Tanggal 19 April 2012, sekali lagi kami sekeluarga ditimpa musibah dan ujian dari Allah apabila embah (nenek) Hjh. Juminah Binti Hj. Deris meninggalkan kami untuk selama-lamanya kerana keuzuran dan melewati umur 89 tahun. Pemergian embah tidak kami sangka dan itulah ketentuan Allah...
Firman Allah S.W.T.:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – Aali ‘Imraan (3) : 185
Kesihatan embah memang sedikit terganggu dalam seminggu dua ni. Perubahan paling ketara adalah ketika dia sudah semakin tak berdaya untuk bangun dan banyak menghabiskan masa dengan tidur. Saat akhir aku melawat ketika potong kuku dia dan aku tidak sempat mengucapkan kata maaf buat kali terakhir....
Embah pergi ketika aku masih bertatih dalam dunia pekerjaan. Ketika aku belum mampu untuk menghulurkan wang belanja buatnya. Ketika aku semakin tidak sedar akan kehadirannya kerana kekangan waktu...Ya Allah, tempatkanlah rohnya dan rahmatilah dia Ya Tuhanku di kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh dan jadikanlah aku dan seluruh keluargaku orang yang menerima ujian ini dengan redha dan damaikanlah hati-hati kami dengan segala ketentuanMu...Amin Ya Rabbal A'lamin....
Kenangan bersama embah akan aku simpan dan aku takkan pernah sesekali melupakan dia selamanya...Embah, dan panggilan ni hanya akan jadi sejarah kerana tiada sesiapa yang akan pernah menggantikan tempatnya yang paling istimewa di hati ini...
Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment