Tuesday, May 8, 2012

WaNiTa & CaBaRaN HiDuP

Assalamualaikum w.b.t

Aku adalah seorang gadis. Aku juga adalah seorang perempuan. Aku adalah seorang wanita. Aku dilahirkan sebagai seorang gadis, perempuan dan wanita. Aku bermohon agar aku dijadikan Allah sebagai gadis, perempuan dan wanita solehah. Aku tak ingin menjadi seperti dahulu. Hidup dalam suka-suka tanpa tujuan, tanpa matlamat. Keindahanku sebagai wanita dicemari dengan keinginan yg berjaya mengatasi kepuasan. Rakusnya aku dalam urusan duniawi menengenepikan aku terus dgn hakikat ukhrawi... Benar kata orang, setiap yg berlaku ada hikmah. Hikmah yg sgt nikmat utkku. Baru aku sedar duniaku dahulu hanya satu permainan utk suka-suka dan "enjoy" semata-mata dan duniaku sekarang adalah satu perjudian. Perjudian hidup ke manakah aku akhirnya nanti. Syurga atau neraka? Peranan apa yg aku bawa yg membolehkan aku digelar ahli syurga? Masyallah, terlalu kecil peranan ku di muka bumi ni. Sempatkah aku melunaskan tanggungjawab utk diriku sendiri? Plg penting utk mak dan abah? Sempatkah aku membahagiakan mereka?

Aku rasa sgt bersyukur sbb Allah masih menyayangi aku walaupun setelah apa yg aku lakukan sepanjang usia aku ni dgn memberi aku ujian sbb aku rasa Allah nak aku berubah sentiasa dan menjadi yg lebih baik. Insyaallah.... Dunia adalah medan ujian. Sentiasa makhlukNya selagi bernyawa akan sentiasa diuji malah kemewahan hidup kat dunia ni pun adalah ujian. Allah nak uji sama ada kita ni takbur tak dgn kemewahan yg kita ada. Kita ingat tak pada mereka yg dalam kesusahan?  tak kira lah kita ni kaya ke, miskin ke, tu semua adalah UJIAN....dan sebagai seorang wanita biasa yg masih bernyawa, aku jugak takkan lepas dpd diuji dan teruji oleh Allah. Ingat, ujian Allah tu utk tengok dan nilai tahap mana kesabaran kita, sebenarnya kadang-kadang aku juga tak boleh bersabar dgn masalah yg datang.

Firman Allah Subhanallah Taala:
"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". Surah al-Baqarah : ayat 155

Alagkah bertuah bagi hamba-hambaNya yg bersabar sbb Allah pasti janjikan pahala buat mereka kan....
Tak kira lah lelaki ke perempuan ke, selagi dia sabar dan redha dgn ujian tu, selagi tu la dia sentiasa akan rasa bersyukur.


Fitrah kejadian wanita dijadikan dgn penuh keistimewaan yg mana keistimewaan itu boleh membawa kebaikan dan juga kejahatan. Kenikmatan dan kehancuran. Macam tajuk aku tu, wanita dan cabaran hidup atau lebih spesifik lagi ujian hidup. Jangan lupa, wanita tu sendiri adalah ujian iaitu ujian bagi seorang lelaki.
Hebat kan kejadian wanita ni? Malah, ada yg sanggup berbunuhan sbb berebutkan wanita. betul tak? ye la, macam dalam kisah Habil dan Qabil. Kerana wanita kan. Nabi Yusuf dipenjarakan juga kerana wanita. Dan kerana wanita itu, sgt istimewa.....

Lindungilah peribadi kami dan jgn cemari maruah kami  kerana sifat kami yg lemah kerana selemah-lemah kami masih ada keras dan kuatnya. Kerana itu, bimbinglah kami, teladanilah kami wahai imam-imam kami.....


Walahualam

Linlone:)

No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...