Tajuk : Masih Setia
Nukilan : Aisya Sofea
Terbitan: Alaf 21 (grup buku karangkraf)
Bil m/s : 535 m/s
Tagline : Kau bilang sayang
Aku kata benci
My favorite novelist in da house....:)
Suke sangat cerita ni. Anyway, thumbs up!
Semua karakter yg dalam bayangan aku semestinya cantik menawan, kacak tertawan...
Apa yg aku suka pasal novel ni adalah penambahan pengetahuan aku yg sememangnya sgt cetek pasal budaya minang. Dgn membaca novel ni sedikit sebanyak membantu aku memahami suku dan budaya minang yg memang termasuk dlm galuran cabang Melayu. Yg aku tahu adat yg masih diamalkan di Negeri Sembilan selain adat Perpatih. Adat yg melebihkan kaum wanita utk menerima harta turun temurun dlm keluarga. Aku juga membayangkan seolah2 menghadapi sendiri gempa bumi di Padang dan merasai keindahan seperti yg digambarkan di Bukit Tinggi, Indonesia. Mungkin satu hari nanti aku dpt rezeki pergi melancong kat sana kan? :)
Novel percintaan dan sangkutan hati antara Amiera Nur Aisya@Miera dan Dr. Malik Zikri@Dr. Malik.....
Sinopsis mengikut pembacaanku:
Unyang, waris suku Piliang paling tua mahukan waris Piliang kembali ke kampung halaman. Amiera Nur Aisha@ Miera adalah warisnya yg sahih dan layak yg akan mewarisi harta turun temurun yg ditunggu2 olenh unyang dan demi merapatkan hubungan tersebut, Miera bakal dijodohkan dgn saudara di kalangan sukunya juga. Rudi, anak kacukan Belanda-Indonesia bakal menjadi pilihan unyang utk Miera....
Miera, permulaan cerita didapati seorang yg memberontak akibat perasaan salah faham dalam dirinya terhadap bapanya yg dilihat bersama seorang wanita. Dia gadis manja dan mula berubah apabila mengetahui kisah sebenar bapanya. Seorang yg kurang berkeyakinan terhadap perasaan wanita terhadap lelaki kerana apa yg dicari adalah seorang lelaki yg mampu mengugah hati wanitanya.
Mengenali Rudi apabila bersama seluruh keluarganya merayakan Aidilfitri di kampung halaman ibunya di Bukit Tinggi. Tetapi apakan daya, Miera tidak dapat memberikan sekeping hatinya utk Rudi kerana perasaan itu tidak hadir seperti mana perasaan halus yg menabiri seluruh jiwanya buat Dr. Malik iaitu rakan sukarelawannya bersama Yayasan Nur, Karangkraf yg turut serta membantu mangsa gempa bumi di Padang.
Rupa-rupanya perasaan ni hanyalah sementara, dia sekadar penghibur dikala hati semakin suka. Dia juga harus menjauhkan diri kerana Dr. Malik sudah bertunang! Dia harus berpijak di bumi yg nyata!
Perasaan ni harus pergi dan disaat2 dia ingin melupakan semua, Miasarah. tunangan lelaki pujaannya bersama seorang lelaki lain menjadi persoalan..Dikala diri memberitahu perihal sebenar, Malik Zikri tidak menerima. Hancur luluh hati Miera.. "Dalam kesedihan itu, aku tidak putus-putus berdoa pada ALLAH, agar lenyapkan segala ingatanku terhadap dirinya, supaya segala kenanganku dengan dia padam terus. Aku tidak perlukan lelaki itu lagi dalam mimpiku."
Tentang Kisah Hati Dan Perkongsian Sebuah Kehidupan Seorang Insan Biasa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku apa Adanya Aku....❤
Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...
-
Assalamualaikum w.b.t Entri kali ni istimewa sikit daripada biasa sebab entri ini adalah berkaitan dengan tips untuk mencegah penyakit ya...
-
Assalamualaikum w.b.t Salam sayang semua. Dah lama sangat aku tak review novel. So start all over again. :) Banyak dah novel baca tapi ...
-
Assalamualaikum w.b.t Dah lama rasanya aku tak "review" apa-apa novel kan? Jadi, untuk entri ini aku nak cerita dan bebel s...
No comments:
Post a Comment