Assalamualaikum w.b.t
Bergebang dan berceloteh lagi dalam blog hari ni. Ada tak sesiapa yang nak turun berat badan? Macam mana? Susah tak berdiet? Atau diet sekadar angan-angan?
Sebenarnya nak berdiet dan turunkan berkilo-kilo lemak dalam badan kita ni amat mudah. Anda mahukan tips tak? Insyaallah kalau anda serius nak turun berat, pasti tiada masalah untuk ikut tips Linlone ni :)
Check it out!
Ok jap...jap....korang tau tak apa-apa pasal metabolisme?Hah! tak tau????
Nak turunkan berat kenala tau dulu pasal metabolisme badan sebab kalau kita faham pasal metabolisme ni lagi mudah untuk kita jadi kurus slim tau.
Meh sini aku explain apa yg aku tau ye...
Metabolisme adalah jumlah kalori yg dibakar oleh badan untuk kekalkan fungsi dan nyawa sebab segala aktiviti badan termasuklah pernafasan memerlukan tenaga atau sumber kalori ini. Atau lebih tepat kita panggil dia BMR (Basal Metabolic Rate).BMR ni akan tunjukkan umur dalaman badan kita yg bergantung kepada metabolisme badan kita.
Dalam makna yg paling mudah utk kita faham ialah metabolisme ni adalah cara tubuh kita menggunakan lemak, karbohidrat dan protein (drpd makanan yg kita ambil) untuk membentuk tenaga yg dpt digunakan oleh tubuh badan kita. Masih susah nak faham?
Kita andaikan macam ni la ek...
Tubuh badan = kereta
Makanan = bahan bakar (minyak petrol/diesel)
Otot, organ dan segala sistem dalam badan = enjin kereta yg bantu kereta tu jalan
Kereta boleh bergerak sebab ada bahan bakar (minyak petrol). Kereta boleh gerak tak kalau takde minyak petrol?
Sama macam badan kita.Badan boleh bergerak sebab ada makanan.Kita ada tenaga untuk gerakkan tubuh kita. Cuba kalau kita tak makan 3 hari? Agak-agak, badan ada tenaga tak utk bergerak?
Bila kita isi minyak petrol berlebihan, minyak tu pasti akan tumpah. Yg lebih tu akan disimpan dalam tangki dan boleh digunakan bila kereta tu bergerak. Betul tak?
Jika kita bagi makanan (bahan bakar) berlebihan kepada tubuh, makanan tu takkan tumpah dan sekaligus makanan tu akan jadi kalori dan akan simpan sebagai lemak dan akan tetap ada kat perut, peha dan sebagainya kalau tak digunakan.
Setiap kali kita bergerak kita akan bakar kalori (guna tenaga daripada makanan) tu. Semakin banyak kita bergerak, semakin banyak kalori yg akan kita bakar.Semakin banyak kalori yg dibakar, semakin besar kemungkinan untuk kita turunkan berat, turunkan kolesterol, buang lemak dan sebagainya. Automatik, badan akan diservis utk menjadi lebih sihat. Metabolisme yg tinggi akan bantu kita slim lagi cepat.
Kadar metabolisme perempuan adalah 1200 ke atas
Kadar metabolisme lelaki adalah 1400 ke atas
Macam mana nak tingkatkan kadar metabolisme badan sekaligus boleh turunkan berat?
Ooops lupa nak bagitau, kadar metabolisme badan seseorang akan menurun mengikut umur ye. Tapi apa-apa pun yg paling penting kita jaga pemakanan kita sebaiknya.
Nak tau? Jom sambung balik tips tadi...kalau masih tak faham pasal metabolisme tu korang tanya Mr Google ye....:)
Tips turun berat badan :)
1. Jangan skip meals.
Ada orang skip breakfast sebab alasan tak sempat, malas dan sebagainya. Macam tu jugak bg mereka yg nk turun berat. Sanggup berlapar sampai tengahari. Mana boleh macam tu sebab kita hanya akan berjaya menurunkan kadar metabolisme badan. Jadi macam mana anda nak turun berat cepat. Bila metabolisme badan kita rendah, proses penurunan akan jadi lambat. Bila badan tak turun mula lah upset, give up padahal cara kita tu yg salah. Tengah hari bila tiba waktu lunch, badan mengelupur lapar. Sebab tu jangan skip meals breakfast, lunch dan dinner. Masa waktu makan kita makan lah ikut kuantiti yg sepatutnya. Jadi badan kita pun taklah terbeban sangat kan.
2. Kurangkan makanan berlemak, bersantan, bergula, fastfood
Bukan tak boleh makan langsung, cuma kurangkan kuantitinya saja. Siapa cakap orang yg nak turun berat badan tak boleh makan nasi, kari ayam, nasi beriani, nasi ayam KFC, Pizza dan semua makanan yg lazat-lazat tu? Boleh je, cuma kena pandai jaga kuantiti dan caranya. Kalau dulu anda makan 1 pinggan nasi, sekarang makanlah 1/4 pinggan je. Dulu makan kari ayam sampai banjir sekarang ambil ayamnya saja la, kat ayam tu pun ada gak kuah-kuah yg akan melekat kat nasi kan... Dalam seminggu kita ada 7 hari kan, so korang pilihlah 1 hari utk korang menikmati makanan dan minuman feveret korang tu sebab 6 hari tu kan korang dah berdiet. Tapi janganlah sampai korang mencekik gila-gila pulak ye sebab kalau tak sia-sia 6 hari korang diet tu....
Masa transformasi ni korang akan rasa sgt excited tau. Lagi-lagi masa during tu korang konsisten turun sekilo setiap minggu dan bila dah after tu, yeay! Target berat dah tercapai Mission accomplished!
WOW, you're slim now!
3. Jangan makan lewat malam
Adalah amat-amat dilarang sebab pasti lepas makan korang akan masuk tidur.Bila dan macam mana makanan anda tu dapat dihadam! Terus simpan jadi lemak kat perut, peha, betis. At least, kosongkan perut anda 3jam sebelum tidur. Barulah anda akan lebih sihat menawan. Dan jika anda terbangun lewat malam dan perut terasa lapar, anda minum air kosong sebab air kosong takde kalori. Masyallah hebat kan penangan air kosong yg Allah bagi kat kita ni, dah la takde kalori boleh bagi kenyang pulak tu..
Mana 1 pilihan anda?
4. Banyak minum air kosong
Air kosong takde kalori. Malah kita akan rasa kenyang. Setiap 25kg berat anda, anda perlu minum 1 liter air. Maknanya jika anda mempunyai berat 55kg, anda perlu minum air sebanyak 2 liter setengah air kosong setiap hari. Air penting sebab air ni sebagai minyak pelincir badan kita, lemak-lemak yg degil tu dapat keluar dari badan kita dgn bantuan penolakan daripada air ni.
Aku dah tak tahan lagi! Nafsu makan aku di tahap maksima!!!
5. Kawal nafsu makan
Memang susah dan sangat susah nak kawal nafsu makan. Lagi-lagi apabila makanan tu semua ada depan mata kita, yg tu sedap, yg ni sedap. Meleleh air liur ni....Aduhai dugaan.... Apa yg boleh anda buat ialah, anda mengawal pemikiran dan rasional anda utk memilih makanan yg terbaik dan sihat utk badan anda.Pemikiran yg positif boleh eliminate nafsu makan yg jahat tu. Sedarkan diri anda yg anda nak cantik menawan dan masa ni lah tips no 2 boleh diaplikasikan lagi. Bukan tak boleh makan tapi kurangkan kuantiti!
Lagi best, bila anda ada Herbalife ( promote sikit) yg bantu akan mengawal nafsu makan anda!
Apa kata anda buat 1 button ni dan pakai kat baju anda utk mengingatkan anda yg anda sedang berdiet! Sekurang-kurangnya bila anda pandang button ni anda akan sekat terus nafsu makan anda tu!
6. Banyakkan berpuasa sunat
Poin ni sgt best sebab selain dapat jaga perut kita jugak dapat pahala berpuasa sunat. Seminggu cuma 2x je, Isnin dan Khamis. tapi perlu diingatkan yg masa berbuka nnti janganlah melantak tak hingat sampai sempit perut tu ye.....
Like the statement! Lets workout!
7. Tingkatkan aktiviti fizikal
Mengemas rumah, membasuh baju tu pun da dikira aktiviti fizikal tau. Mesti yakin punya la yg korang pasti akan berpeluh-peluh lepas buat kerja rumah tu semua. At least kalau hari minggu korang pergi shopping, piknik atau sebagainya parking la kereta jauh sikit, berjalan tu jugak kan senaman...Secara tak langsung anda membakar kalori tu dlm anda tak sedar. Gunakan setiap peluang yg ada utk tingkatkan metabolisme anda ye....
Nak kurus adalah 1 cabaran yg palin besar. Anda perlu berhadapan dgn cabaran nafsu dan fizikal terhadap makanan dan pemikiran.
Tetapkan iman dan niat anda utk kurus dan gunakan tips yg saya bagi tu ye. Insyaallah jika anda serius tu semua bukan penghalang malah akan jadi sebagai cabaran utk anda. Gunakan pilihan yg ada dengan sebaiknya. Gemuk atau kurus, sihat atau sakit, ceria atau masam. Jika anda benar-benar ingin berubah dan mengalami transformasi terhadap badan anda mulakan daripada sekarang! jangan bertangguh kerana makin anda bertangguh makin berat kilo anda nanti.
Utk hasil yg lebih bagus, cubalah Herbalife....Saya da alaminya. Anda bila lagi?
Tanya saya bagaimana ye.....0194512658
daaaaaaa..............
Linlone:)
No comments:
Post a Comment