Tuesday, July 3, 2012

iRmA hAsMiE KaHwiN


Assalamualaikum w.b.t

Ahlan wasahlan. Welcome to my blog :) Nak feel happy sbb actress yg sangat cantik Irma Hasmie dah pun melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan. She's one of my favorite actress. Really admire her. Perkahwinannya juga satu rentetan perjalanan hidupnya yg sgt indah selepas penghijrahannya dulu. Subhanallah tengok gambar pernikahan dan persandingannya je da buat aku rasa yg dorang memang meant to each other and she's really beautiful princess. Dikhabarkan yg majlis persandingannya juga dengan tema islamik dan semoga perkahwinan Irma dan pasangannya akan kekal hingga ke syurga.  Jom layan beberapa keping gambar ye. Kredit utk http://beautifulnara.com/















Dalam Surah An-Nur: ayat 26 sesungguhnya Allah berfirman  bahawa :
" Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Maksud perkataan baik dan jahat yang terdapat dalam ayat di atas merujuk kepada keseluruhan sifat dan ciri-ciri yang paling menonjol pada diri seseorang. Contoh sifat yang baik adalah jujur, rajin, amanah, setia, soleh dan solehah dan sebagainya selagi termasuk dalam sifat-sifat positif manusia manakala contoh sifat yang jahat adalah marah, dengki, iri hati, dendam dan segala sifat negatif manusia. Namun sebagai manusia, disebalik sifat kebaikan yang paling menonjol pasti akan ada kekurangan. Kekurangan dan kelemahan ini tidak akan menutup segala sifat yang ada bahkan akan menjadi cabaran untuk memperbaiki diri. Dalam makna lain, disebalik setiap sifat positif tentulah wujud satu dua sifat yang negatif. Dan itulah yang menjadi cabaran kepada kita semua untuk mengawal sifat negatif tersebut dengan sentiasa memohon maaf, muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik pada masa depan dengan tidak mengulanginya lagi. Itulah cabaran terbesar kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ni.

Untuk dapat yang terbaik, perlulah memperbaiki diri dulu dan sentiasa bermuhasabah diri dan bersedia memaafkan orang lain.

Wallahualam.

Linlone:)








No comments:

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...