Assalamualaikum w.b.t
Lama sgt tak update blog LinLone ni kan. Sebenarnya byk benda yg terjadi.
1. Mak warded 2 minggu kt Hospital Muar dan kesihatan baru nak pulih.
Semoga mak kuat hadapi penyakit dan ujian yg Allah bg ni sbb mak adalah insan yg Allah pilih utk diuji dan aku sekeluarga juga dipilih utk dpt yg terbaik sebagai hikmah menjaga mak. Insyaallah...
2. Personal problem melanda diri yg Masyaallah sgt2 beri tekanan.
Rasa tak tahan nak hadapi dan kena tabah sebab taknak mak abah risau, walau apa pun yg terjadi aku takkan menangis!
3. Business Herbalife tertangguh dan skrg kena pulun kaw-kaw.
Serius dgn business ni dan harap dpt tolong org lain hidup dgn sihat jugak. Mencegah lebih baik daripada mengubati!
Berbalik pada tajuk kat atas tu, aku rasa sgt bersetuju dgn blogger ni tulis. Aku terbaca satu blog http://mywasabicinta.blogspot.com/ yg ada artikel yg best pasal cinta....Aiks, nape aku baca blog2 cinta ni ek? sebab aku nak cari sesuatu yg blh memotivasikan aku yg sebenarnya hakikat cinta amat-amat luas utk difahami. Menemukan aku pada 1 jawapan yg amat pasti iaitu, mencintai Allah dan RasulNya dlu sebelum berhak mencintai makhluk yg bernama "Manusia"! Dan jugak mencintai diri sendiri, ibu bapa dan keluarga sebelum layak dicintai oleh "Manusia"...
dlm blog tu ada 1 artikel tulisan dia iaitu KENAPA DIA BUKAN JODOH KITA dan aku tertarik dgn part SEBAB-SEBAB ALLAH MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH...
Ada 9 sebab utama iaitu:
1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, kita masih ada rasa bersyukur dengan ketentuan Allah.
2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita dapat menjadi seorang penilai yang terbaik.
3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita sedar yang kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita sendiri.
5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan dia juga bukan pilihan yang hebat untuk kehidupan kita pada masa depan.
6. Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.
7. Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
8. Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita lebih faham bahawa...cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
9. Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya, kita lebih mengenali hakikat kehidupan yang tak selamanya kekal!
Kita kena yakin dengan segala ketentuan Allah sebab Dia adalah sebaik-baik pengatur bagi urusan setiap makhlukNya. Kena terus berdoa, bermunajah dan selalu mohon keredhaan drpd mak abah untuk segala urusan kerana dengan keredhaan mak abah lah kita dapat keredhaan daripada Allah...
Jangan besedih andainya tiada jodoh kita di dunia ni sebab Allah dah janjikan yang kita akan memperoleh apa yang hati kita hajati masa kat syurga nanti.
Waallahualam.......
No comments:
Post a Comment