Friday, May 25, 2012

ImPiAn


Assalamualaikum w.b.t

Banyak sangat kerja akhir-akhir ni. Maklumlah, sedang kejar target utk QP Herbalife...Masyaallah, byk lagi benda yg kena belajar dan usahakan. Bantulah diriku Ya Allah agar aku dapat membantu orang lain dgn Herbalife ni. Ok-ok....arini aku taknak la cerita pasal Herbalife tp aku nak bebel-bebel pasal benda lain dalam post arini. 
Korang ada IMPIAN tak? Korang ada cita-cita tak? Apa impian dan dah tercapai tak impian tu?Sudah sepasti maungkin korang punya impian walaupun impian tu sesuatu yg mustahil utk korang capai, betul tak? Impian adalah suatu perkara indah yg kita angan-angankan utk kita capai atau miliki satu hari nanti. Ada orang impian dan cita-citanya besar dan ada orang kecil je impian dia. Semuanya bergantung kepada kehendak dan kemahuan seseorang. Paling utama usaha yg dicurahkan utk menggapai impian tersebut.Subhanallah, selama ni aku tak punya impian.Terus terang aku tak pernah fikir apa yg aku ingin capai dan apa yg aku nak dalam hidup ni. Selepas SPM, tak dpt mana-mana ada choice STPM dan masa tu sedarlah diri sikit dan ada cita-cita nak masuk Universiti. Aku usaha dan Alhamdulillah Allah lorongkan dan mudahkan laluan aku ke Universiti. Masa tu pun takde impian dan cita-cita, cuma berharap lepas graduate dapat kerja, dapat duit. Teruknya sikap aku masa tu, Masyaallah.....:( Lepas setahun graduate, masih tak dapat kerja dan sama juga setahun lagi. Langsung takde cita-cita. Cuma masa ni pulak, fikir tanggungjawab terhadap mak yg sangat-sangat perlukan penjagaan. Aku rela lakukan apa saja utk mak dan family. Masa ni dah tersedar dari lena yg panjang,tp rezeki tak memihak pada aku sbb Allah mungkin sedang aturkan rezeki yg lebih baik. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui. Allah menemukan aku dgn Herbalife....(Aik, tadi ckp taknak cerita Herbalife kan)..... Dan terjadi pula sesuatu yg sangat-sangat menghancurkan hati. Dan kerana peristiwa itulah, aku semakin kuat dan tabah dan syukur sangat-sangat sebab Allah sayang aku rupanya. Dan menemukan aku pada impian-impian yg sgt indah utk aku kejar satu hari nanti. Apa impian tu, kenalah simpan dan tak boleh share cuma Allah Yang Maha Mengetahui, Insyaallah.....


Tanamkanlah cita-cita dan impian yg seiring dengan apa yg kita kejar utk dunia dan akhirat kerana keseimbangan itulah yg akan membahagiakan kita kelak. Dan ingatlah impian dunia yg kita kejar takkan kekal walaupun kita sunguh-sungguh berkorban untuk dapatkannya kerana apa yg kita ada dan punya sekarang semuanya pinjaman sementara.....


Dan ini adalah rumah impianku....Cantik tak? Insyaallah aku akan berusaha utk Baiti Jannati ni utk seluruh familyku....Insyaallah....

Firman Allah:
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji , kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah Al-Nahl : Ayat 90)

The more you give, the more you get. Insyaallah.....

Wallahualam,

Linlone :)

No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...