialah dan bertawakkallah kepada Allah supaya kamu berjaya." Surah al-Imran Ayat 200...

Waallahualam...

Linlone:)

No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...