Friday, June 10, 2011

WaRnA HaTi By MeEn ZuLaiKhA

Tajuk :Warna Hati
Nukilan : Meen Zulaikha
Terbitan : Alaf 21
Bil m/s : 494 m/s

Love it!
Love the story so much!
Love all the characters, Zara, Harith, Rita, Nazri and Tim...

Aku suka la novel ni. Terkesan dan berbekas dlm ati. Sejak aku start baca novel ni, abes semua novel lama yg tersusun rapi kt rak tu aku balun baca balik. Ni semua gara-gara penangan demam Drama Nora Elena kt TV3 yg tgh meletup-letup skrg. Aku tgh pulun mencari novel Kasih Yang Suci tu kat kedai buku. Abes da kedai buku kat Muar dan Melaka yg aku tau aku da explore tapi hampa belaka...Tapi xpe, Insyaallah kalau ada rezeki aku nanti, dpt jugak aku beli novel tu kan...
Berbalik pd novel Warna Hati tu, novelis yg sama bg Kasih Yang Suci a.k.a Nora Elena.
Jalan cerita yg sgt berkesan bg wanita yg masih belum mendirikan rumah tangga dan mempunyai calon pilihan. Ditambah dgn pandangan skeptikal masyarakat terhadap golongan wanita yg lambat kahwin ini. Novelis ini juga menarik perhatian kita terhadap kisah rumah tangga yg hampir berantakan krn penyakit andropause ( same like monopouse). Penilaian novelis bahawa cinta yg dicari tidak semestinya milik kita tp cinta yg tak dicari dn berada mungkin di depan mata tanpa disedari itulah cinta yg diberi Allah buat kita...Warna hati setiap insan tidakkan sama. Pilihan utk mewarnakannya di tgn kita....

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan tentang Zara Lisa seorang wanita berusia 33 tahun mencari sebuah kehidupan utk berpasangan seperti wanita seusianya. Bertemankan seorang rakan karib, Rita yg berkongsi suka dan duka meniti sebuah perjalanan biasa. Atas desakan ibunya, Zara terpaksa menerima Jefri, sepupunya sendiri sbg tunang dan dlm masa yg sama Zara baru shaja dikecewakan dgn janji manis seorang lelaki yg menjadi idaman wanita. Harith, lelaki yg sentiasa ingin berdampingan dgn Zara walaupun pertemuan sering sekadar kebetulan.Lelaki yg membawa persoalan misteri dn tanpa sedar telah mengetuk pintu hati Zara.Sesuatu rahsia diketahui Zara lalu membuat keputusan melupakan lelaki yg membawa impian Zara bersama ungkapan cinta yg tak terucap melalui kata-kata.... Apakah rahsia itu dan dptkah Zara Lisa mencari erti kebahagiaan bersama kekasih yg mencintainya?

3 comments:

Meen Zulaikha said...

T/kasih byk kerana sudi mengulas WH. Mohon izin kongsi review ni di fb & blog k.meen. blh?

meen zulaikha said...

Salam kenal. Mohon izin utk kongsi review ni di blog & fb k.meen ya.. tqvm

Linda said...

Masya-Allah... bahagianya sy krn penulis yg sy minati sudi menghulurkan salam. Boleh sgt K.Meen. Syukur Alhamdulillah. Jika ada kekurangan dlm setiap review bg novel K.Meen akan dtg diharap K.Meen akan sudi memperbetulkan. Salam syg dpd sy khusus buat K.Meen.

Aku apa Adanya Aku....❤

Hampir 2 tahun aku menghilangkan diri daripada dunia blogger. Dunia penceritaan perihal kehidupan. Kehidupan seorang insan biasa yang tak...