Wednesday, October 20, 2010

SeNyUm


Senyum seindah suria yg membawa cahya
senyumlah dari hati duniamu berseri
senyum umpama titian dlm kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum
senyum...kpd semua
senyumanmu amatlah berharga
senyum...membahagiakan
dgn senyuman terjalinlah...ikatan

Ingat lg tak lagu ni? Lagu yg pujuk org utk senyum. Nape la arini nk cite pasal senyum ek?Mungkin sbb tetibe teringat msa kt Senai dlu ade sorang trainer ckp muka aku ni kelat je.kalau senyum nampak lagi manis.Erk, manis ke?Walaupun lawa tiada manis tetap ada...hehehe...Mak pun ada jgk tegur sebelum2 ni tapi buat tak tau je sbb teguran tu membrutalkan aku, means that, wat dunno je la kan, tapi kali ni teguran trainer tu amatlah menusuk ke jantung dan tulang rusukku hingga membuatkan aku terkedu-kedu...Merah menyala2 dan membara2 you...

Aku admit yg aku mmg sgt2 susah nk senyum dulu..dulu ye kawan2...sbb tu xder ramai kawan masa kt kampus dlu.Pakwe... Lg la jgn diharap. Takde satu pun yg sangkut.Nasib badan, sape suruh wat lagu tu kan. Cuba la kalau aku buat senyum kambing ke, senyum sumbing ke, senyum paksa ke, mesti berduyun tiba kan? Benda da lepas baru nk menyesal kan..Alhamdulillah, skrg ada jgk kan buah hati pengarang jantung ku, my electricman...Dgn dia takla sampai kena buat senyum kambing, cuma senyum kucing je (shy2 cat)...almaklumlah aku ni super duper shy.

Tp bersyukur sgt,dek krn teguran tu aku mula bersenyum dan tersenyum dgn sesape je, walhal malunya ya amat..Lama2 terbiasa utk senyum dgn hati yg ikhlas kan..jd kenapa kita susah nak senyum? bukankah senyum tu jgk satu sedekah bila kita ikhlas memberi dan menerima senyum kerana Allah?

Tatkala tersenyum, kita sebenarnya membenarkan otot2 di muka bersenam. Juga membuatkan segala bagai wayar dan fius bersambung dgn sambungan yg betul. Takla berkedut seribu kan? Malah sentiasa awet muda ibarat remaja belasan tahun, walhal umur da nak masuk tuuuuttttttt.....hehehe

Bila tersenyum, ibarat bunga2 matahari berkembang mekar. Bisa Menyejukkan hati sesiape je yg memandang. Mengeratkan silaturrahim dan menjalinkan pelbagai hubungan. Menghubungkan jambatan hati dan memberikan ketulusan bagi yg memberi dan menerimanya. Jgn lupa, senyum tu ubat segala stress dan tekanan perasaan dalaman. Bila menangis, merajuk atau terlalu sedih, kita pasti akan tersenyum bila org yg memujuk tu senyum kat kita kan?
Keajaiban senyuman.Meskipun mudah tapi sgt berharga dan sgt luar biasa.

Tapi harus diingat, memberi senyuman dan menerima senyuman perlu pd suasana dan cara yg betul tau...Jgn senyum pada org yg salah dan tempat yg salah.Jgn salah gunakan kemanisan senyuman tu ek...Perlu waspada jugak walaupun nak memberi sedekah percuma ni...

Linlone pn da pnt tersenyum je dpn lappy dan hp ni...hehe
Sbg ingatan dan semangat untukku memulakan perjuangan yg bakal bermula ni...
Harapnya semua akan berjalan lancar nnti, Insyaallah

LinLoneSmile

No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...