Novelis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Bil m/s : 500 m/s
Tagline : Aku seperti ombak yang berlari mengejar ilusimu...
Seperti novel Aisya Sofea yg lain, aku semakin MEMINATINYA! Gaya penulisan yg bersahaja dan benar2 sempoi bagiku. Mudah menghayati setiap bait2 kata puitis yg terdapat dalam novel ni. Benar-benar mengujakan apabila mencapai klimaks utk mengetahui apa kesudahan yg berlaku terhadap hubungan Dhiya@Adik dan Abang Eddie. Bagaimana nasib Nuryn yg terlalu obses dgn panahan cintanya terhadap Eddie.
Watak Dhiya@Adik yg mempunyai pandangan sendiri dalam kehidupan. Watak yg agak gila2 dan kdg2 terlebih gila daripada biasa! Bertanggungjawab dgn diri sendiri dan memandang kehidupan dgn sentiasa positif. Abang sepupunyalah tempat dia mencurahkan segala masalah dan mendapatkan pandangan. Menjadi pemujuk Eddie dikala lelaki itu dlm kekecewaan.
Watak Eddie digambarkan sbg seorang yg dalam kekecewaan dan meninggalkan segala kenangan yg terjadi apabila perasaannya cintanya tidak dibalas oleh Kak Chik dgn membawa diri ke Kota London. Berhubungan dgn sepupunya sendiri melalui Yahoo Messenger (YM). Apabila berhadapan dgn situasi yg melibatkan Dhiya dia menjadi pemarah namun sebenarnya menjadi pemarah kerana ingin menyembunyikan rahsia hati yg dipendam
Watak Kak Chik yg mempertaruhkan kebahagiaannya utk hidup bersama dgn Encik Ghous seorang duda kaya. Namun kebhgiaan yg dicari tidak dpt digapai. Menumpahkan kasih terhadap seorang anak kecil yg baru kematian ibu dan kebahagiaan terpancar jua.
Watak Babah digambarkan novelis sbg seorang yg berdiplomasi dan menjadi watak timbal kepada watak Emak yg memang kena dgn peranannya sbg seorang mak yg akan membebel setiap kali kpd anak-anaknya.
Pssttttt<<<< aku suka part ni<<<<<
" Orang kata cinta itu indah. Tapi kenapa aku tidak dapat merasakan sedikitpun keindahan cinta itu? Malah cinta membuatkan aku hiba, sebak dan tidak keruan. Sedangkan cinta memberi seribu kegembiraan, keindahan dan ketenangan. Aneh jika ini cinta yang aku miliki. Cinta yang menyakitkan. Cinta yang membuatkan aku cuba menyakitkan hatinya kembali."
(m/s : 398)
Eddie: Abang takkan tinggalkan Dhiya.
Dhiya: Dhiya tahu.
Eddie: Abang akan pegang tangan Dhiya sampai bila-bila. Selagi Dhiya pegang tangan abang, selagi tu abang takkan lepaskan tangan Dhiya.
Dhiya: Kalau abang lepaskan akhir nanti?
Eddie: Tangan abang tempat Dhiya berpaut. Takkan patah, takkan goyah sampai bila-bila. Selagi tangan Dhiya teguh erat pegang tangan abang, selagi itu abang takkan lepaskan tangan Dhiya. Itu janji abang pada Dhiya.
(m/s: 492)
Dhiya: Kalau abang lepaskan akhir nanti?
Eddie: Tangan abang tempat Dhiya berpaut. Takkan patah, takkan goyah sampai bila-bila. Selagi tangan Dhiya teguh erat pegang tangan abang, selagi itu abang takkan lepaskan tangan Dhiya. Itu janji abang pada Dhiya.
No comments:
Post a Comment